Berapa kali orang di sekeliling anda terpaksa berpaling setiap kali anda mengeluarkan kasut atau sarung kaki anda? Kaki berbau adalah masalah yang patut dipandang serius.
Baru-baru ini seorang doktor ada berkongsi tip hilangkan kaki berbau ini.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman facebooknya boleh dicuba buat korang yang alami masalah ini.
1. Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
Ads
2. Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
3. Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
4. Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
5. Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
Ads
Jangan jadi begini ya, kucing pun pengsan baunya…
6. Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
7. Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
Ads
8. Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
9. Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
10. Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.
Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam-macam ragam manusia yang kita boleh lihat sepanjang berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dek kerana takut kepada jarum. Menurut pakar psikiatri Universiti Malaysia Sarawak, Dr Amanda Albert, takut jarum adalah perkara biasa dan sesetengah pakar membuat andaian bahawa menghindari kesakitan akibat jarum menembusi kulit sebenarnya naluri evolusi.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, ia menjadi lebih serius apabila ketakutan ini sampai kepada peringkat fobia yang melampau kerana ini akan memberikan kesan kemampuan seseorang itu mendapatkan suntikan vaksin atau menjalani sebarang prosedur perubatan yang melibatkan jarum.
Fobia yang membabitkan jarum ini juga dikenali sebagai ‘trypanophobia’.
Gambar hiasan
Fobia terhadap suntikan jarum berbeza dengan rasa takut kerana keadaan fobia lebih membahayakan. Selain itu, tahap fobia ini juga berbeza-beza dan menurut Healthline, beberapa hari atau jam sebelum berhadapan dengan ketakutan disuntik ini, biasanya individu trypanophobia ini akan mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
• Pening
• Pengsan
• Gelisah
• Susah tidur
• Cemas
• Serangan panik
• Tekanan darah meningkat
• Degupan jantung menjadi laju
• Terasa disakiti secara fizikal dan emosional
• Berupaya untuk mengelakkan rawatan yang melibatkan jarum suntikan
Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan fobia ini dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Terapi kognitif
Terapi ini dilakukan dengan memahami ketakutan terhadap jarum suntikan dan mencari teknik terbaik untuk pesakit. Dengan menghadiri beberapa sesi, ia akan membantu pesakit mengendalikan rasa takut yang menguasai fikiran dan perasaan.
2. Terapi pendedahan
Ia lebih kurang seperti terapi kognitif tetapi dengan fokus mengubah respon fizikal dan mental pesakit dalam menghadapi fobia. Ia dilakukan secara berperingkat, dimulai dengan menunjukkan gambar jarum suntikan, mengarahkan pesakit berdiri dekat dengan jarum suntikan dan memegang jarum suntikan.
Gambar hiasan
3. Terapi ubat
Terapi ini diberikan kepada pesakit yang terlalu fobia sehingga menyebabkan tekanan dan tidak boleh menjalani psikoterapi. Biasanya, doktor akan memberikan ubat penenang untuk mengurangkan gejala fobia.
Difahamkan, kebanyakan pesakit trypanophobia akan pulih atau berkurangan rasa takut terhadap jarum suntikan setelah melalui beberapa rutin cara mengatasi fobia ini.
So guys, bagi korang yang takut jarum tu jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak mengambil suntikan vaksin okay? Ada beberapa cara dan ikhtiar yang korang boleh lakukan. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat nasihat perubatan yang selanjutnya.
Terbaru, pengacara dan pempengaruh Hazeman Huzir sekali lagi memberi inspirasi kepada orang ramai kerana sanggup memotong rambutnya untuk didermakan kepada pesakit kanser.
Hazeman Huzir atau nama sebenar Mohamed Hazeman Huzir berkata, dia mengambil tindakan itu bagi meningkatkan keyakinan diri pesakit kanser yang mengalami keguguran rambut akibat kesan kimoterapi.
“Saya potong rambut buat wakaf pesakit kanser. Rambut saya akan dijadikan wig oleh NGO. Kemudian diberikan kepada adik-adik yang rambut gugur sebab chemo”
Kredit: Instagram Hazeman Huzir
Haze berkongsi berkongsi hal itu melalui aplikasi Instagram dan X miliknya.
Menerusi perkongsian Instagram dibuat, Haze sempat berseloroh menggunakan trend media sosial ‘Mak saya suruh break (putus), dia tidak suka lelaki rambut panjang’ yang pada mulanya menunjukkan dirinya berambut panjang dan kemudian muncul dengan penampilan terbaru berambut pendek.
Dalam pada itu, pengacara tersebut memberitahu rambut yang didermakan itu akan dijadikan rambut palsu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Jelasnya, rambut palsu asli mempunyai kelebihan kerana ia mudah untuk diuruskan berbanding buatan sintetik.
Kredit: X Hazeman Huzir
“Rambut palsu from human hair ni boleh basuh & boleh hair dryer. So mahal sikit kalau banding dengan wig synthetic”
“So aku dermakan rambut pada pesakit kanser supaya dorang confident balik dan rasa segelumit normal. Especially yang budak-budak perempuan”
Kredit: Instagram Hazeman Huzir
Menurut Haze, dia juga berjanji untuk mewakafkan seluruh tubuh dari hujung rambut sampai hujung kaki dan rambut pendek itu boleh tumbuh semula. Jadi, ia bukanlah satu masalah yang besar walaupun sudah tiga (3) tahun dia menyimpan rambut panjang.
Sekadar info, Hazeman Huzir juga adalah pengacara podcast bagi aplikasi SEENI. SEENI merupakan salah satu aplikasi digital interaktiv oleh Nu Ideaktiv yang memberikan konten lokal menarik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita yang merupakan dietitian itu berkongsi kisah seorang pesakit umur 30-an yang menghidap penyakit dialisis.
“Dengan rendah diri, saya nak mohon maaf andai cerita ini tidak disenangi oleh mana mana founder slimming product yang berasaskan coffee shakes/drink” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, pakar nutrisi tersebut menceritakan kisah seorang pesakit wanita yang telah mengambil kopi kurus sejak 2022 dan telah mengakibatkan beratnya turun sehingga 20kg.
Namun pada tahun 2024, pesakit itu tiba-tiba melaporkan kondisinya yang sering rasa tidak larat dan lemah.
Dia kemudian pergi ke hospital untuk membuat check-up dengan lebih teliti bersama pakar.
Alangkah terkejutnya pesakit tersebut apabila diisytiharkan bahawa tahap penapisan buah pinggangnya terlalu rendah iaitu pada kadar 40 saja. (Normal GFR 90 dan lebih)
“Bermula dari titik itu, kesihatan sentiasa on-off.
“Sehingga lah beliau pitam. Dan terus dikejarkan ke ED. Setelah mendapat keputusan darah, egfr (3) Creatinine 1700″ tulisnya.
Terpaksa menjalani dialisis, wanita itu juga menasihati supaya orang ramai tidak mengambil jalan pintas jika ingin mengurangkan berat badan.
“Jangan cuba untuk bagitau saya produk anda ada di iktiraf KKM. Tolonglah jangan, itu sekadar notifikasi KKM utk pastikan anda berdaftar sahaja.
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa, risiko terletak pada tangan anda sendiri.
“Nak cuba, cubalah. Tapi beringat sebelum kena. Dapatkan nasihat pakar,” tulisnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.