Sebelum ini memang dah dengar ura-ura yang Samsung bakal mengeluarkan telefon pintar lipat dan kini, pengeluar telefon bimbit popular ini akhirnya bakal melancarkan gajet terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Fold.
Berukuran 7.3 inci infinityflex display membolehkan telefon itu dilipat mengikut saiz poket korang pada ukuran 4.6 inci.
Selain itu, gajet ini juga khabarnya dilengkapi ruang simpanan 512 gigabite, 12 gigabite ram dan processor qualcomm 7nm octa core serta kelajuan internet LTE dan 5G.
Paparan skrin yang besar membolehkan korang untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa yang sama, menonton YouTube sambil membalas Whatsapp dan juga mencari maklumat di Google.
Ads
Perghh, memang canggih la macam ni. Senang kerja korang nanti.
Mesti info yang paling korang nak tahu adalah harga handphone ni kan? Dengan dilengkapi bateri kekuatan 4,380 M-A-H, Galaxy Fold ini katanya akan mula dijual bermula 26 April dengan harga AS $ 1,980 (RM8,000).
Ahhh, biar betul. Kau mampu? Hiks!
Ads
Ini pula reaksi netizen di media sosial dengan harga model terbaru Samsung ini
Apa perkara pertama yang kamu pandang sebelum membeli telefon pintar baharu?
Rekaan, harga, megapiksel pada kamera, saiz skrin ataupun jenama..? Ya kami tahu, banyak perkara yang perlu kamu fikirkan sebelum komitmen tersebut. Nak pakai telefon pun bertahun-tahun kan, kenalah beli yang terbaik.
Well, bagaimana jika kami memberitahu yang kamu boleh mendapatkan kesemua kelebihan termasuklah teknologi 5G di bawah harga RM2000? Katakan hello kepada HUAWEI nova 7 SE!
Jom lihat 8 perkara (and more) yang kami gemari mengenai telefon pintar terbaru daripada HUAWEI ini.
01
Tiga Kali Ganda Ganjaran
Bagi setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE bernilai RM1,499 ini mulai 19 Jun, kamu akan menikmati ganjaran BERGANDA seperti
Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256*! Ia termasuklah HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage 15GB untuk setahun, casing telegon, HUAWEI Video (bawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000* (*ganjaran berbeza daripada rakan kongsi HUAWEI)
Hadiah percuma daripada HUAWEI AppGallery Carnival 2020 untuk setiap pembelian.*
Peluang memenangi Proton X70* semasa sesi cabutan bertuah AppGallery Carnival.
02
Warna Menarik
Pernah tak korang lihat harga casing telefon yang mencecah hingga ratusan Ringgit? Iyalah, siapa yang tak nak telefon pintar mereka cantik kan. Dengan rekaan laminasi berwarna pada HUAWEI nova 7 Series ini, kamu tidak perlu bersusah payah mencari casing asing.
Kami sendiri sukar memilih di antara Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Pilih je ikut warna kegemaran masing-masing hehe..
03
Serius Ringan
Betul ke, semakin canggih sesebuah telefon itu, semakin berat ia dalam genggaman kita? *fikir kejap*
Dengan HUAWEI nova 7 Series, walaupun ia memiliki kualiti mengambil foto dan prestasi yang bagus, kesemua itu dimuatkan dalam rekaan telefon yang slim dan ringan. Cuba kamu bandingkan telefon pintar ini dengan palet solekan yang kamu miliki.
Haa, mana yang lebih ringan?
04
4 Lensa Kamera Di Belakang
Who are we kidding? Pada zaman ini, telefon pintar bukan hanya untuk menelefon dan menghantar mesej. Salah satu fungsi utamanya terletak pada kamera. Hanya dengan teknologi kamera terbaik, kebanyakan pengguna seluruh dunia akan ketepikan faktor jenama dan saiz.
