Bagi pengikut tegar perkembangan telefon pintar, pastinya korang sudah mengetahui mengenai pusingan U-Turn yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump terhadap pengeluar telefon pintar China, Huawei semalam.
Tak sampai dua bulan selepas Trump mengarahkan segala jenis perdagangan di antara US dengan beberapa jenama produk antarabangsa termasuklah Huawei dihentikan, semalam beliau mengumumkan untuk menarik balik keputusan tersebut.
Ini bermakna, syarikat komponen serta sistem operasi US seperti Android, Google dan Window diberikan semula akses untuk berdagang dengan Huawei selepas Trump mencapai kata sepakat dengan Presiden China, Xi Jinpang.
Trump dalam ucapannua berkata halangan sementara atas tuduhan Huawei mampu mengintip sekuriti negara US. Namun selepas siasatan, khabar angin itu nyata tak boleh dibuktikan.
Jadi gaiss, apa kesimpulan daripada insiden ini?
Ads
Yang pasti, ramai bekas pengguna telefon pintar Huawei dan Honor akan kembali mempercayai jenama itu dan menggunakan peranti mereka.
Besar kemungkinan juga, saham syarikat Huawei akan kembali melonjak dengan projek perkembangan teknologi 5G selepas ia mengalami penurunan pada bulan lalu.
*
Menariknya, ramai tidak mengetahui bahawa keputusan Trump itu juga akan memberi impak kepada jenama peranti Korea Selatan iaitu Samsung.
Ads
Aik, apa kena-mengena Huawei dengan Samsung?
Sebelum insiden tersebut meletus, ramai pakar ekonomi yang melihat Huawei sebagai pencabar ‘underdog’ kepada Samsung dalam kategori pengeluar telefon pintar OEM terbesar dunia.
Selepas Samsung memintas Apple, Huawei pula dijangkakan mampu memberi saingan sengit sekitar akhir 2019 atau sebelum pertengahan 2020.
Ads
Namun, momentum mereka tersekat oleh tuduhan Trump.
Perang antara Huawei Mate 30 dan Samsung Galaxy Note 10
Ada juga khabar angin yang berkata Samsung telah membatalkan pengeluaran beberapa model premium kerana insiden US-Huawei.
Dengan berita terbaru ini, ada pihak yang mendakwa Samsung tidak bersedia dengan apa-apa inovasi terbaru yang boleh dikeluarkan dalam waktu terdekat.
Huawei pula yang kini sudah mula ‘membuka mata’ untuk tidak lagi bergantung kepada teknologi moden OEM negara Barat.
Siapa yang akan mengungguli pasaran telefon pintar pada akhir tahun ini – Apple, Samsung atau Huawei? Sama-sama kita nantikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain menggunakan aplikasi WhatsApp, rasanya ramai diantara kita yang menggunakan Telegram sebagai medium komunikasi antara satu sama lain.
Sumber Gambar : Photo by Anete Lusina from Pexels
Namun, baru-baru ini aplikasi WhatsApp menjadi topik perbualan ramai kerana bakal memperkenalkan dasar privasi yang mewajibkan pengguna untuk berkongsi data mereka dengan Facebook pada Februari 2021. Hal ini ditentang oleh ramai pihak kerana dianggap berbahaya atau menyalahgunakan privasi pengguna. So mungkin alternatifnya ialah bertukar kepada aplikasi Telegram.
Buat yang tidak familiar dengan aplikasi Telegram, kami senaraikan 10 kelebihan Telegram berbanding WhatsApp.
Berikut adalah fungsi Telegram:
File Transfer Lebih Besar
Telegram boleh menghantar apa sahaja jenis fail, dan telegram tak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, telegram tempat paling mudah dan cepat.
Group Chat
Group chat boleh masukkan 1000 orang ahli, namun kalau lebih dari 1000 orang ahli maka perlu upgrade ke Supergroup yang boleh masuk sehingga 5000-100,000 orang ahli. Lebih menarik lagi tentang Group Chat ni selain boleh jadikan semua ahli group sebagai admin dan fungsi reply adalah dengan cara :
i) Mention
Boleh mention kawan-kawan dalam group hanya dengan meletakkan simbol @ dan akan keluar senarai username ahli-ahli group.
.
ii) Hashtag
Hashtag boleh digunakan dalam mesej. Tujuan hashtag ni apabila kita ingin cari sesuatu perkara, kita boleh cari melalui search dan mulakan dengan #.
Dapat Menambah Rakan Melalui Username
Menurut pembangun aplikasi ini, ciri ini direka untuk mengurangkan penyalahgunaan nombor telefon, Dengan cara itu, privasi pengguna dapat dilindungi dengan selamat.
Telegram menggunakan username sebagai ganti nombor telefon kita. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon.Dan username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram.
Uninstall Telegram
Katakan tiba-tiba handphone ‘jam’, dan nak uninstall beberapa apps, antaranya Telegram.
Boleh je uninstall telegram dengan senang hati sebab semua mesej, nota penting, dalam tu tak akan hilang!
Bila install balik, masukkan nombor telefon yang sama, masih boleh lihat 100% sama macam sebelum kita uninstall. Kalau whatsapp ter-uninstall? Selamat hari raya lah. Kan.
Fungsi ‘Search’
Best nya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu. Contoh nak tengok movie secara percuma je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link.
Contoh lain nak tengok drama melayu, keluar semua list channel dan berapa orang ahli channel yang dah join channel tersebut. Pendapat Lia, join channel yang mempunyai ahli yang ramai. Confirm channel tu mesti best!
