PRU15 Makin Dekat, Cara Mudah Semak Status Pendaftaran Sebagai Pengundi

Share

Demam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nampaknya semakin dirasai selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembubaran parlimen ke-14 semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Apa Terjadi Kepada Malaysia Selepas PM Umum Parlimen Dibubar Hari Ini?

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media tergempar berkata pembubaran itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Malah, nampaknya topik pilihan raya menjadi topik paling hangat diperkatakan oleh semua peringkat usia termasuklah golongan muda yang bakal menjadi pengundi buat pertama kali.

Ke mana sahaja kita pergi dan di pelbagai laman media sosial, kita tidak dapat lari daripada membaca pelbagai posting berkaitan dengan pilihan raya sama ada dari friendlist, sharing post atau sponsored post daripada parti-parti yang bakal bertanding.

Bagi pengundi pertama kali ia merupakan satu pengalaman baru yang sangat dinantikan.  Disebabkan Pilihan Raya bakal berlangsung tidak lama lagi, ini aplikasi yang memudahkan korang untuk menyemak status daftar pemilih masing-masing.

SPRM

Bagi yang menggunakan telefon pintar iPhone atau Android, anda boleh memuat-turun sebuah aplikasi khusus yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya, iaitu MySPR Semak.

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat semakan daftar pemilih, dan mengetahui status mereka, selain lokasi tempat mengundi semasa pilihan raya.

Dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan MyKad sahaja, aplikasi ini akan memaparkan informasi dan juga lokasi mengundi anda.

Selain daripada aplikasi MySPR Semak, boleh juga melayari laman rasmi Semakan Daftar Pemilih.

BACA : 5 Juta Anak Muda Belum Daftar Sebagai Pengundi, Adakah Kurang Minat Soal Politik?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN