Jika sebelum ini Presiden Filipina memberi pilihan kepada rakyatnya sama ada mahu mengambil vaksin atau berdepan dengan hukuman penjara, namun kini lain pula jadinya apabila pemerintah negara itu sudah bertukar fikiran.
Presiden Rodrigo Duterte berkata jika rakyatnya tidak mahu mengambil suntikan vaksin, mereka akan diberi vaksin babi.
Duterte mengancam rakyatnya kerana kesal dengan proses vaksinasi yang perlahan di Filipina, setakat 20 Jun hanya 2.1 juta rakyat Filipina divaksin daripada 110 juta penduduk.
Ads
Filipina juga menjadi salah sebuah negara Asia yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dengan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kematian.
Walau bagaimanapun, tindakan Presiden itu nampaknya mendapat tentangan oleh rakyatnya kerana mereka menyifatkan bahawa keputusan tidak mengambil vaksin bukan satu jenayah dan hukuman yang akan diberikan agak keterlaluan.
Ads
Bukan mudah untuk puaskan hati seluruh masyarakat. Namun, jika tidak diberikan hukuman setimpal, maka ramailah yang tidak mahu mengambil vaksin dan secara tidak langsung semakin sukar untuk memutuskan rantaian virus berjangkit itu.
Ads
Syukur walaupun di negara kita masih ada lagi individu yang anti-vaksin, namun lebih ramai yang masih menunggu giliran mereka untuk menerima vaksin.
Semoga Filipina dapat mencari jalan keluar bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19.
Berita baik untuk korang yang kempunan tidak dapat pergi ke Langkawi…hehe
Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.
Foto Via NST
Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
“Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.
“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.
“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media semalam.
So, kalau korang ke Melaka minggu hadapan cuba beberapa tempat yang kami cadangkan ini.
1. Cendol Bakar
Apa yang istimewanya adalah berbagai jenis cendol terdapat di kedai ini. Harganya pun berpatutan. Lokasinya terletak di Alor Gajah. Kalau tak nak makan disini, nak drive thru pun boleh.
2. Asam Pedas Matahari Corner
Dah namanya datang Melakan kan, tak sah la kalau tak pekena asam pedas. Lokasi kedai ini di belakang pasar lorong batu berendam. Antara menu rare yang ada ialah asam pedas telur ikan dan telur sotong.
3. Mee Besen
Pernah viral satu ketika dulu, lokasi Mee Besen ini bertempat di Pusat Niaga Durian Daun. Mee Besen Jumbo berharga RM 32 sahaja dan boleh dimakan sehingga 8 ke 10 orang. Memang berbaloi-baloi.
4. Ikan Bakar Parameswara
Udang bakar ni pun nampak sedap sangat
Terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan laut disini. Lokasinya strategik dan menarik kerana korang boleh melihat pemandangan Selat Melaka dan juga hutan bakau di gigi air. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
5. Roti Naan Pak Putra
Untuk peminat roti naan, korang kena try Roti Naan Pak putra di Taman Kota Laksamana. Beroperasi dari jam 5.30 petang sampai la jam 1 pagi. Sesuai untuk korang yang suka melepak waktu malam. Hiks!
6. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Restaurant
Okay dah biasa makan nasi ayam kan? Kali ni cuba tukar pula style makan chicken rice ball ni. Nasi dikepal menjadi seperti bebola. Unik dan menyelerakan. Jangan risau, restoran ni halal gaiss.
7. Asam Pedas Claypot
Dihidangkan dalam claypot panas-panas, memang sedap la bila makan dengan nasi putih. Korang boleh cari Asam Pedas Claypot ini di lokasi sekitar Taman Kota Laksamana.
8. Roti Canai Kayu Arang
Foto: Vkeong.com
Oleh sebab tempat ini menjadi tumpuan orang ramai, so dinasihatkan untuk korang datang seawal pagi. Kalau tak, jenuhlah nak menunggu tempat duduk nanti. Apa yang menariknya, kesemua roti di goreng atas dapur kayu arang. Tengok gambar pun dah meleleh air liur. Haha!
