Program Subsidi RM180/RM300 Bagi Peranti & Data Dilanjutkan Sehingga 30 September

Share

Sebelum ini, program Jaringan Prihatin telah pun dijalankan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menerima akses internet, sekali gus merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara.

Melalui program ini, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 (B40) dan RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah untuk pembelian telefon atau kredit telco.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini mengumumkan bahawa program Jaringan Prihatin ini telah pun dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

Sumber: SKMM

Sebelum ini, program tersebut hanya ditawarkan sehingga 31 Julai 2021, namun semalam pihak SKMM telah pun memaklumkan bahawa ia akan dilanjutkan sehingga bulan depan.

Inisiatif ini adalah bagi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan dalam gelombang pendigitalan ke arah ekonomi digital.

Gambar hiasan

Pendaftaran untuk program ini telah dibuka bermula 5 Mei lalu mengikut tawaran setiap syarikat telekomunikasi masing-masing. Jadi, sekiranya korang belum mendaftar, bolehlah cuba untuk permohonan hari ini.

Mana tahu ada rezeki kan?

Sumber: (1)

IKLAN