PU Riz Terima Ijazah Pengajian Bahasa Inggeris, Neelofa Luah Kesyukuran Kejayaan Suami

Share

Siapa tak bangga bila suami tersayang berjaya meraih kejayaan dan menggenggam ijazah.

ARTIKEL BERKAITAN : Cantik & Bijak, Miliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Jane Teoh Kini Melebarkan Sayap Ke Milan

Semalam Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz baru menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) dan menjadi antara salah seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antabangsa (UIAM) ke-38 yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM.

 

Menariknya, sorakkan sang isteri iaitu Neelofa ketika PU Riz naik ke atas pentas sewaktu mengambil skrol ijazahnya menjadi perhatian.

“Hahaha, siapa suruh bawa bini datang konvo,”selorohnya berserta tanda pagar ‘suami muda kau ada’ yang dilihat sangat menarik .

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan kesyukuran atas kejayaan suaminya kerana telah menamatkan pengajian.

Selain itu, Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus juga meluahkan kesyukuran kerana meraih segulung ijazah.

“Alhamdulillah,”ucap Haris ringkas dalam salah sebuah video yang dirakam Neelofa.

Untuk rekod, Haris juga pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2012 selama setahun sahaja sebelum membuat keputusan untuk pulang ke tanah air ekoran pergolakan yang sedang hangat berlaku di negara berkenaan.

Tahniah PU Riz!

Sumber: Instagram @neelofa

BACA : Latif Romly Dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Perlis

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN