
Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyanyi popular, Shila Amzah yang mendakwa telah diserang oleh seorang selebriti bertaraf legenda ketika sesi latihan sebuah konsert di Stadium Merdeka, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden tersebut sekitar jam 5.31 petang.
“Ya kita (polis) ada terima laporan mengenai perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Shila mendedahkan dirinya telah diserang secara terbuka di hadapan semua pekerja hingga menjejaskan emosi dan tahap keselamatannya.
Pendedahan tersebut nyata mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila beberapa nama artis yang terlibat dalam acara sama mula menjadi bualan hangat di media sosial.
Untuk info, Shila dijadualkan membuat persembahan sempena ulang tahun ke-20 syarikat runcit terkenal, Mr D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka, malam ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo! Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Wajah Sebenar Di Sebalik Watak Filem Seram Hollywood

Sebenarnya ramai yang tidak tahu wajah sebenar pelakon seram yang sering kita tengok di kaca TV atau pun filem-filem horror Hollywood.
Malah, ada yang langsung tidak terfikir bagaimana rupa sebenar mereka kerana terlalu asyik membayangkan karakter seram yang dibawa dalam filem.
Bila muncul di kaca TV, mereka mampu membuatkan korang menjerit ketakutan tetapi di dalam dunia nyata, ‘hantu-hantu’ ni pun manusia biasa macam kita juga.
Jom kita tengok antara watak-watak seram dalam filem Hollywood dan siapa sebenarnya wajah disebalik karakter tersebut.
1. Freddy Krueger- Robert Englund
A Nightmare on Elm Street, 1984

“One, two, Freddie’s coming for you.” Watak Freddy Krueger sebagai seorang pembunuh bersiri adalah antara peranan yang melonjakkan nama selebriti Robert Englund ini.
Dia menjadi satu-satunya pelakon dalam sejarah filem yang membawa watak utama dalam lapan filem seram secara berturut-turut.
2. John Kramer- Tobin Bell
Saw, 2003

Peranannya dalam filem ini turut menaikkan nama Tobin Bell dalam industri perfileman Hollywood. Selain Saw, dia juga membintangi banyak rancangan TV popular seperti The X-Files, ER dan Walker Texas Ranger.
3. Samara- Daveigh Chase
The Ring, 2002

Walaupun baru berusia 26 tahun, Daveigh Chase telah membintangi banyak filem dan rancangan TV termasuk Donnie Darko, Charmed dan ER.
Korang mesti ingat kan macam wanita ini membuatkan kita menjerit dalam scene filem The Ring apabila dia memanjat keluar daripada kaca Tv. Arghh!
4. Valak- Bonnie Aarons
The Conjuring 2, 2016

Karakter Valak yang dilakonkan oleh Bonnie Aarons ini benar-benar membuatkan ramai yang tidak dapat tidur malam. Malah, ada yang memuji bakat make up artist yang menata rias wajah karakter seram ini benar-benar nampak real. Thumbs up kepada semua warga kerja The Conjuring 2.
5. Leatherface- Andrew Bryniarski
The Texas Chainsaw Massacre: The Beginning, 2006

Andrew Bryniarski adalah antara salah satu daripada tujuh pelakon yang telah berjaya memainkan peranan sebagai Leatherface dalam file mini.
Kini, pelakon ini masih lagi terlibat dalam rancangan TV dan sedang giat dalam membina badan.
6. Leprechaun- Warwick Davis
Leprechaun, 2003

Antara pelakon kerdil yang paling popular di Hollywood, ketinggiannya hanya 107 sentimeter. Dengan penampilan dan bakat lakonan yang cemerlang, Warwick telah menerima banyak peranan penting dalam membintangi filem-filem seperti Leprechaun, Harry Potter dan Star Wars.
7. Pinhead- Doug Bradley
Hellraiser, 1987

Sama seperti Robert Englund, selebriti ini juga memainkan peranan yang sama dalam lapan buah filem seram. Walaupun pernah membintangi filem daripada genre yang berlainan, namun para peminat masih tidak bole move on daripada karakter Pinhead yang dibawa olehnya.
8. Pennywise- Tim Curry
It, 1990

