
Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu, banyak sektor-sektor perniagaan yang mengalami kerugian termasuklah syarikat penerbangan, sektor pelancongan, peniaga-peniaga kecil dan juga pusat membeli-belah tidak terkecuali.
Menerusi sebuah posting yang dibuat oleh akaun Facebook Sungei Wang Plaza dengan catatannya yang berbunyi, “Ini adalah masa yang sangat sukar kepada kita semua. Jangan bimbang kerana kita semua akan bangkit semula setelah ia berakhir. Pegang erat kerana kita akan melaluinya bersama-sama dan jangan menyerah, kita akan berjuang bersama”.

Posting itu juga turut ditag kepada beberapa pusat membeli-belah di Lembah Klang termasuklah Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre dan Suria KLCC.
Apa yang menariknya, posting itu turut mendapat perhatian kerana admin bagi akaun Facebook pusat beli-belah tersebut masing-masing saling memberikan kata-kata motivasi antara satu sama lain.











Aww sweet kan? Terharu pula bila membacanya. Diharap agar semuanya terus kuat dan sama-sama bersemangat untuk meneruskan perniagaan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Semoga wabak pandemik ini berhenti daripada terus menular. Stay strong everyone!
Sumber: Kenn Blog
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Doktor Bedah Ajak ‘Berjoget Lagu Dangdut’ Dalam Wad, Baru Cepat Sembuh!

Memang unik rawatan Doktor bedah ini, kaedah berjoget yang dipraktikkan di Palembang, Indonesia menjadi antara terapi yang dikatakan berkesan untuk pesakit.
Perkara itu dikongsi oleh Dr. Ari Sardito, seorang doktor di sebuah hospital yang mempunyai cara rawatan unik untuk menyembuhkan pesakitnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Jalani Pembedahan Pembesaran Payudara Di ‘Pakar Kecantikan’ Tanpa Lesen, Punca Gadis Muda Ini Meninggal Dunia

Menurut laporan Detik.com, kaedah doktor selebriti tersebut menjadi trending di media sosial selepas video rawatan unik beliau bersama pesakit tular.
Mana tidaknya, bukan rawatan biasa-biasa yang dilakukan, tetapi pesakit berhibur sambil menari irama dangdut bersama doktor tersebut di bilik pesakit.
Berjoget Lagu Dangdut
Lebih menarik, Dr. Ari juga turut menari dengan penuh semangat bersama keluarga pesakit walaupun pesakit tersebut berada di atas katil. Aktiviti ni dikatakan jadi rutin wajib beliau setiap kali melawat wad pesakit, tak kira pagi, petang, atau malam.

Malah, lagu dangdut akan mengiringi doktor yang juga pemilik akaun TikTok, @CIMOT500, setiap kali beliau membuat lawatan di wad yang ditetapkan.
Dalam satu video yang dikongsikan, keluarga dan pesakit teruja menyambut kedatangan doktor dengan lagu rancak dimainkan di ruangan wad tersebut.
Malah, mereka tanpa segan silu turut menari bersama sebelum doktor memulakan pemeriksaan.
Bukan satu keluarga je, tapi semua pesakit dalam wad tu turut terhibur.
“Inilah yang jadi bila muzik dangdut dimainkan di wad. Semoga semua pesakit cepat sembuh, sihat selalu, dan hati gembira. Amin,” tulisnya.

Video berdurasi 48 minit 51 saat oleh Radar Kediri TV juga dedahkan tujuan sebenar Dr. Ari guna metodologi yang lain daripada yang lain.
Menurut pakar bedah tu, beliau berpegang kepada amanat gurunya yang mengingatkan supaya hargai pesakit sebab mereka berani datang ke hospital.
“Bukan semua orang berani datang ke hospital untuk rawatan, apatah lagi korbankan masa, kerja, dan duit untuk jumpa doktor.
“Sebab tu, stail saya lain daripada doktor lain. Saya bukan saja nak sembuhkan mereka tapi juga nak bergaul mesra supaya mereka tak takut,” katanya.
Kaedah itu katanya juga bertujuan menghiburkan pesakit yang murung dan mungkin perlukan perhatian dengan pendekatan berbeza.
“Ada juga pesakit yang dah kronik, kita cuba hiburkan mereka hingga saat-saat akhir supaya memori kegembiraan tu jadi peneman,” jelasnya.
Tak sangka, memang wujud doktor sporting yang tak lekang dengan lagu dangdut sebagai penghibur pesakit di wad hospital tu.
Adakah kita perlukan seorang doktor macam dia di Malaysia? Apapun, tanya selera masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN : Antara Tercantik, Pakaian Permaisuri Agong Jadi Perhatian Dunia Di Pertabalan Raja Charles III
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 Juta Orang Akan Hilang Kerja Selepas Aidilfitri, Majikan Masih Bergelut Kesan COVID-19