HUAWEI nova 7 Series does not disappoint, we must say. Disokong oleh prosessor Kirin 820 dan kelebihan AI, ia membolehkan kamu mengambil foto berdefinisi tinggi (helloo lensa ultra wide-angle, lensa makro dan lensa bokeh), shot jelas pada waktu malam dan kualiti video sehebat 4K!
Bagi yang gemar berswafoto pula, HUAWEI sekian lama telah berjaya memuaskan hati ramai penggunanya. Kamera hadapan 16MP pada HUAWEI nova 7 SE turut menyediakan kelebihan tersebut. Hanya 2 saat saja yang diperlukan untuk ia menghasilkan foto self-portrait cantik.
05
Satu telefon, Dual-View
Bagi penghasil video berbentuk Vlog, tentunya kamu tahu kepayahan untuk merekod pelbagai sudut yang ada hanya dengan menggunakan satu gajet saja, kan? Play, Pause, Stop, Flip – ya, leceh.
Dengan HUAWEI nova 7 Series, ia menyokong mod video Dual-View di mana kamera hadapan dan belakangnya mampu mengambil video pada waktu yang sama! Tambahan pula dengan lensa makro pada bahagian belakang telefon, kami amat menggemarinya bagi close-up shots menarik.
06
Tiada Powerbank? Tiada Masalah
Pelan asalnya tidak mahu membawa beg, tetapi terpaksa juga disebabkan perlu menyimpan powerbank besar. Iyalah, kita memerlukan telefon pintar sepanjang hari. Jadi apabila bateri tidak mampu bertahan, memang potong stim lah.
Dengan HUAWEI nova 7 Series, walaupun ia merupakan telefon baharu dengan kondisi bateri yang bagus seperti mana-mana telefon baharu lain, baterinya masih mampu bertahan dalam jangka masa panjang.
Ini kerana ia disokong oleh bateri sebesar 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge yang membolehkan telefon dicas sehingga 70% hanya dalam masa setengah jam saja!
07
Kongsi Je Dengan HUAWEI Share & MEETime
Selepas musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, semakin ramai di antara kita yang bergantung kepada panggilan video untuk berbincang, belajar, bermesyuarat dan macam-macam lagi lah. Tanpa perlu berjumpa, semua perkara masih boleh diselesaikan.
HUAWEI nova 7 Series menyokong keperluan kita itu dengan fungsi MEETime di antara peranti HUAWEI. Ia menyokong panggilan video sejelas 1080p FHD dengan kualiti cahaya yang bagus.
Selain daripada kualiti video mantap, HUAWEI MEETime juga mempunyai fungsi Kongsi Paparan (Screen sharing) dan Mod Cantik (Beauty Mode). Tak kiralah kamu sedang lakukan assignment atau bersuka ria, telefon ni memenuhi segala kehendak gaya hidup semua.
Jika selama ini, memang sukar untuk berkongsi dokumen atau presentation presentation semasa kelas online dan mesyuarat.
Namun dengan fungsi perkongsian fail di antara perantai HUAWEI iaitu HUAWEI Share, semuanya lebih lancar!
08
Telefon Pintar Berkuasa 5G Paling Mampu Milik?
Kesemua kelebihan di atas pada harga di bawah RM2,000?!
Oh yes! HUAWEI nova 7 Series sekaligus bakal menjadi telefon pintar pertama dengan teknologi 5G di Malaysia yang mampu dimiliki.
09
HUAWEI Freebuds 3i : ‘Best Friend’ Telefon Kamu
HUAWEI FreeBuds 3i terbaharu ini mudah dipasang ke telinga bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Freebuds 3i yang juga akan dilancarkan pada 19 Jun ini boleh disambungkan terus kepada HUAWEI nova 7 SE dan berharga RM399 je.
09
HUAWEI AppGallery
Double all that fun dengan memuat turun aplikasi kegemaran kamu di HUAWEI AppGallery nova 7 Series. Kesemuanya ada dimuatkan di sana.
