Pulak Dah.. Encik Sugu Didakwa Ada Senjata? Cer Tengok 7 Alat Berbahaya Yang Perlukan Lesen

Share

 

Lepas satu, satu..

Kelmarin, REMAJA ada melaporkan mengenai dakwaan insiden penderaan yang melanda pasangan YouTuber popular, Sugu Pavithra. Encik Sugu berdepan dengan dakwaan mengakibatkan kecederaan terhadap isterinya itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Ia gara-gara rasa tidak puas hati apabila Puan Pavithra gagal menyebut nama suaminya itu semasa menyampaikan ucapan penerimaan anugerah daripada Datuk Bandaraya Ipoh.

ARTIKEL BERKAITAN : Kasihan Kak Pavithra, Cer Lihat 5 Lagi Penderaan Normal Pasangan

Terbaru hari ini, Encik Sugu didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memiliki senjata berbahaya.

Menurut laporan kepada rakan media, tertuduh didakwa memiliki sabit sepanjang 26 inci di perkarangan hospital itu pada hari Selasa lalu, kira-kira pada jam 6 petang.

Lantas, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Aduh, sabarlah Puan Pavithra..

Hasil pertanyaan REMAJA kepada rakan kami yang memiliki pengetahuan dalam bidang perundangan, sebenarnya ada senarai item berbahaya ataupun senjata yang tidak boleh dimiliki sekiranya korang tidak mempunyai lesen.

Jom lihat antara 10 barang yang tersenarai termasuk sabit. Mana tau ada di antaranya yang kita angggap boleh dimiliki sebagai alat mempertahankan diri namun sebenarnya salah di sisi undang-undang.

 

01

Flick Knife

Pisau bilah automatik apabila butangnya ditekan

 

02

Whip (Alat Sebatan)

Ini termasuklah yang diperbuat daripada kulit atau rantai basikal/motosikal.

 

03

Knuckle Duster

Senjata buku lima

 

04

Bearing Scraper

Ini adalah sebentuk pisau dengan tiga mata yang tajam

 

05

Senjata yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama

Ini termasuklah senjata seperti pedang, keris, parang dan pisau yang digunakan bagi upacara keagamaan.

 

06

Pedang & Parang

Sekiranya ia bukan untuk tujuan pertanian, cucuk tanam dan kegunaan di rumah, ia TIDAK dibenarkan.

 

07

Senjata Elektrik

Selalu kan kita tengok watak perempuan di dalam drama atau filem Hollywood yang menggunakan taser sebagai alat mempertahankan diri. Nope guys, senjata berkuasa bateri termasuklah taser, stun gun dan patrolite tidak dibenarkan.

*

Ada beberapa lagi item yang dikategorikan sebagai senjata berbahaya di bawah akta tersebut seperti pisau graviti, kapak bersaiz kecil, lembing dan crossbow (panah silang).

Lebih baiklah jika korang ridak memiliki benda-benda ini. Salah di sisi undang-undang jika membawa senjata untuk kegunaan menyerang di khalayak ramai.

Sekiranya korang memiliki item seperti kayu bola lisut contohnya di dalam kereta, korang perlu buktikan bahawa korang membawanya bersama kerana terlibat dalam aktiviti sukan bola lisut.

Senang cerita, usahlah membawa barang yang tidak sepatutnya ke kawasan luar rumah. Cuba bayangkan jika pihak polis menjumpai parang di dalam bonet kereta, macam manalah korang nak explain sebab adanya item itu kepada mereka?

IKLAN