Omg, ini lagi satu filem seram yang masih membuatkan kita teringat-ingat. Hampir sahaja fobia dengan badut, pelakon ini berjaya membawakan watak ini dengan baik sekali. ‘
Kalau korang nak tahu, selain berlakon, Tim Curry juga seorang penyanyi dan komposer muzik. Beberapa tahun yang lepas, Tim telah jatuh sakit dan terpaksa berkerusi roda.
Namun, dia tetap meneruskan perjuangannya sebagai anak seni dalam mencipta dan menulis lagu.
9. Michael Myers- Nick Castle
Halloween, 1978

Peranan dalam filem Halloween ini berjaya membawa kemasyhuran kepada bintang Hollywood ini. Sudah beberapa tahun juga Nick tidak berlakon filem, tetapi dia mula mengarah dan menulis skrip untuk filem terbitannya sendiri.
10. Jason Voorhees- Ari Lehman
Friday The 13th, 1980

Ketika dia menghadiri casting bagi filem seram ini, tanpa banyak bicara, selebriti ini telah pun dipilih kerana memenuhi kriteria yang dicari oleh produser.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah Tampan Putera Sulung Diana Danielle & Farid Kamil Curi Perhatian -“Muka Macam Nicholas Galitzine”

Wajah tampan anak lelaki kepada pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad, baru-baru ini mencuri perhatian warganet di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Wawa Official HQ, Muhammad, yang kini berusia 11 tahun, dilihat sedang bersenam dan bermain sukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Dedah Pernah Hidup ‘Homeless’, Tak Mampu Beli Nasi Lemak RM 1

Difahamkan, dia terlibat bersama anak kepada aktres Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, untuk mempromosikan produk jenama tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah ketampanan wajah Muhammad yang menyerlah dalam hantaran berkenaan.
Di ruangan komen, ramai warganet memuji rupa parasnya yang kacak, selain ada yang menyamakan dengan selebriti antarabangsa, Justin Bieber dan Nicholas Galitzine.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat Nafkah Ke? Kerja Tak Puas Hati Saja Memanjang…” -Diana Danielle Tampil ‘Bersuara’ Isu Pertikai Jumlah Duit Raya

Selain itu, warganet turut menyatakan bahawa Muhammad memiliki pakej lengkap untuk bergelar seorang model, berdasarkan penampilannya yang menawan.
“Kacaknya anak sulung Diana Danielle,” komen seorang pengguna.
“Muka macam ayahnya tapi versi Mat Salleh,” komen juga yang lain.
“Muka Muhammad macam Nicholas Galitzine,” tulis juga pengguna lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Wawa Official
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun Bertuah, Johnny Depp Perolehi RM16 Juta Pula Hasil Jualan Karya Seni

Jika sebelum ini, pelakon terkenal lelaki Hollywood, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard sebelum ini. Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif.
BACA: Johnny Depp Tepis Dakwaan Amber Heard, Terima Ganti Rugi USD15 Juta
Selepas move on dengan kes tersebut, terbaru Johnny Depp dikatakan meraih RM16 juta dalam masa beberapa jam sahaja dengan menjual koleksi sulung miliknya. Koleksi bernama Friends & Heroes itu secara rasminya telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.
Bintang Hollywood terkenal itu telah mempamerkan koleksi karya seni dengan merangkumi 780 lukisan edisi terhad di 37 galeri Castle Fine Art.
Menerusi laporan BBC, Johnny Depp menjual 780 lukisannya dalam masa beberapa jam dan lukisan utamanya iaitu empat potret artis dijual satu set pada harga RM80,000.
Johnny Depp juga berkongsi karyanya melalui hantaran Instagram.
Koleksi tersebut adalah sebahagian daripada koleksi Friends and Heroes Johnny Depp yang menampilkan empat potret artis iaitu Bob Dylan, Elizabeth Taylor, Al Pacino dan Keith Richards.

Pelakon Hollywood itu menjual lukisan tokoh “inspirasi” termasuk (l-r) Keith Richards, Elizabeth Taylor dan Bob Dylan (Foto Via BBC)
Johnny Depp menyatakan potret artis tersebut adalah orang yang memberi inspirasi kepadanya.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya.
Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya. Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Wah, berdarah seni betul Johnny Depp ni kan…
BACA : Mads Mikkelsen Bakal Ganti Johnny Depp Dalam Filem Fantastic Beasts 3
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

