Pelakon dan penyanyi popular, Daiyan Trisha menegaskan dirinya tidak pernah meletakkan syarat lelaki berharta sebagai kayu ukur dalam memilih pasangan. Baginya, lebih penting untuk berdikari, membina kewangan sendiri dan yakin dengan kemampuan diri.
“Mahu lelaki poket tebal? Tak mengapa, poket saya sendiri pun dah tebal, tak perlu cari lelaki berharta. Saya seorang wanita yang kuat dan berdikari,” jelas Daiyan yang kini berusia 32 tahun.
Selesa Berdepan, Bukan Hanya Dalam Talian
Menurut laporan Kosmo, bagi Daiyan, cara paling tulen untuk mengenali seseorang adalah secara berdepan. Dia mengakui lebih selesa berkawan secara natural berbanding hanya berbalas mesej ringkas di media sosial.
“Kebanyakan orang yang saya rapat belum tentu berakhir dengan percintaan. Kalau ada vibe dan personaliti serasi, bolehlah berkawan dulu. Tapi kalau sekadar hantar mesej peribadi, itu terlalu minimum. Tak payahlah,” katanya.
Ads
Lelaki Kelakar Jadi Tarikan Utama
Berkongsi mengenai ciri lelaki idaman, pelantun lagu Penat itu tidak cerewet tentang status atau umur. Apa yang lebih penting adalah sifat kelakar yang mampu menceriakan kehidupannya.
“Okey sahaja, tua atau muda. Saya tak kisah. Tapi saya perlu akui bahawa saya sangat sukakan lelaki kelakar. Orang kelakar memang dekat dengan jiwa saya,” ujarnya.
Fokus Pada Karier Seni
Walaupun tidak menolak kehadiran cinta, Daiyan kini lebih memberi tumpuan kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang pesat. Populariti Daiyan melonjak selepas kejayaannya dalam drama Projek: High Council selain aktif dengan muzik.
Ads
“Ramai yang cuba dekati saya. Ada juga mesej dalam media sosial ajak keluar makan dan sebagainya. Tetapi saya lebih selesa berkawan dengan semua orang, terutama peminat. Cuma saya rasa tak perlu terlalu beria untuk cuba menawan hati saya sekarang kerana fokus utama saya tetap pada karier,” tuturnya.
Inspirasi Wanita Muda
Sikap Daiyan yang yakin, mandiri dan tidak bergantung pada sesiapa wajar dijadikan inspirasi oleh remaja, khususnya gadis muda. Mesejnya jelas – kewangan dan kebahagiaan boleh dibina dengan usaha sendiri, tanpa perlu menunggu sesiapa datang melengkapkan hidup kita.
Ads
Sebelum ini, Daiyan turut tampil menafikan gosip liar yang mendakwa dirinya sudah bergelar isteri keempat kepada seorang kenamaan. Baginya, fokus utama ketika ini adalah memberi yang terbaik dalam dunia seni dan terus berdiri dengan kekuatan sendiri.
Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan terkenal BTS, V menarik perhatian orang ramai sehingga disebutkan tidak mempunyai empati terhadap negara Palestin disebabkan gambar yang dimuat naik di Instagram.
Melalui salah satu perkongsian gambar V atau Kim Taehyung (29), dia telah memuat naik gambar kentang goreng salah satu jenama makanan segera terkenal McDonald’s pada 21 Julai lalu.
Gambar tersebut dikongsi oleh pelantun lagu Love Me Again bersama gambar-gambar yang lain. Namun, apabila peminat BTS (ARMY) mendapati penyanyi berkenaan meletakkan gambar kentang goreng yang merupakan produk boikot dalam salah satu posting, ada di antara mereka yang mengecam tindakannya dan memberi beberapa komentar sehingga menyebabkan pengikutnya di Instagram turun sebanyak 100 ribu.
Hal tersebut telah mengundang beberapa andaian bahawa V memberikan sokongan terhadap pihak Israel dan cuma menutup mata mengenai keadaan di Palestin pada ketika ini.
Susulan itu, terdapat beberapa peminat yang terkejut dan kecewa atas tindakan sang idola K-pop itu dan ada yang menyarankan supaya lebih ramai peminat lain berhenti untuk mengikuti V BTS di mana-mana aplikasi media sosial miliknya.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang mengecam tindakan beberapa pihak terutamanya peminat hardcore atau solo stan V yang seperti membutakan mata dengan tindakannya yang secara terang-terangan mengkonsumsi produk boikot tetapi sebelum ini mengecam beberapa idola K-Pop lain yang menyokong Israel.
Sebelumnya, jenama McDonald’s pernah memberikan makanan kepada pasukan tentera Israel yang secara berterusan melakukan genosid kepada rakyat Palestin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Go Min Si baru-baru ini mendedahkan rahsia bagaimana berat badannya mampu turun sehingga mencapai 43 kilogram bagi menjayakan watak Yoo Seong Ah dalam drama bersiri ‘The Frog’ yang ditayangkan pada Ogos lalu.
