
Salute! Ternyata kanak-kanak ini cukup luar biasa. Dalam usia yang cukup muda, baru 6 tahun, dirinya diiktiraf sebagai Programmer termuda dalam Guiness World Records baru-baru ini. Budak tersebut bernama Arham Om Talsania berasal dari Ahmedabad, India.

Menurut India Times, budak itu adalah seorang pelajar kelas dua dan telah lulus peperiksaan sijil Microsoft di Pearson VUE Test Centre. Selain itu, bapa kepada Arham Om Talsania ini juga sebenarnya adalah seorang jurutera perisian dan dialah orang yang bertanggungjawab menarik minat anaknya dalam coding dan mengajar mengenai perisian.
“Sejak dari kecil lagi dia menunjukkan minat yang sangat mendalam pada gajet. Dia pernah bermain game guna tablet dan menyelesaikan puzzle. Dengan bermain game, dia mula terfikir mahu membinanya. Dia juga biasa melihat saya membuat coding,” ujar bapa kanak-kanak ini.

Dia kemudiannya mula mengajar programming kepada Arham dan anaknya itu mula menghasilkan permainan video sendiri. Dia juga dilantik sebagai Microsoft Technology Associate serta mereka turut mendaftar Guinness Book World Records.
Malahan, menurut kanak-kanak ini juga dia mula bermain tablet ketika usianya 2 tahun. Pada umur 3 tahun, dia dapat gajet tersedia dengan iOS dan Windows. Arham Om Talsania mendapat tahu bapanya bekerja di Phyton dan dia mula mendapatkan sijil dari syarikat itu dengan menghasilkan permainan video ringkas.

Setelah itu, mereka minta dia menghantar bukti hasil kerjanya itu. Beberapa bulan kemudian mereka luluskan Arham Talsania dan dia berjaya mendapatkan sijil dari Guinness World Records.
Wah…patut la bijak, bapanya juga seorang jurutera perisian, Apapun, tahniah diucapkan dan moga terus maju jaya buat Arham Talsania.
Sumber : India Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Assalamualaikum Mak, Adik Mai Bawa Diploma’. Gadis Ini Rakam Foto Di Tanah Perkuburan Ibu Yang Tak Sempat Melihatnya Di Hari Konvokesyen

Tatkala melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain gembira meraikan kejayaan di hari konvokesyen bersama insan tersayang, gadis ini hanya mampu menyimpan rasa hiba kerana tidak dapat meraikannya tanpa kehadiran seorang ibu.
Cerita yang dikongsi oleh seorang photographer di laman Facebook ini sangat menyentuh hati dan memberi peringatan buat kita yang masih mempunyai ibu bapa agar sentiasa menghargai pengorbanan dan jasa mereka selagi masih ada.
Hm, tak mahu nak bercerita panjang lagi sebab tiba-tiba mata macam masuk habuk, korang bacalah sendiri perkongsian daripada bro ini.
‘Diploma untuk mak’
Hari ini peristiwa paling sedih dan bermakna yg jadi dalam hidup aku..aku dapat seorang client utk shoot konvo dia..macam biasa bila dah deal apa semua dia setuju dengan pakej yang aku bagi tahu..so pagi tadi lepas shoot post konvo dia, dia minta untuk aku shoot gambaq dia di kuboq..
Aku terkejut tanya pasaipa nak shoot di kuboq..dia kata nanti aku tau..aku pun tak mau cakap banyak so ikut je lah permintaan dia dah nama pun client kena la ikut permintaan dia.. kuboq nak pi tu dekat tunjang katanya area rumah dia.. so aku follow je lah.. masa otw pi kuboq tu dia ajak singgah dulu rumah dia katanya nak ambil barang..
Sampai di rumah dia, dia masuk dalam rumah lebih kurang 5 minit macam tu la aku tunggu.. pastu dia keluaq dari rumah dia dengan bawa keluar frame gambaq seorang wanita.. aku mula tu dah pelik pasaipa nak ip kuboq bawa frame gambaq wanita tu pi kuboq sekali.. persoalan mula timboi dalam kotak fikiran aku.. gambaq sapa tu.. memandangkan hari nak hujan aku suggest dia naik kereta dengan aku pi kuboq, dia tanpa membantah terus setuju..

Masa dalam kereta otw dari rumah dia ke kuboq kami senyap ja.. pastu aku mula bersuara tanya gambaq sapa tu..dengan muka tunduk sambil pandang gambaq tu dia hanya senyap seribu bahasa.. aku makin diburu persoalan aku tanya lagi dah kenapa bawa gambaq tu pi kuboq.. dia tetap senyap tanpa jawapan.. sampai di persekitaran tanah perkuburan dia suruh aku park keta di bawah pokok besaq dekat tepi kuboq..
Lepas park kereta dia turun daripada kereta terus berjalan menuju ke satu kubur dan berhenti di situ..aku pun tanpa banyak cakap sambil bawa kamera aku follow dia terus ke kuboq tu.. masa di kuboq tu dia pandang aku sambil kata kat aku ‘abg wan nie la kuboq mak Lela’.. ‘gambaq Lela pegang nie gambaq mak Lela’ sambil ayaq mata dia mula jatuh membasahi pipi dia.. time tu lidah aku kelu,tergamam tak tau nak cakap apa dah dengan ayaq mata aku tanpa aku sedaq mula mencurah sama laju dengan ayaq mata dia..

Allahuakbar nie pertama kali aku shoot client dapat moment macam ni.. sambil aku dok tergamam tu aku tengok dia mula berbicara dengan kuboq mak dia.. aku dengaq dia kata ‘Assalamualaikum mak adik mai nie bawa diploma adik..hari nie majlis konvokesyen adik mak.. adik happy sangat mak sebab dah konvo.. tapi lagi happy kan kalau mak ada sekali dengan adik sambut majlis konvo adik.. mak ingat dak mak kata nak tengok adik konvo.. hari nie adik dah konvo dah tapi kan mak, mak tak dan tengok adik hari nie sebab tu adik bawa diploma adik mai sini nak tunjuk kat mak.. walaupun mak tak dak kat sisi adik tapi adik tau mak nampak adik dari sana..
Time nie seriously aku sebagai lelaki muka ganaih kahaq pun meruntun jiwa beb.. perasan sebak tu menusuk meresap masuk dalam jiwa aku..Allah saja tau macam mana rasa time tu.. sambil ayaq mata aku meramu tu aku tengok dia slow-slow letak gambaq dan diploma dia di sisi batu nisan mak dia dan aku terus capai kamera shoot moment tu..

Dia kata kat aku abg wan Lela nak shoot gambaq Lela pakai jubah konvo dengan mak boleh dak..Allah lagi meruntun jiwa aku.. tanpa banyak cakap aku terus shoot.. aku boleh shoot gambaq 3,4 keping je sebab hati aku sebak tak mampu nak shoot banyak-banyak.. lepas tu aku ajak dia balik.. dia ambil masa lebih kurang 15minit gak untuk tinggai kuboq mak dia..masa dalam kereta otw nak balik baru la dia bagi tau katanya sebelum mak dia meninggal arwah mak dia pesan supaya dia tamatkan pengajian dia dan arwah mak dia nak tengok dia konvo tapi tulah kata sebaik-baik perancangan perancangan dari Allah tu lebih sempurna.. kita mampu merancang Allah yang tentu semua.. Tak dan dia konvo mak dia pergi menemui sang pencipta disebabkan kanser..(tak pasti kanser apa)..
Last masa sampai depan umah dia, dia kata kat aku Lela syok tengok orang lain sambut konvo dengan mak ayah depa tapi Lela ada ayah je mak dah tak dak..sekali lagi aku meramu ayaq mata..aku pesan kt dia lela sekurang-kurangnya Lela dah tunaikan hajat mak lela.. sabaq byk2 ok..insyaAllah kebahagiaan akan tunggu Lela di depan..
Moral of the story disini aku nampak di mana kasih sayang seorang anak pada mak dia.. jadi kita yang masih ada mak nie hargailah mak kita sebaik-baiknya sebelum depa pejam mata tinggai kita.. time tu nak buat apa dah tak dak guna..marilah sma2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh arwah mak Lela Allahyarhamah Che Ma Bt Jamaludin (1951-2017).. Moga roh arwah mak Lela ditempatkan di kalangan org2 beriman.. Amin..
Al-Fatihah..
Mohon share kalau anda tersentuh..
Semoga kisah ini dijadikan teladan dan harapnya kita masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Aamiin.
Sumber: Shahzuwan Pa’Wan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Maut Selepas Terikut-Ikut Amalan Ikrar & ‘Hazing’ Senior Semasa Orientasi Di Universiti

Ibarat tradisi turun-temurun yang dikenakan kepada para pelajar yang baru mendaftarkan diri di asrama, fasa ragging atau hazing pasti akan dilalui oleh mereka dalam tempoh beberapa minggu terawal di kampus.
Di Amerika Syarikat, negara itu juga tidak terkecuali daripada perbuatan ragging ke atas pelajar tahun pertama yang ingin menganggotai fraterniti.
Kelompok ‘Frat Boys’ senior ini selalunya akan memaksa pelajar junior melakukan amalan ikrar serta ritual pelik seperti yang selalu kita tonton dalam filem-filem Barat.
Siapa sangka, disebabkan terlalu terikut-ikutkan amalan tersebut, maut menempah seorang pelajar junior di Washington State University.
Menurut laporan portal METRO UK, pelajar yang dikenali sebagai Luke Morgan Tyler telah ditemui mati oleh pihak polis di kediaman fraterniti Theta Chi yang menempatkan bilik asramanya setelah mereka menerima panggilan tanpa nama (anonymous).