Raikan Dengan HUAWEI AppGallery Carnival
Festival terbesar oleh HUAWEI ini kembali semula dari 19 hingga 30 Jun ini dengan tawaran hebat dan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM2 juta. Di antara hadiah yang boleh korang rebut apabila memiliki HUAWEI nova 7 Series termasuklah 3 buah kereta Proton X70s, 500 biji skuter elektrik dan baucar bernilai RM160.
Bukan itu sahaja, setiap pembelian HUAWEI nova 7 Series juga membolehkan korang memperolehi hadiah sehebat RM1,256 termasuklah jam tangan HUAWEI Band 4, HUAWEI cloud storage (15GB untuk setahun), casing dan banyak lagi.
*
Ganjaran Menarik DenganMember Centre Rewards
Banyak lagi mereka nak beri..
Dengan setiap pembelian telefon pintar HUAWEI nova 7 SE, kamu boleh mendapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000! Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah Baskin Robbin, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, AirAsia BIG, Free Fire dan pelbagai lagi.
HUAWEI juga menawarkan ganjaran Diamond Royale Voucher untuk para gamers. Caranya adalah dengan:
i. Buka Huawei AppGallery
ii. Pilih tab ‘Gift’
iii. Tekan pada Claim Free Fire ‘Diamond Royale’ gift
Layari sahaja ke HUAWEI Store atau ke HUAWEI Experience Store (HES) hari ini. Kamu juga boleh memilih pakej instalment bermula RM5.20 sehari untuk memudahkan pembelian.
*
So guys, jangan lupa ya 19 Jun ini dan nantikan kemunculan HUAWEI nova 7 Series.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tangan merupakan antara organ manusia yang selalu digunakan untuk melakukan pelbagai perkara. Disebabkan itu, sejak kecil lagi kita sudah diajar untuk menjaga kebersihan tangan dan sentiasa mencuci tangan, lebih-lebih lagi sebelum makan.
Menurut Root of Science, kebersihan tangan amat dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran mikroorganisme yang boleh membawa penyakit. Ramai diantara kita yang menganggap bahawa mikrob hanya berada di tempat pembuangan sampah, makmal penyelidikan, pada orang sakit dan juga hospital serta klinik.
Kita sering menganggap tangan kita bersih, namun tidak sedar bahawa mikroorganisme terdapat pada semua tempat, termasuklah udara, air, tanah, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang boleh disebarkan secara langsung melalui tangan atau pun secara tidak langsung seperti makanan, telefon bimbit, duit kertas dan syiling.
Gambar hiasan
Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Universiti King Abdul Aziz, lebih daripada 90% telefon bimbit petugas kesihatan telah dicemari dengan mikroorganisme dan 14% daripada mikroorganisme tersebut adalah bakteria yang membawa penyakit merbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan jangkitan nosokomial, sejenis jangkitan di hospital.
Kebanyakan bakteria yang dijumpai pada telefon bimbit mahupun papan kekunci komputer adalah seperti berikut:
Staphylococcus boleh menyebabkan jangkitan bakteria di dalam darah. Streptococcus pula boleh menyebabkan jangkitan pada tekak. Enterococcus biasanya dijumpai di dalam najis dan berkait rapat dengan jangkitan pada saluran kencing.
Tersebar melalui telefon bimbit
Penggunaan telefon bimbit menyebakan pendedahan terhadap anggota badan seperti muka, telinga, mulut dan tangan. Ia menjadi ‘pintu masuk’ untuk mikroorganisme dan menyebabkan jangkitan. Bagi individu yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mikroorganisme yang dipindahkan dari telefon bimbit ke anggota badan akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan juga penyakit kronik.
Tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan selepas memegang telefon juga boleh menjadi salah satu punca. Malah, ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit ketika memegang, menukar lampin atau ketika mendukung bayi mereka juga mempunyai risiko tersebut.
Gambar hiasan
Pencemaran bakteria pada telefon berlaku melalui tangan, beg, poket, sisa makanan dan juga persekitaran. Korang mesti selalu bawa hanphone masuk ke tandas awam kan? Ha, berapa banyak bakteria yang boleh melekat pada telefon bimbit tersebut. Euw!
Papan kekunci komputer juga sama
Terdapat dua sebab utama yang menjadikan papan kekunci menjadi tempat pencemaran bakteria, seterusnya menyebabkan perpindahan patogen yang merbahaya secara tidak langsung kepada orang lain. Pertama, tidak menjaga kebersihan tangan.
Kedua, tidak membersihkan permukaan papan kekunci tersebut dengan pembasmi kuman (disinfectant). Tabiat makan beralaskan papan kekunci juga adalah faktor pencemaran bakteria di papan kekunci tersebut. Sisa-sisa makanan yang terjatuh di atas papan kekunci menggalakkan pertumbuhan berjuta-juta bakteria. Habuk pula boleh memerangkap kelembapan dan memudahkan pertumbuhan bakteria yang telah berada di papan kekunci tersebut untuk membiak.
Ha, selama ni mesti ramai yang makan depan komputer sambil buat kerja kan?
Bersihkan telefon bimbit dan papan kekunci
Pembersihan telefon bimbit dan papan kekunci komputer secara berkala dengan pembasmi kuman serta kerap membasuh tangan amatlah digalakkan bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit.
Gambar hiasan
Namun, kebanyakan pembasmi kuman yang berasaskan klorin, alkohol, phenol ataupun amonia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan merosakkan permukaan skrin telefon bimbit ataupun skrin papan kekunci tersebut. Jadi, korang boleh cuba gunakan tisu basah yang berasaskan phenol dengan pencuci bersifat alkali ataupun 70% isopropyl alcohol.
Selepas ini, diharap korang semua akan jadi lebih peka untuk sentiasa membersihkan telefon bimbit dan papan kekunci komputer. Selama ni mungkin kita nampak bersih saja, tapi sebenarnya ia boleh mengundang penyakit.
Lengan robot terkecil dunia kini menjadi milik seorang remaja berusia 17 tahun dari India selepas inovasinya diiktiraf oleh Guinness World Records. Pada usia yang masih muda, kebanyakan remaja masih sibuk dengan tugasan sekolah dan peperiksaan. Namun berbeza buat Hiten Dharpure dari Nagpur, Maharashtra, India apabila namanya kini tercatat dalam Guinness World Records selepas berjaya menghasilkan lengan robot (robot arm) terkecil di dunia.
Pelajar yang meminati bidang kecerdasan buatan (AI), robotik dan elektronik itu berjaya memecahkan rekod dunia pada 17 Januari apabila menghasilkan lengan robot yang berukuran hanya 39.25 milimeter, iaitu lebih kecil daripada klip kertas biasa.
Lebih mengagumkan, inovasi tersebut dibangunkan sepenuhnya dari ruang kerja kecil di rumahnya tanpa menggunakan makmal berteknologi tinggi. Pencapaian itu membuktikan bahawa kreativiti dan keazaman mampu menghasilkan teknologi bertaraf dunia walaupun dengan sumber yang terhad.
Rekod Baharu Lengan Robot Terkecil Dunia
Sebelum ini, rekod lengan robot terkecil dunia dipegang oleh Kelton Serra dari Amerika Syarikat yang menghasilkan lengan robot berukuran 44.49 milimeter pada Mei 2024.
Selepas menjalankan kajian mengenai teknologi miniatur, Hiten percaya dia mampu menghasilkan sesuatu yang lebih kecil. Hasil usaha selama beberapa bulan akhirnya membuahkan hasil apabila ciptaannya berjaya mengurangkan saiz rekod terdahulu lebih daripada lima milimeter.
Menurut Hiten, matlamat utamanya bukan sekadar mahu memecahkan rekod dunia, sebaliknya membuktikan bahawa inovasi bertaraf antarabangsa juga boleh dihasilkan menggunakan peralatan yang mudah diperoleh.
