Nampaknya isu penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian yang diumumkan semalam oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mendapat respon segera dari polis trafik.
Jika sebahagian orang ramai menyambut baik isu ini kerana tak perlu berpanas akibat pancaran cahaya matahari, namun di pihak polis penggunaan cermin gelap tanpa had sebenarnya menyumbang kepada lebih banyak isu jenayah.
Apa pandangan korang tentang isu ini?
Harian Metro melaporkan, peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian akan menyukarkan tugas penguatkuasaan terutama polis.
“KIta rasa terkilan kerana isu tidak dibincangkan, “kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menghormati peraturan baru yang diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook tetapi berpendapat bahawa tugas polis dalam penguatkuasaan akan menjadi sukar.
Ads
“Pihak polis sebelum ini tidak pernah dipanggil bagi membincangkan berhubung peraturan baru ini. Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azisman berkata, selain itu faktor keselamatan pasukan keselamatan juga akan terjejas kerana tidak dapat melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.
“Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan.
Ads
“Agak sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” katanya.
Menurutnya, peraturan baru itu juga menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.
“Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga.
Ads
“Ada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu,” katanya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan tiada had ketelusan cahaya bagi kenderaan persendirian
Terdahulu, Anthony mengumumkan tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi semua kenderaan persendirian.
Sebelum ini, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem live action yang diadaptasi daripada kisah klasik Dumbo kini bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 28 Mac ini.
Kisah anak gajah yang dikatakan cacat kerana mempunyai telinga besar membuatkannya menjadi bahan jenaka di sarkas milik Max Medici. Milly dan Joe yang merupakan anak kepada Holt Farrier, bekas bintang hebat sukan kuda mempercayai bahawa Dumbo bukanlah seekor anak gajah yang biasa, namun ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Menyedari kemampuan Dumbo boleh terbang, maka sarkas Medici membuat kemunculan semula dan persembahan anak gajah tersebut mendapat perhatian usahawan V.A Vandevere yang ingin berkolaborasi untuk taman hiburan miliknya, Dreamland.
Namun begitu, kejayaan Dumbo tidak lama kerana timbul beberapa konflik yang berlaku semasa persembahan berlangsung. Lebih menyedihkan lagi apabila ibu Dumbo (Jumbo) dipisahkan dengannya dan hendak dibunuh kerana keberadaan Jumbo di sarkas tersebut menganggu konsentrasi dan tumpuan anak gajah tersebut.
Cerita gajah terbang
Secara keseluruhan filem ini, bagi kami ia tidaklah terlalu teruk walaupun dari awal lagi jalan ceritanya mudah untuk penonton baca. Apa yang lainnya adalah anak gajah yang bertelinga besar dan mampu untuk terbang.
Korang mesti teruja dengan kecomelan Dumbo dan aksinya yang menghiburkan. Tanpa perlu mengeluarkan walau sepatah dialog, karakter anak gajah ini dilihat berjaya menjadi peranan utama dalam filem ini.
Bayangkan macam mana anak gajah terbang, comel kan? Hiks!
Watak Milly dan Joe juga menjadi tunjang utama kerana hanya mereka yang mempercayai kemampuan dan memberi semangat untuk Dumbo meneruskan setiap persembahannya di sarkas itu.
Nilai kasih sayang
Pada permulaan filem saja penonton dah dapat merasakan kasih sayang di antara ibu dan anak (Jumbo & Dumbo) bila mana selepas saja melahirkan, mereka terpaksa berpisah kerana Jumbo telah dijual kembali kepada pemilik asalnya.
Kisah mereka berdua berjaya menyentuh hati kami dan dengan tidak sedar, air mata bergenang melihat kasih sayang dua beranak haiwan tersebut. Ahh, penulis pun jiwa fragile, senang sangat touching. Hehe!
Selain itu, keluarga Holt juga banyak membantu untuk menyatukan Jumbo dan Dumbo semula. Kita boleh rasa keakraban dan sayang mereka terhadap haiwan belaan itu juga.
Nah, tak mahu cerita panjang la. Apa kata korang saksikan sendiri filem Dumbo yang akan mula ditayangkan di pawagam esok.
Enjoy!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri mengejutkan orang ramai apabila muncul dengan imej kurus dan cengkung.
