Pasukan Orkestra MRSM Ulul Albab FELDA Trolak sekali lagi membuktikan kehebatan anak muda Malaysia apabila berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Pasukan orkestra MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab FELDA Trolak mencipta sejarah membanggakan apabila berjaya merangkul anugerah emas ‘Golden Diploma Award’ dalam kategori ‘middle class’ di International Festival of Wind Orchestra Prague 2025.
Lebih membanggakan, mereka bukan sahaja membawa pulang Anugerah Emas, malah menjadi satu-satunya wakil dari Asia dalam pertandingan berprestij itu!
Pertandingan yang berlangsung di Vienna, Austria itu menghimpunkan pasukan orkestra terbaik dari seluruh dunia, termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat, dan Australia. Namun, siapa sangka anak-anak muda dari MRSM Ulul Albab FELDA Trolak berjaya memikat hati para juri dengan persembahan penuh disiplin, kreativiti dan semangat yang luar biasa.
Harumkan Nama Malaysia
Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Facebook, anugerah Golden Diploma diberikan kepada MAWO berdasarkan pemarkahan tertinggi yang diberikan oleh barisan juri profesional selepas menilai semua lapan kumpulan dalam kategori penyertaan ‘middle class’.
Selepas anugerah emas, anugerah yang diberikan adalah perak dan gangsa.
Terdapat tiga kategori pertandingan pada tahun ini iaitu ‘lower class’, ‘middle class’, dan ‘higher class’. Penentuan kategori pula berdasarkan tahap kesukaran muzik, kemahiran teknikal serta pengalaman kumpulan orkestra yang bertanding.
Ads
Kejayaan ini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan MAWO.
Menurut beliau, pencapaian ini mencerminkan semangat luar biasa dan disiplin tinggi yang dimiliki oleh anak-anak muda luar bandar.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menyalurkan sokongan berterusan kepada anak-anak muda dalam bidang seni dan budaya, termasuk dari segi motivasi, penyediaan peralatan serta pembiayaan.
“Syabas kepada keluarga besar MRSM, FELDA dan MARESMAF – anda benar-benar telah ‘MENDONIA’!” ujar beliau penuh bangga.
Pesanan Buat Remaja Malaysia
Buat korang semua yang mungkin ada minat dalam muzik, seni atau apa saja bidang—jangan pernah rasa rendah diri atau fikir kita tak setanding orang luar. Dengan usaha, disiplin, doa dan sokongan, tiada apa yang mustahil.
Syabas sekali lagi kepada Pasukan Orkestra MRSM Ulul Albab FELDA Trolak! Semoga kejayaan ini membuka lebih banyak peluang buat remaja Malaysia bersinar di pentas dunia.
Sumber: FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan / Zahid Hamidi / Fahmi Fadzil / Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Setelah peralihan kuasa kerajaan kepada Pakatan Harapan tahun lalu, rakyat tertanya-tanya sekiranya pertukaran jawatan Perdana Menteri seperti yang dikatakan bakal terjadi dalam masa terdekat?
Hari ini, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan beliau mengenai hal ini.
Beliau MENJANGKAKAN proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandang beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlaku sekitar Mei tahun depan.
Bercakap kepada agensi berita antarabangsa Bloomberg, Datuk Seri Anwar berkata ada satu perjanjian tentang soal peralihan tersebut yang telah dibuat di mana, Tun Dr Mahathir akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian. Dan jawatan Perdana Menteri akan diserahkan sejurus selepas itu.
Namun, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh spesifik untuknya berlaku.
“Ada perjanjian mengatakan ia akan dibuat dalam bulan dinyatakan (Mei 2020). Namun saya tak terlalu memikirkan tarikh tepat,” kata beliau dalam teruramah bersama Bloomberg.
Untuk pengetahuan, pada akhir Ogos lalu Tun Dr Mahathir telah mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.
“Saya buat janji, saya berpegang pada janji saya.
“Apabila saya letak jawatan kelak, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri. Jangan risau,” jelas beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary Kuala Lumpur.