Ruang Penyimpanan Tanpa Had
Cloud storage semakin diperlukan pada masa kini kerana fail yang disimpan melalui cloud storage lebih selamat, tidak mudah hilang, tidak berada dalam peranti, dan mudah diakses.
Salah satu cloud storage yang boleh anda gunakan adalah Telegram. Aplikasi ini menyediakan ruang penyimpanan tanpa had yang bermaksud anda boleh menyimpan mesej, gambar, dan pelbagai fail lain di dalamnya secara percuma.
Mesej Rahsia
Telegram juga mempunyai ciri yang dikenali sebagai mesej rahsia atau Secret Chat. Fungsi ini tidak akan ditemui pada aplikasi WhatsApp dan aplikasi sembang yang lain. Anda boleh menghantar mesej yang private and confidential.
Secret Chat ini menggunakan end-to-end encryption yang bermaksud tidak ada pihak lain yang mengethui mesej anda kecuali mereka yang berada di chat room yang sama. Telegram juga tidak dapat mengetahui apa yang anda bualkan di Secret Chat.
Secret Chat juga mempunyai self-destructed properties atau dapat memadamnya dalam jangka masa yang anda tentukan. Penghantar dan penerima mesej juga tidak dapat forward kepada orang lain.
Ada Touch ID / Password
Untuk setengah orang, maklumat dalam telegram dia tu sangat privasi. Mungkin dia ada simpan banyak maklumat dalam telegram, jadi dia boleh set password hanya untuk apps Telegram sahaja.
Caranya mudah, pergi ke Setting – Privacy and Security. Boleh set password korang kat situ.
Lepas ni segala maklumat penting dalam telegram akan lebih selamat dengan adanya password. Menarik bukan?
Channel Telegram
Apa beza Channel dengan Group Chat?
Bezanya adalah Channel untuk medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group.
Channel Telegram terbahagi kepada 2 iaitu:
i) Public – Boleh sebar luas dan tiada had keahlian
ii) Private – Ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin sendiri
Step untuk buat Channel Telegram,
Step 1: Pada senarai menu, klik pada New Channel dan masukkan maklumat channel anda
Step 2: Tetapkan sama ada nak buat Public Channel atau Private Channel
Step 3: Masukkan link
Step 4: Done!
Apa kelebihan Channel Telegram ni?
1. Ahli dalam channel unlimited, contoh ahli channel Lia sekarang dah lebih 15,000.
2. Ahli yang baru join dapat lihat semua post yang terdapat di dalam channel termasuk post paling awal.
3. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam channel.
4. Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
5. Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja.
6.Kalau 1 post admin delete, semua ahli takkan nampak lagi post tersebut.
7. Jumlah views bagi setiap mesej yang buka dan baca akan ditunjukkan di bahagian bawah kanan bersebelahan dengan masa.
Boleh Log In Dari Pelbagai Peranti
WhatsApp secara umumnya hanya boleh digunakan pada dua peranti iaitu satu telefon pintar dan satu pada dekstop. Korang tidak boleh log masuk pada dua telefon pintar sekaligus untuk mengelakkan daripada digodam.
Tidak seperti Telegram, aplikasi ini dibolehkan log masuk akaun korang pada lebih dari satu peranti serentak. Hal ini akan memudahkan pada anda yang menggunakan pelbagai telefon pintar.
Menarik betul. Tapi malangnya, ada ura-ura mengatakan aplikasi Telegram ini akan dikenakan kaedah ‘paid features’. Tapi buat masa sekarang jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.
Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.
“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Dalam dunia ini, tak semua benda yang kita dapat akan berkekalan.
Sama jugalah dalam kes fungsi GIF oleh Giphy yang diperkenalkan oleh aplikasi Instagram dan Snapchat. Tak sampai 3 bulan kita menggunakannya untuk tujuan Insta Story, semalam fungsi tersebut telah ditarik balik.
Alasan yang diberi, terlalu banyak GIF berbaur perkauman terdapat di dalam Giphy dan ramai juga yang menggunakan GIF tersebut untuk Insta Story masing-masing.
Rindu GIF Instagram!
Instagram dan Snapchat sebenarnya tidak bersalah di dalam isu ini walaupun pengguna aplikasi mereka memuat naik imej GIF berbaur perkauman. Ini kerana kesemua imej tersebut datang dari laman Giphy sendiri walaupun mereka melarang imej sebegitu dimuat naik ke Giphy, seperti yang tertera di dalam senarai Terms & Conditions mereka.
Buat masa ini, Instagram mahupun Snapchat tidak mengatakan mereka tidak lagi akan berkerjasama dengan Giphy. Mereka hanya mengambil keputusan untuk menarik balik fungsi tersebut dan menunggu tindakan Giphy bagi menyelesaikan masalah ini.
Bagaimanapun, korang tak rasa Instagram akan duduk senang-lenang, kan? Kenyataan terbaru dari Instagram berkata mereka dalam proses untuk mengeluarkan satu lagi fungsi iaitu ‘Portrait Mode’.
Melalui ‘Portrait Mode’, pengguna boleh mendapatkan efek bokeh pada gambar melalui penggunaan Insta Stories. Sebelum ini, Instagram telahpun memasukkan fungsi Boomerang dan Superzoom.
Contoh efek bokeh yang mungkin akan ditawarkan Instagram selepas ini.
Gajet seperti iPhone X dan Pixel 2 telahpun mempunyai teknologi ini untuk kamera masing-masing. Nampaknya, tak perlulah korang beli phone baru dalam masa terdekat semata-mata nakkan gambar cantik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!