Jelas Dafi, perubahan fizikalnya itu bukanlah disebabkan pembedahan bariatrik atau potong usus tetapi kerana diet seimbang.
Dafi
Memetik laporan Gempak, berat badannya menyusut sejak menjalani penggambaran filem Malbatt. Sejak dari itu, dia berusaha untuk kekal kurus bimbang badan akan berisi semula.
Sebab dulu masa sekolah saya gemuk, saya memang ada masalah yang takut sangat gemuk balik. Few years back badan saya agak naik juga tapi untuk filem Malbat, saya perlu jadi askar jadi saya turunkan berat.
Dafi meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana kurus bukanlah akibat sakit. Dafi yang baru mengeluarkan lagu terbaru Ogos lalu mahu kekal kurus untuk kelihatan fit dan presentable.
Malah ada menuduh Dafi atau Gaddafi Ismail Sabri, 36, mengambil barang terlarang sehingga membuatkan dia kelihatan kurus. Menyangkal dakwaan jahat itu, Dafi sebaliknya menjelaskan dia hanya mengamalkan diet seimbang selain kerap bersenam.
“Selagi saya tak buat perkara tu dan ambil barang itu tak perlu risau pun sebab orang nak komen apa pun silakan.
“Saya memang diet sebab mahu menjaga kesihatan apatah lagi usia pun semakin meningkat.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat imej terkini penyanyi tersebut. Katanya, wajah Dafi sangat berubah dan kelihatan lebih berusia daripada umurnya yang sebenar dan merindui Dafi yang dahulu.
Sementara itu, netizen lain mendoakan semoga urusan penyanyi ini dipermudahkan dan terhindar daripada sebarang penyakit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika negara lain berbangga dengan identiti bangsa mereka, kita juga seharusnya berbangga dengan Bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Di sebalik tidak menghilangkan identiti etnik sesuatu kaum, penggunaan bahasa kebangsaan menentukan identiti sebenar bangsa Malaysia sejati yang setia pada negara.
Menurut Guru Panitia Bahasa Melayu di SMK Seksyen 24 (2) Shah Alam, Cikgu Sulida, ada pelajar menjawap peperiksaan penting menggunakan bahasa rojak kerana sudah terbiasa di dalam perbualan, mesej dan menulis di media sosial.
“Mungkin sudah terbiasa tapi akhirnya kebiasaan itu boleh membawa markah kurang kerana penggunaan bahasa yang salah. Mungkin pelajar tidak menyedari hal ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang baik,” katanya yang hadir di majlis penyampaian hadiah peraduan menulis esei Saya#remajaMalaysia anjuran Majalah Remaja dengan Kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Hal sama diakui oleh Cikgu Nor Aishah yang juga Guru Kanan Mata pelajaran BM di sekolah sama menjelaskan, adakalanya pelajar susah membezakan antara bahasa rojak atau bahasa kebangsaan kerana sudah terbiasa.
“Apa yang kita ingin betulkan ialah biasakan apa yang luar biasa agar tidak menjadi kebiasaan,”kata seusai majlis.
Dalam majlis semalam menyaksikan SMK Seksyen 24 (2) Shah Alam terpilih sebagai sekolah penyertaan terbanyak dalam esei tersebut sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan buku-buku sumbangan Dewan Bahasa & Pustaka serta hadiah iringan lain.
Menyentuh penyertaan sekolah teramai menyertai esei ini, Cikgu Sulida yang mengajar di aliran Sains sekolahnya memaklumkan diri berkongsi idea dan duduk berbincang dengan pelajar apa isi penting bagi esei ini.
“Bagi saya ia satu pertandingan yang baik untuk remaja menggambarkan isi hati mereka tentang negara Malaysia. Tambahan pula ia diadakan sempena bulan kemerdekaan dan penyerapan semangat patriotik itu sangat penting. Walau sekolah kami tidak memenangi hadiah utama tapi ia sebagai satu latihan baik untuk pelajar menulis karangan dalam peperiksaan penting nanti,” katanya lagi.
Dalam penyampaian hadiah semalam menyaksikan pelajar dari SMK Cha’ah, Johor Nur Isma membawa pulang hadiah wang tunai RM800 serta hadiah lain bernilai hampir RM2000 selepas eseinya memenangi hadiah utama bagi pertandingan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.