Polis Buka Kertas Siasatan Insiden Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda

Share

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyanyi popular, Shila Amzah yang mendakwa telah diserang oleh seorang selebriti bertaraf legenda ketika sesi latihan sebuah konsert di Stadium Merdeka, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden tersebut sekitar jam 5.31 petang.

“Ya kita (polis) ada terima laporan mengenai perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Shila mendedahkan dirinya telah diserang secara terbuka di hadapan semua pekerja hingga menjejaskan emosi dan tahap keselamatannya.

Pendedahan tersebut nyata mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila beberapa nama artis yang terlibat dalam acara sama mula menjadi bualan hangat di media sosial.

Untuk info, Shila dijadualkan membuat persembahan sempena ulang tahun ke-20 syarikat runcit terkenal, Mr D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka, malam ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Kosmo! Online

Published by
Fath