Go Min Si (29) sudah pun terkenal sebagai salah seorang pelakon yang berdedikasi terhadap kerjayanya sepanjang berada dalam industri dan sejak kebelakangan ini beliau mengaku bahawa setiap hari, makanan hariannya sangat terhad ketika melakukan diet tersebut.
Menurut Min Si, setiap hari dirinya hanya mengambil secawan kopi latte ais, sehelai rumpai laut berperisa, dan dua biji telur rebus.
Katanya, transformasi melalui diet melampau ini merupakan sebahagian dari persiapannya untuk wataknya melibatkan adegan fizikal dan menunjukkan tubuh badan yang ramping.
Jelasnya lagi, penurunan berat badan yang sangat mendadak ini memang disengajakan dengan tujuan memberikan penampilan karakter yang lebih semulajadi dan ngeri kepada beberapa adegan kejam dalam drama berkenaan.
Meskipun menjalani diet ketat, Min Si justeru mengaku bahawa dirinya mampu lebih fokus ketika makan dalam kuantiti sedikit.
“Saya boleh lebih fokus kalau makan sedikit. Sejujurnya, fikiran saya lebih jelas sewaktu lapar. Kalau saya makan, saya akan cepat mengantuk tapi macam sekarang makan sikit boleh buatkan fikiran saya lebih tajam dan waspada dengan keadaan sekeliling,” katanya.
Dalam pada itu, walaupun terdahulu berat badan pelakon ‘Sweet Home’ ini pernah mengalami naik turun sehingga mencapai berat 58 kilogram semasa penggambaran ‘The Witch’. Min Si mampu menyesuaikan berat badannya dengan cepat dan kadang-kadang mampu turun sebanyak 3 kilogram dalam masa sehari.
Selain itu, dirinya juga menegaskan bahawa dia merasa lebih bersemangat dan mampu menunjukkan komitmennya dengan lebih baik dalam menjayakan wataknya dalam drama The Frog.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Go Min Si bakal muncul menerusi drama romantik berjudul ‘Your Taste’ bersama Kang Ha Neul yang dijadual bakal ditayangkan pada tahun 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang merupakan peminat drama bersiri FRIENDS, pastinya korang telah beberapa kali menontonnya semula di saluran atas talian NETFLIX dan mengingati semula punchline seperti di atas.
Pejam celik, drama bersiri popular yang keudara selama 8 musim itu sedang menyambut ulang tahunnya yang ke 25 sejak ia ditayangkan di saluran NBC pada tahun 1994. Wow, dah lama kan!
FRIENDS musim pertama.
Namun itulah yang dinamakan kuasa penulisan skrip yang bagus dan lakonan yang bertambah baik dari musim ke musim. FRIENDS masih menjadi drama bersiri yang diminati sehingga ke hari ini.
Buktinya, para pelakon FRIENDS seperti Jennifer Anniston, David Shwimmer, Courtney Cox, Matthew Perry, Lisa Kudrow dan Matt le Blanc tidak pernah terlepas daripada diajukan dengan soalan yang berkaitan dengan FRIENDS.
Contohnya, (a) momen paling tak dapat dilupakan semasa penggambaran FRIENDS dan (b) bilakah FRIENDS akan mengadakan reunion atau merancang filem istimewa siri tersebut?
*
Seorang lagi pelakon FRIENDS yang membuatkan kemunculan pada musim keenamnya juga baru-baru ini mengimbas semula kenangan berlakon untuk siri itu.
Jangan terkejut kalau kami katakan Cole Sprouse ialah pembawa watak Ben Geller iaitu anak lelaki sulung kepada Ross Geller dan Carol Willick.
Cole is that you?!Cole Sprouse kini popular menerusi drama siri, Riverdale di NETFLIX.
Cole menyertai 6 lagi pelakon FRIENDS ketika berusia hanya 8 tahun dan kini, Cole telahpun menjadi pelakon popular menerusi drama Riverdale di NETFLIX.
Hari ini, Cole melakukan kejutan manis menerusi akaun Instagram FRIENDS yang memuat naik foto terkininya dengan Hugsy the penguin, mainan kegemaran Ben.
Awal tahun ini, Cole juga bercakap mengenai FRIENDS di rancangan Late Night with Stephen Colbert.
“Seperti semua lelaki, saya mempunyai crush terhadap Jennifer Anniston setiap kali kami mempunyai babak bersama sehingga banyak kali terlupa skrip.
“Episod kegemaran saya dalam FRIENDS ialah episod Holiday Armadillo semasa Ross cuba untuk mengajar Ben tentang perayaan Hanukkah. Saya teruja untuk melihat kostum yang dipakai mereka. Dan pelakonnya yang popular tetapi sangat mesra juga membantu saya di set penggambaran.
“Tak ramai yang tahu saya adalah Ben sehinggalah FRIENDS dimainkan semula di NETFLIX pada awal tahun ini. It shows how popular this series is, still,” katanya kepada TODAY.
Episod Holiday Armadillo.
Okay, sekarang penulis nak binge-watch FRIENDS semula!
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!