Ambil Masa Dua Bulan Siapkan Prototaip
Untuk merealisasikan projek tersebut, Hiten terlebih dahulu menghasilkan lakaran menggunakan perisian Computer-Aided Design (CAD) sebelum mencetak struktur utama menggunakan teknologi 3D printing.
Bukan itu sahaja, dia turut membangunkan sendiri sistem elektronik dan menulis kod pengaturcaraan menggunakan bahasa C/C++ untuk mikropengawal Arduino bagi memastikan setiap pergerakan lengan robot terkecil dunia itu dapat dikawal dengan tepat melalui sistem Pulse Width Modulation (PWM).
Selepas kira-kira dua bulan melakukan pelbagai ujian dan penambahbaikan, prototaip pertama yang berfungsi sepenuhnya akhirnya berjaya dihasilkan.
Cabaran Menghasilkan Lengan Robot Terkecil Dunia
Walaupun saiznya kecil, menghasilkan lengan robot terkecil dunia bukanlah sesuatu yang mudah.
Hiten mengakui cabaran terbesar adalah memastikan semua komponen seperti motor mikro, pendawaian dan modul kawalan dapat dimuatkan dalam rangka berukuran hanya 39.25 milimeter.
Sepanjang proses pembangunan, dia menghasilkan banyak prototaip yang gagal. Ada struktur yang patah kerana terlalu nipis, manakala ada juga komponen yang gagal berfungsi dengan baik kerana ruang dalaman terlalu sempit.
Bagaimanapun, setiap kegagalan menjadi pengajaran penting untuk menambah baik reka bentuk sehingga berjaya menghasilkan versi yang benar-benar berfungsi.
Sudah Dua Kali Pecahkan Rekod Dunia
Ini bukan kali pertama Hiten mencipta nama di pentas antarabangsa.
Pada tahun 2025, dia turut mencatat rekod stesen cuaca (weather station) terkecil di dunia dengan ukuran hanya 74mm panjang, 44mm lebar dan 60mm tinggi.
Walaupun bersaiz kecil, peranti tersebut mampu mengukur pelbagai data penting termasuk suhu, kelembapan dan tekanan udara menggunakan sensor miniatur yang dibangunkan olehnya.
Menurut Hiten, projek lengan robot terkecil dunia jauh lebih mencabar kerana ia memerlukan kawalan mekanikal yang tepat bagi membolehkan robot bergerak dalam tiga paksi serta menggenggam objek kecil tanpa menjatuhkannya.
Selain memegang dua rekod Guinness World Records, Hiten juga aktif menghasilkan inovasi lain.
Antaranya ialah pembangunan aplikasi mudah alih HastaVaani, iaitu aplikasi penterjemah Bahasa Isyarat India (Indian Sign Language) yang boleh digunakan secara luar talian bagi membantu mengurangkan jurang komunikasi dalam kalangan masyarakat.
Baru-baru ini, Hiten turut berpeluang bertemu Menteri Pengangkutan Jalan Raya dan Lebuh Raya India, Shri Nitin Gadkari, untuk berkongsi hasil inovasi serta menunjukkan sijil Guinness World Records miliknya.
Menurut Hiten, teknologi mikro seperti lengan robot terkecil dunia ciptaannya berpotensi digunakan dalam pelbagai sektor pada masa depan, termasuk bidang perubatan untuk membantu prosedur pembedahan yang memerlukan ketepatan tinggi serta industri elektronik bagi proses pembuatan mikrocip.
Dengan dua rekod dunia pada usia hanya 17 tahun, Hiten membuktikan bahawa semangat ingin tahu, kreativiti dan kesungguhan mampu melahirkan inovasi bertaraf dunia walaupun bermula dari sebuah ruang kerja kecil di rumah. Kejayaan ini turut menjadi inspirasi kepada generasi muda bahawa inovasi hebat tidak semestinya memerlukan kemudahan yang mewah, sebaliknya lahir daripada usaha berterusan, minat yang mendalam dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Sumber : Guinness World Record
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!