Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) telah mengumumkan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang sah Pilihan Raya Presiden dan Timbalan Presiden (Pilpres) 2024.

Berdasarkan jumlah undi yang diperoleh di 38 wilayah Indonesia dan 128 pusat pengundian di luar negara, Prabowo-Gibran berhasil memperoleh  58.6 peratus atau 96,214,691 undi dari 164,227,475 undi keselurhan, ini seperti yang diumumkan oleh KPU pada Rabu malam.

Pasangan pesaing mereka aitu Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar mendapat 24.9 peratus atau 40,971,906 undi, sementara Ganjar Pranowo dan Mahfud MD hanya mendapat 16.5 peratus atau 27,040,878 undi.

IKLAN
Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka Kini Teraju Baharu Indonesia
Sumber foto: Instagram Prabowo

BACA JUGA: Keajaiban Pelembap Untuk Kulit Yang Harus Anda Ketahui

Hasil kiraan KPU menunjukkan bahwa Prabowo dan Gibran berjaya memenangi 36 wilayah daripada 38 wilayah keseluruhan. Dua wilayah lagi dimenangi oleh Anie dan Muhaimin.

IKLAN

Keputusan rasmi pilihan raya ini diumumkan oleh Ketua KPU, Hasyim Asy’ari melalui platform media sosial rasmi badan berkenaan.

“Pesta Demokrasi” di negara ketiga terbesar di dunia pada 14 Februari  lalu bertujuan untuk menentukan penerus Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenal sebagai Jokowi, yang telah menyelesaikan tanggungjawabnya untuk penggal kedua dan terakhir pada bulan Oktober ini.

IKLAN

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, di Indonesia Presiden dan Naib Presiden hanya boleh memerintah maksimum selama dua penggal iaitu sepuluh tahun.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI