Disebabkan oleh populariti itu juga, Song Kang telah diterima sebagai pelakon utama bagi beberapa lagi drama terbitan Netflix seperti Sweet Home dan terbaru, Love Alarm musim kedua yang bakal ditayangkan bermula 12 Mac ini.
Justeru, ramai yang berpendapat dia merupakan ‘anak emas’ kepada Netflix. Haa, setuju tak Song Kang?
Ads
Dalam sidang media yang dihoskan oleh Netflix Korea sebentar tadi untuk mempromosikan Love Alarm 2, Song Kang menjawab pendapat mengapa Netflix amat menggemarinya.
Kata pelakon berketinggi 6 kaki 1 ini, “Untuk bekerja dengan Netflix dalam kesemua drama ini adalah satu penghormatan. Setiap kali saya ditampilkan, saya akan memperolehi memori yang bagus.
“Gelaran ‘anak emas Netflix’ ini hanya lebih memotivasikan saya untuk bekerja dengan lebih keras lagi agar saya merasa layak untuk bergelar pelakon. Selepas ini, saya akan sentiasa cuba untuk menunjukkan emosi dan skil berbeza semasa berlakon.
“Terima kasih juga kepada peminat yang menyokong setiap drama lakonan saya. Selepas Love Alarm musim pertama, saya banyak menerima komen peminat dalam pelbagai bahasa dari seluruh dunia. Mereka adalah sebab utama kejayaan drama ini,” kongsinya.
Ads
Song Kang bersama Kim So-hyun di sidang media sebentar tadi..
Bercakap mengenai wataknya, Sun-oh dalam Love Alarm 2, Song Kang berpendapat peminat drama tersebut akan terus menggemari musim terbaru ini kerana ia akan menampilkan Sun-oh sebagai seorang yang lebih dewasa dan matang setelah dikecewakan oleh Jojo pada musim pertama.
Ads
“Menerusi Love Alarm, saya lebih banyak menangis berbanding dalam kehidupan sebenar saya (ketawa). Saya merasakan bahawa penonton yang pernah melalui rejection seperti Sun-oh akan mudah relate dengan karakter ini.
“Saya faham dengan perasaan Sun-oh ini walaupun secara peribadinya, saya tidak akan memuat turun aplikasi seperti Love Alarm untuk mencari cinta.
“Walaupun ia convenient, saya rasakan lebih jujur dan mudah bagi saya untuk meluahkan perasaan secara depan-depan. Lagipun, saya tidak bersedia jika perasaan saya tidak dibalas oleh seseorang itu.”
Love Alarm 2 turut membariskan pelakon seperti Kim So-hyun (Jojo) dan Jung Ga-ram (Hye-yeong) Tak sabar rasanya untuk menantikan Love Alarm musim kedua di Netflix bermula 12 Mac ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Aizat Amdan bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Pernah cipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air, Aizat kembali jadi perhatian apabila beliau mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai Oktober ini.
Sejak kebelakangan ini, ramai peminat tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Aizat, terutamanya selepas beliau mengambil keputusan untuk menyepi dari dunia seni.
“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.
“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.
Aizat
Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.
Rata-rata komen dari rakan dan peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan beliau.
Moga Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.
Bukan sahaja cantik dan terkenal dengan bakatnya yang besar, bahkan keprihatinan yang dimiliki menjadi satu taruhan personaliti ini. Kemurahan hatinya untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan dan kesusahan mendapat perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, isteri kepada Jay-Z ini telah membuat keputusan untuk memberi geran bernilai RM20 ribu ringgit kepada mereka yang mengalami masalah untuk membayar rumah akibat krisis Covid-19 di Amerika Syarikat.
Menerusi yayasannya yang dikenali dengan nama BeyGOOD, seramai seratus individu terpilih akan menerima bantuan tersebut pada penghujung Januari 2021 yang akan datang. Kebanyakan mereka yang menerima bantuan mengalami masalah disebabkan kehilangan kerja akibat penyakit dan juga sistem pengurangan pekerja yang diambil oleh banyak industri.
Pusingan kedua untuk pemberian geran ini pula akan dilakukan pada awal Februari 2021. Sebelum ini BeyGOOD telah melancarkan bantuan kepada bisnes kecil yang mengalami impak yang mana lebih 250 bisnes telah menerima geran bernilai RM40 ribu ringgit.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh yayasan tersebut, “Ketika kita berhadapan dengan pandemik yang disebabkan oleh COVID-19, BeyGOOD membuat rancangan untuk membuat sesuatu yang berbeza. Kami membantu organisasi di seluruh negara yang menyediakan keperluan asas seperti bekalan makanan, air, bekalan rumah tangga dan ujian COVID. Kami juga menyediakan khidmat sokongan kesihatan mental.”
Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann mengumumkan di laman Instagramnya bahawa dia akan ditidurkan hari ini. Prosedur tersebut perlu dilaluinya demi menjalani pembedahan yang memerlukan dia tidak sedarkan diri.
Gadis manis berusia 27 tahun ini yang popular dengan lagu Bebas menyatakan perkara tersebut dan hantarannya itu menerima lebih 2700 tanda suka.
“Assalamualaikum semua, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti korang.
“Doakan urusan Sissy harini dipermudahkan ya. Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani satu pembedahan yang memerlukan saya ditidurkan buat seketika waktu,” tulisnya.
Menurutnya lagi, dia memohon jasa baik orang ramai agar tidak bertanyakan kepada ahli keluarganya mengenai perkara ini.
“Saya minta jasa baik supaya tidak bertanyakan ahli keluarga saya tentang perkara ini. Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Kami dari editorial REMAJA mendoakan semoga Sissy selamat menjalani pembedahan tersebut dan pulih seperti sedia kala hendaknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!