Sambutan Aidilfitri bakal tiba kurang empat hari lagi. Semestinya perayaan tahun ini bakal menjadi meriah setelah dua tahun rakyat Malaysia tidak menyambutnya akibat sekatan yang dikenakan ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
Apabila masyarakat sudah boleh pulang ke kampung, antara perkara yang bakal menerima faedah adalah sektor perniagaan. Peniaga barangan basah atau kering, makanan dan lain-lain pasti tidak cukup tangan melayan permintaan.
Namun begitu, lain pula halnya dengan perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh di negeri Kelantan dalam satu salinan notis yang dimuat naik di akaun Facebook organisasi tersebut. Notis berkenaan untuk memaklumkan berkaitan penutupan perniagaan Pasar Raya, restoran dan premis perniagaan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut maklumat yang dimuat naik itu, “Majlis telah menetapkan supaya pengusaha premis tidak dibenarkan menjalankan operasi perniagaan pada 01 dan 02 Syawal 1443H iaitu pada hari pertama dan hari kedua Syawal.”
Walaupun diwajibkan tutup pada hari raya pertama dan kedua, pihak Majlis Daerah Pasir Puteh membenarkan perniagaan dibuka pada hari raya kedua dengan syarat.
Dalam kenyataan tersebut, Noor Azman Md Nawi yang merupakan Setiausaha MDPP berkata, “Kelonggaran diberikan untuk menjalankan perniagaan pada hari raya kedua dengan syarat kakitangan diberi pilihan untuk bertugas dan hendaklah dibayar elaun lebih masa.”
Ads
Hantaran tersebut setakar artikel ini ditulis telah menerima lebih 163 tanda suka dan dikongsi lebih 58 pengguna Facebook. Keputusan yang dibuat MDPP ini merima pelbagai reaksi masyarakat. Jika diamati ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan tersebut.
Berikut adalah beberapa perkongsian di ruangan komen hantaran terbabit.
“Datang dari mana idea nak suruh tutup habis kedai pada hari raya. Yang mana nak berniaga biarkanlah mereka berniaga, mesti majikan bayar gaji lebih. Waktu beginilah orang nak pergi kedai. Kalau buat jamuan makan kemudian bahan tak cukup, habis tu nak beli barangan di mana?
“Berapa ratus ribu orang di perantauan akan balik Pasir Puteh. Inilah masa untuk memperkukuhkan ekonomi. Waktu raya kalau jual gajah dan harimau pun anak perantauan beli. Mereka yang balik memang nak habiskan duit di kampung,” ujar individu bernama Siti Hafsha yang memberi pandangan.
Manakala seorang lagi pengguna facebook, Amizi Roy pula berkata, “Kena buka juga kedai. Kesian sekiranya ada barang kecemasan yang habis.”
Ads
“Susah macam ni, atas alasan apa kena tutup restoran dan pasar raya?” tanya Aminuddin Ghazali.
Pihak Majlis Daerah Pasir Puteh dilihat tidak memberi maklum balas kepada pelbagai persoalan yang diajukan oleh pengguna Facebook yang rata-rata kurang berpuas hati dengan notis tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Memiliki ibu bapa yang buta huruf bukanlah halangan bagi Norimrana Mujahid Ali untuk mengejar kejayaan. Sebaliknya, ia menjadi pendorong utama baginya untuk berusaha gigih dalam merubah nasib keluarganya.
Norimrana, penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-16, berkongsi bahawa ibu bapanya tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah disebabkan pelbagai kekangan, termasuk kesusahan hidup yang mereka alami. Keadaan itu memberi kesan mendalam buat Norimrana yang mahu mengubah kehidupan keluarganya melalui pendidikan.
“Saya mahu buktikan walaupun ibu bapa tidak mendapat pendidikan di sekolah, anak-anak masih boleh berjaya dengan cemerlang,” ujar Norimrana, penuh semangat.
Sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Norimrana telah menanam tekad sejak awal untuk meraih anugerah tertinggi universiti sebagai hadiah kepada kedua ibu bapanya yang banyak berkorban demi masa depan anak-anak mereka.
“Saya juga mahu balas jasa mereka yang membesarkan saya serta empat adik-beradik dengan penuh kepayahan.
“Semasa kecil ibu bersendirian menjaga kami di Tumpat, Kelantan kerana bapa bekerja sebagai peniaga jalanan di Kuala Lumpur,” katanya, mengenang kembali cabaran yang dilalui keluarganya.
Kejayaan Norimrana ini tidak dicapai dengan mudah. Sepanjang empat tahun pengajian di UniSZA, graduan berusia 24 tahun ini terpaksa mengorbankan banyak perkara. Walaupun jarak antara Terengganu dan Tumpat tidak terlalu jauh, Norimrana jarang pulang ke kampung, apatah lagi pada cuti semester.
“Cuti semester pun saya akan ikut program UniSZA hingga ke Indonesia demi tekad mendapatkan anugerah ini. Walaupun letih dan terpaksa menanggung rindu terutama kepada ibu, saya tetap teruskan demi membanggakan orang tua,” tambahnya.
Sumber: Awani
Kini, sebagai seorang pekerja di sebuah firma perakaunan terkemuka, Norimrana membuktikan bahawa dengan usaha yang gigih, kejayaan pasti akan datang.
Tidak hanya sekadar meraih anugerah, dia juga berjaya membanggakan ibu bapanya yang telah banyak berkorban untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang lebih bermakna buat ibu bapa selain menyaksikan kejayaan anak-anak di menara gading.
Begitulah momen penuh bangga yang dikongsikan pelawak terkenal, Wahid Senario, apabila beliau menghadiri majlis graduasi anak keduanya, Muhammad Wazif, yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh legenda komedi tanah air berkenaan menerusi akaun Instagramnya, yang memaparkan potret keluarga kecilnya merakam kenangan indah untuk tatapan masa hadapan.
“Assalammualaikum, tahniah buat anakku @wazifwhd teruskan capai lebih tinggi, moga Allah permudahkan urusan dunia akhirat.. terima kasih juga pihak @upsi_malaysia atas layanan diberikan.
“Semoga UPSI terus maju sebagai sebuah universiti yg terbaik. inshaallah ada rezeki kita berjumpa lagi.. kome steady… teman steady.. Alhamdulillah..,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, di ruangan komen turut dihujani ucapan tahniah daripada warganet dan para peminat yang tumpang gembira melihat kejayaan Wazif serta sokongan penuh seorang ayah di hari bermakna itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG wahid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Individu yang menghidap penyakit gastrik antara yang terkesan di bulan puasa ini kerana dengan menahan lapar, mereka mungkin terkena serangan gastrik.
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang korang boleh lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu korang menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Gambar hiasan
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Gambar hiasan
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Hiks! Apa yang penting, korang cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...