COVID-19 yang mencetuskan pandemic di seluruh dunia bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.
Ternyata apa yang ditakuti, bermula dari penurunan harga minyak mentah, pemotongan gaji pekerja, ketiadaan bonus dan sebagainya dan terkini pembuangan pekerja.
Dalam satu laporan akhbar, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan pemberhentian pekerja akan terus berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri kerana kebanyakan majikan masih bergelut dengan kesan ekonomi akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut laporan portal FMT, Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, pada masa ini terdapat majikan yang meminjam wang atau menggunakan simpanan bagi membayar gaji pekerja.
"Dijangka lebih 2 juta akan kehilangan pekerjaan, termasuk lepasan universiti dan 610,000 yang menganggur sebelum Mac tahun ini. Situasi ini dijangka berterusan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.
Samsuddin berkata ketika ini majikan memerlukan undang-undang baharu bagi membantu menangani kos overhed.

Beliau memberi contoh sumbangan majikan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebelum ini disyorkan supaya dikurangkan daripada 11 peratus kepada lima peratus.
"Kadar siling tetap perlu ditentukan bagi potongan gaji dan waktu kerja anjal sebagai suatu bentuk kompromi dengan kesatuan sekerja yang menolak pengurangan gaji dan waktu bekerja.
"Ia selaras dengan keperluan menerima normal baru pasca Covid-19 dengan menambah bahawa beban bagi memastikan overhed rendah dan kakitangan terus bekerja perlu dipikul semua pihak," katanya.
Berhubung langkah kerajaan memastikan rakyat tempatan diambil bekerja di pasar borong Selayang di Kuala Lumpur ia sesuatu yang wajar dipuji kerana ia dapat membersihkan tempat tumpuan warga asing di ibu negara.
Jelasnya, operasi pasar berkenaan kini dilihat lebih bersih dan menarik.
“Terdapat kira-kira 1,500 jawatan kosong yang boleh diisi rakyat tempatan sama ada bekerja secara sambilan atau sepenuh masa.
"Walaupun kos menggaji warga tempatan lebih tinggi, namun majikan boleh menjimatkan kos dalam tempoh panjang kerana tidak perlu bayar levi dan kos dokumen undang-undang," katanya.
Sumber :Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-Gara RM4, Pelajar 11 Tahun Terkorban ‘Diajar’ Rakan Asrama Anak Yatim

Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Filem Tentang Buli Yang Boleh Ditonton, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat

Kelmarin, seorang pelajar lelaki di sebuah asrama anak yatim dan miskin di Pahang, meninggal dunia dipercayai dipukul rakan hanya kerana duit RM4. Dituduh mencuri, mangsa maut dibelasah rakannya dalam kejadian di asrama anak yatim dan miskin di Kuantan, Pahang,
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama tujuh lagi rakan lain termasuk suspek berusia 16 tahun yang dilantik sebagai ketua untuk melakukan tugasan gotong-royong membersihkan surau.
Suspek menuduh mangsa telah mengambil wangnya sebanyak RM4. Tetapi mangsa dikatakan tidak mengendahkan ‘teguran’ itu menyebabkan suspek berang lalu menyepak, mencekik dan menghempas mangsa ke atas lantai menyebabkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.
Kejadian itu disaksikan oleh tujuh penghuni asrama lain. Suspek bersama dengan dua saksi kemudian membawa mangsa ke bilik penyelia asrama berusia 35 tahun dalam keadaan masih bernyawa sebelum diserang sawan.

Bimbang melihat keadaannya, mangsa terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. Namun pegawai perubatan menegsahkan mangsa telah meninggal dunia.
Ekoran kejadian itu, penyelia asrama tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk dibedah siasat, manakala suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kita seharusnya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini. Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