Mangsa yang beru berusia 19 tahun dipercayai mengambil minuman alkohol di dalam rumah frateniti dan baru sahaja menjalani upacara ikrar yang panjang dan kejam oleh senior di sana.
Rakan mangsa di sana kini sedang melancarkan sebuah petisyen agar pihak polis menyiasat kediaman fraterniti itu secara tulus memandangkan ia merupakan lokasi terakhir mangsa berada.
“Kematiannya berlaku sejurus proses yang panjang dan kejam oleh fraternitinya, Theta Chi,” catat pengasas petisyen tersebut, Trevor Michalski.

“Perbuatan tidak berperikemanusian dan cara ‘hazing’ mereka telah memaksa Luke dan ramai lagi pelajar melakukan beberapa perkara tanpa rela.
“Kami menuntut agar Theta Chi disiasat, ditutup dan presiden fraterniti serta ‘master’ lain yang mempunyai kuasa dalam fraterniti ini disiasat atas penglibatan mereka dalam kes kematian Luke Tyler,” tambahnya.

Petisyen itu telah merekodkan lebih 9,700 tandatangan dan persetujuan termasuklah daripada pelajar Washington State University sendiri yang mahu keadilan ditegakkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Dakwaan Kes Buli, Orientasi Senior ‘Ajar’ Junior Dengan Batang Penyapu & Besi! – REMAJA
Pihak polis dalam pada itu meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai punca kematian Luke Tyler. Katanya, proses siasatan akan mengambil masa beberapa minggu sebelum ia dapat ditentukan.
BACA LAGI: Elak Kes Buli Berlaku, ‘Spotcheck’ Mengejut Dilaksanakan Di Sekolah Berasrama – REMAJA
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ribut Salji Di Texas Konspirasi Kerajaan Amerika? TikTokers Ini Tunjuk Bukti

Jika sebelum ini media massa dan cetak melaporkan perubahan cuaca pelik di Texas, Amerika Syarikat sehingga mengalami ribut salji dan mengorbankan sekurang-kurangnya nyawa selain jutaan terputus bekalan elektrik.

Perkongsian di media sosial pula menunjukkan cuaca luar biasa yang melanda di sebahagian besar AS itu juga turut menyebabkan kesejukan melampau selain mencetuskan puting beliung di tenggara negara terbabit dan barangan dan persekitaran di sekeliling pun menjadi beku.

Namun, baru-baru ini beberapa pengguna media sosial menyebarkan dakwaan bahawa salji itu merupakan salji palsu yang telah dicipta oleh kerajaan.
Menurut laporan Insider, video-video mengenai dakwaan itu bukan sahaja berlaku di Texas malahan dari United Kingdom.
@sarahmojoSomeone said do it with a blow dryer ##fyp ##snowwontmelt ##whatshappening ##texasblizzard ##centraltexas ##conspiracytheories ##helpmeunderstand♬ original sound – Sarah Ward
@sarahmojoFor all the people that said I edited the video … here’s one within 60secs ##fyp ##texasblizzard ##snowsnotmelting ##whatsgoingon ##conspiracytheorist
Salah satunya adalah video di aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang wanita cuba membakar bola salji namun ia tidak cair. Hal ini menyebabkan mereka mendakwa bahawa salji itu tidak normal.
Tapi sebenarnya tidak benar, semua salji akan bertindak balas dengan cara itu, melalui proses yang disebut pemejalwapan iaitu salji yang padat akan berubah menjadi gas.
Para saintis mengatakan pemanasan global khususnya pemanasan di Kutub Utara berkemungkinan punca perubahan iklim dan cuaca pelik yang melampau di Texas.
Maklumat yang tidak tepat dilaporkan terus berleluasa sejak ribut melanda Texas minggu lalu. Ingat dekat Malaysia je orang suka buat berita palsu rupanya dekat mana-mana pun sama je kan. Bagaimanapun, maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan banyak pihak.
Hah, dengar tu, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya.
Sumber: Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