*
Jika peralihan ini bakal berlaku pada tahun 2020, korang rasa Malaysia sudah bersedia untuknya?
Sumber: SINAR HARIAN
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara golongan yang banyak menggunakan perkhidmatan ETS ialah remaja dan belia yang terdiri daripada pelajar universiti dan eksekutif muda. Dan selaku golongan yang menggunakan Internet tertinggi di Malaysia, pastikan mereka mahukan sambungan Internet yang baik.
Dapat menikmati Wi-Fi percuma sepanjang perjalanan jauh ETS? Itu merupakan bonus terbesar buat golongan muda! Terbaru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan perkhidmata Wi-Fi secara percuma khas buat pengguna ETS.
Menurut Pengarah Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Shamsudin berkata penambahan perkhidmatan Wi-Fi bakal tersedia buat pengguna kira-kira dua bulan dari sekarang iaitu sekitar bulan Mac akan datang.
KTMB juga melahirkan hasrat untuk menambah bilangan keretapi ETS yang dilihat sangat mendapat sambutan. Malah, pihak mereka juga merasakan ia sesuai dengan permintaan cukup tinggi terutamanya bila tiba musim perayaan.
Difahamkan penambahan yang bakal dilakukan juga melibatkan gerabak Kelas Bisnes yang ditawarkan dengan servis lebih premium dan kondusif. Menerusi pakej tersebut selimut, makanan dan minuman di atas gerabak berserta beberapa fasiliti lain juga bakal disediakan oleh KTMB.
Dengan perkhidmatan Wi-Fi percuma ini, Remaja berharap golongan muda terutamanya dapat menikmati Internet yang lancar. Selain itu, ia juga menjadi nilai tambah buat pelancong asing yang sentiasa dahagakan sambuangan Internet walau di mana sahaja mereka berada. Ini merupakan salah satu lagi usaha KTMB bagi memastikan servis mereka akan terus mantap khusus buat pengguna.
Situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara nampaknya semakin membimbangkan kerana disebabkan arahan PKP yang dilaksanakan hampir di seluruh negara, ramai yang terpaksa bergelut untuk mencari wang demi kelangsungan hidup.
Sektor pelancongan antara yang terjejas teruk akibat PKP dari awal tahun lalu lagi. Namun ia seakan beransur pulih pada pertengahan tahun kerana rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk merentas negeri. Pun begitu, tidak sampai beberapa bulan selepas itu, negara kita sekali lagi telah mengarahkan perlaksanaan PKP dilakukan di seluruh negara.
Selain daripada peniaga-peniaga kecil, industri perhotelan juga mengalami kerugian yang teruk dan terpaksa melakukan pelbagai cara untuk memastikan perniagaan mereka masih lagi boleh bernafas, supaya dapat membayar gaji pekerja.
Sebelum ini telah tular di media sosial pasukan Hotel Red Rock di Pulau Pinang mengambil inisiatif menjual makanan di luar bangunan hotel. Bukan hanya pekerja, malah pengurus hotel turut turun padang untuk menjual bungkusan makanan tersebut.
Hotel Jen Penang Shangri-La yang bertaraf empat bintang juga mempraktikkan konsep yang sama dengan mendirikan gerai bagi membolehkan beberapa tukang masak terkemuka menyediakan pelbagai sajian di luar hotel berkenaan berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Tidak hanya berlaku di Pulau Pinang, hotel terkemuka Duyong Marina Resort juga tidak mahu duduk diam dan pihak pengurusan mereka mengambil inisiatif untuk menjual nasi bajet di tepi jalan. Pengurus Besar berbaju kemeja, seluar slack dan berkasut kulit sendiri turun padang untuk mempromosikan jualan makanan daripada hotel mereka.
Lokasi jualan adalah selepas Petron Jambatan Sultan Mahmud, beroperasi dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Nasi bajet yang dijualkan hanyalah berharga RM3.
Sungguh ramai yang bergelut untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika korang antara individu yang masih berkemampuan, marilah kita menyokong perniagaan mereka dan secara tidak langsung, dengan sedikit bantuan ini dapatlah kita memberikan sumber pendapatan buat mereka.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...