9. Roti John Tarik MaeLambong
Kalau korang sejenis suka makan roti john yang penuh dengan isi daging, sos dan cheese mozzarella meleleh, nah ini adalah pilihan yang tepat. Roti John Tarik MaeLambong bertempat hadapan Hang Tuah Mall.
10. Cucur Udang Alor Gajah
Apa yang istimewanya cucur udang ini dihidangkan bersama fish cake, sosej, nugget, timun dan tauhu. Kuahnya pun memang superb laa. Kalau nak makan confirm kena beratur la wey!
Kalau dapat cuba kesemua tempat yang kami cadangkan ini, confirm kenyang perut senang hati. Hehe! Amacam… weekend depan ni jom serang Melaka nak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya pencinta kucing saja yang faham perasaan begini. Sebab itulah saat kucing sakit atau mati, pemilik juga akan menangis beriya-iya saat kehilangan haiwan tersebut. Dengan sifat manjanya hingga mampu mencairkan hati pemiliknya, memelihara kucing terutama baka jenis mahal bukanlah murah. Ia memerlukan wang yang banyak bertemu doktor haiwan jika kucing sakit atau perlu di vaksinkan.
Di negara seberang, viral kisah seorang pemilik kucing yang membelanja penduduk kampung makan termasuk menabur duit selepas kucingnya melahirkan lima ekor anak.
Dalam satu perkongsian di Instagram @ndorobeii, jelas di dalam video itu jelas tertera kegembiraan di wajah warga desa termasuk kanak-kanak saat mengutip duit dilemparkan pemilik kucing itu hingga mengundang ketawa netizen melihatnya.
Sejak di muat turun, lebih 11 ribu pengguna melihatnya dan memberikan tanda suka. Walau tidak dinyatakan secara jelas lokasi kejadian di daerah mana, ia dilihat satu tanda kesyukuran pemiliknya dan dia berbesar hati berkongsi dengan warga desa selepas kucingnya melahirkan 5 ekor anak.
Dalam pada itu, di kotak makanan tertera kata-kata lucu iaitu Chinta dan Chikko atas kelahiran anak lima. Semoga menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua dan majikan, tulis akaun tersebut.
Hal ini terus mengundang rasa lucu netizen kerana rata-rata pemilik kucing mengakui mereka memang sanggup berbuat apa saja untuk haiwan peliharaan itu.
Hurm..untunglah orang kampung. Dah macam hiburan pulakkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ada segelintir masyarakat di negara ini malu berbahasa Malaysia ketika berkomunikasi terutamanya dalam golongan remaja. Tapi lain pula cerita dengan influncer dan usahawan berjaya, Khairul Aming yang bangga untuk cakap Melayu di atas pentas di luar negara.
Sebagaimana kita tahu, telah berlangsungnya sebuah majlis TikTok For Your Stage yang diadakan di Indonesia, pada 29 Oktober lalu yang turut dihadiri beberapa influencer dari Malaysia termasuklah Khairul Aming.
Apa yang menarik perhatian netizen, Khairul Aming telah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya apabila memberi ucapan ketika siaran langsung majlis tersebut ternyata meraih pujian serta kebanggaan orang ramai terutamanya warga Malaysia.
Bukan itu sahaja, dia juga turut berkongsi inspirasi bagaimana berjaya menjadi seorang pencipta kandungan (content creator) dan usahawan yang berjaya.
Jelasnya, inspirasi tersebut adalah datang daripada pengikutnya sendiri di laman sosial yang telah membuatkan dia meraih apa yang dicapai pada ketika ini.
“Inspirasi saya semestinya daripada pengikut itu sendiri. Saya sudah buat video masak lima tahun, ada yang menggunakan video tersebut untuk keluarga, pelajar gunakan untuk masak di rumah sewa dan ada juga gunakan untuk perniagaan.
“Jadi, semua kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya banyak nilai kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun video sepajang satu minit. Salam sayang daripada Malaysia, terima kasih semua,” ujarnya.
Rata-rata netizen memuji pemuda kelahiran Kelantan ini kerana bertutur dan memberi ucapan dalam bahasa Melayu. Malah, Khairul Aming ternyata sangat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus berjaya dalam kehidupan dan kerjaya.
Cayalah Khairul Aming, moga terus memberi inspirasi kepada anak muda untuk terus berjaya dalam hidup.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.