Kalau ada satu kereta yang semua orang pernah naik sama ada masa kecik duduk kat seat belakang, masa praktikal naik teksi, atau sekarang jadi kereta e-hailing mesti nama dia Proton Saga.

Yes, kereta nasional pertama Malaysia ni sekarang dah masuk usia 40 tahun! Dari dilancarkan secara rasmi pada 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, sampai lah ke 2025, Proton Saga dah jadi sebahagian daripada hidup rakyat tak kira umur, bangsa atau latar belakang.

Dari “Saga Petak” ke Saga VVT Evolusi Yang Padu

Awalnya, Proton Saga dibangunkan hasil kerjasama dengan Mitsubishi Motors dari Jepun. Tapi walaupun “pinjam teknologi luar” Saga tetap ada identiti Malaysia yang kuat.

Mula-mula enjin karburetor, lepas tu datang Saga Iswara yang popular gila, pastu Saga BLM Saga FL dan sekarang Saga generasi baharu yang siap ada enjin VVT moden. Design makin bergaya, dalam pun dah upgrade tapi harga masih mesra poket rakyat.

Tak hairanlah lebih 4 juta unit Proton Saga dah terjual dalam dan luar negara!

Proton Saga 40 Tahun: Dari Kereta Pertama Rakyat ke Ikon Sepanjang Zaman
Dr Mahathir memandu Proton Saga keluaran pertama ketika dilancarkan pada 9 Julai 1985.

Kenapa Proton Saga Tetap Relevant Sampai Sekarang?

Sebab dia :
Mampu milik
Senang jaga
Tahan lasak
Spare part senang dapat

Ads

Dari kereta keluarga, kereta pelajar, sampai ke teksi dan kereta e-hailing Saga memang all rounder. Generasi muda pun masih setia sebab nilai dia praktikal especially bila tengah cari kereta pertama.

#Saga40Years Nostalgia & Community Masih Kuat!

Sempena ulang tahun ke 40 ni Proton buat macam macam aktiviti menarik
🚗 Konvoi Saga seluruh negara
🎉 Promosi khas & hadiah untuk pelanggan
📸 Pameran warisan model model lama
📲 Kempen digital #Saga40Years pun trending kat media sosial

Ramai peminat automotif dan pemilik lama kongsi kenangan manis mereka dengan Proton Saga dari zaman kaset sampai era Spotify.

Ads

Dari Jalan Kampung Sampai Litar Global

Biarpun dunia automotif sekarang dah cakap pasal EV AI dan kereta pandu sendiri Proton Saga tetap steady. Ia simbol kejayaan anak Malaysia membina jenama sendiri bukan setakat survive tapi berjaya jadi warisan yang dibanggakan.

Selamat Hari Lahir ke 40 Proton Saga
Dulu kau bawa harapan sekarang kau terus bawa kenangan. Terima kasih sebab jadi sebahagian daripada hidup kami ❤️

BACA LAGI : Bahaya Sos Keju ‘Leleh’ Kepada Kesihatan, Risiko Kencing Manis Dan Obesiti

Ads

Sinar Harian 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads