Insitut Pengajian Tinggi ( IPT ) merupakan tempat paling strategik dalam melahirkan rakyat minda kelas pertama yang tinggi.
Mungkin disebabkan itu, Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob bersedia memberi ganjaran yang tinggi kepada setiap atlet yang berjaya pecahkan rekod kebangsaan di temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 di Tanjung Malim, Perak.
Perdana Menteri juga turut berharap agar program sukan seumpama ini mampu membentuk lebih ramai atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara.
Kata Ismail Sabri, ganjaran wang tunai berjumlah RM20,000 akan diberikan kepada semua atlet yang memecahkan rekod kebangsaan tidak kira apa jenis sukan ketika bertanding pada temasya edisi kali kelima tersebut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
PM cabar para atlet catat rekod kebangsaan
Ads
“Jadi, saya ingin mencabar para atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.
“Mereka yang berjaya kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian SUKIPT 2022 di Stadium UPSI semalam (14 Ogos).
Tambahnya, beliau turut berharap agar program seumpama SUKIPT ini akan membentuk lebih ramai atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berprestasi tinggi dan berminda juara.
Facebook UPSI
Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, pihaknya yakin temasya seumpama SUKIPT mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan, bukan sahaja di IPT tetapi juga negara.
Ads
Kemerlangan para atlet IPT mampu diasah untuk mewakili ke pentas yang lebih tinggi
“Justeru, bagi pihak kementerian, saya sangat berharap agar kecemerlangan yang dipamerkan oleh para atlet IPT akan diteruskan momentumnya di pelbagai podium sukan yang lain.
“Insya-Allah, KPT komited menggilap dan mengasah muka-muka baharu untuk mewakili negara ke pentas yang lebih tinggi seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan juga Sukan Olimpik,” katanya.
Untuk info, sebanyak 70 kontinjen dari IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti yang membawa lebih 6,000 atlet telah mengesahkan penyertaan di temasya sukan edisi kali ini.
Sebanyak 21 acara bakal dipertandingkan dengan 210 pingat emas bakal direbut oleh kesemua atlet yang bertanding.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk melayakkan diri ke Universiti Oxford yang merupakan universiti terbaik di Eropah dan yang kedua di dunia. Individu yang diterimanya mestilah memiliki kelebihan dan juga karisma dalam pendidikan yang mampu menyumbang semula kepada masyarakat.
Foto Kredit : Via Astro Awani
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tahniah Remaja ucapkan kepada pelajar cemerlang kelahiran Baram, Sarawak, Chris Deng Vinsien melakar sejarah apabila ditawarkan ke Universiti Oxford di United Kingdom (UK).
Untuk pengetahuan anda, selain sentiasa merekodkan keputusan cemerlang dalam bidang akademik, Chris juga aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti debat dan muzik.
“Berkenaan dengan persediaan menuju ke universiti tersebut, saya telah melakukan kajian berkaitan undang-undang menerusi UCAS Lab, yang mana saya membantu memberi panduan buat pelajar dalam proses permohonan mereka ke universiti di serata UK,” katanya
Seperti yang dilaporkan sumber, Chris melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah dan menamatkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor.
“Saya telah memasang impian untuk membantu orang-orang Sarawak. Saya percaya pencapaian ini didorong oleh orang-orang tua saya.
“Saya ingin memberi inspirasi kepada pelajar terutamanya di Sarawak bahawa latar belakang bukan batu penghalang untuk kita mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Semuanya boleh direalisasikan jika anda melakukan sesuatu sepenuh hati,” ceritanya lagi.
Ujarnya lagi, dia berdepan dengan cabaran menangani situasi pandemik COVID-19 yang menjejaskan pembelajarannya dan sebelum ini, berdepan dengan kekurangan pendedahan untuk menyambung pengajian di luar negara.
“Saya pernah berdepan dengan cabaran seperti kurangnya pendedahan terhadap biasiswa pengajian di luar negara dan pencapaian cemerlang dalam akademik adalah bukan sesuatu perkara yang lazim dalam komuniti saya.
“Jadi saya berfikir untuk pergi ke luar negara itu adalah sesuatu yang mustahil,” katanya.
Namun, pemikiran itu ditepis dengan usaha keras yang ternyata berbaloi buat dirinya dan keluarga.
Selain diterima ke Universiti Oxford, kongsi Chris, dia turut ditawarkan tempat di London School of Economics (LSE) dan King’s College di London.
Moga lebih ramai anak muda Malaysia yang menjadikan kejayaan Chris Deng Vinsien ini sebagai inspirasi buat mereka lebih berjaya mengejar cita-cita.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih ingat lagi dengan bekas pelajar cemerlang 2004, Nur Amalina Bakri yang memperoleh keputusan 17 A1 dalam SPM?
Suatu ketika dulu, gadis bijak ini pernah juga terpalit dengan kontroversi-kontroversi negatif namun ia sama sekali tidak langsung mematahkan semangatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Tidak pernah mengendahkan kata-kata orang luar, Amalina terus cemerlang dalam pencapaian akademik ketika menuntut di luar negara dan dia kini sedang menjalani latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England.
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Kongsi pengalaman SPM
Bakal pakar bedah ini juga turut mengucapkan Good Luck kepada semua calon SPM tahun ini di laman twitter miliknya.
“Saya masih ingat dengan jelas hari terakhir mengambil kertas peperiksaan SPM, saya pulang ke rumah dan terus mengemas beg (merdeka!).
“Terbang ke Itali keesokan harinya untuk tinggal bersama keluarga angkat sementara tunggu keputusan keluar.
“Masa dihabiskan dengan makan, belajar bahasa Itali dan Sepanyol, ia merupakan salah satu percutian terbaik saya,” tulisnya.
Tambahnya lagi, dia hanya pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum keputusan SPM keluar.
“Saat bangun pada pagi keputusan SPM keluar, wartawan dah tunggu depan rumah sampai kena duduk di hotel berdekatan.
“Selebihnya, anda semua tahu,” tulisnya lagi.
Beauty with brain
Nur Amalina bukan saja bijak dalam bidang akademik tetapi dia juga cantik orangnya. Walaupun pernah menerima kecaman dek kerana penampilannya hari ini tapi dia tetap dengan pendiriannya.
Jom kita lihat gambar-gambar terkini Amalina yang turut dikongsi di Instagram.
A post shared by Amalina Bakri (@dramalinabakri) on
Tak kisah la apa orang nak kata, asalkan tahu menjaga diri dan hanya kita saja yang kenal diri kita. Pedulikan saja kata-kata negatif, kami ucapkan selamat berjaya buat Dr Nur Amalina Bakri dan semoga terus membawa nama baik Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi persekolahan dijangka akan dibuka secara berperingkat mulai September ini dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan semua guru akan mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum sekolah dibuka.
Guru terbabit termasuklah pendidik yang berkhidmat di sekolah-sekolah vokasional di seluruh negara. Hal ini dijelaskan ketika menjawab soalan ahli Dewan Rakyat pada sesi sidang khas parlimen semalam.
Selain itu, jelas beliau lagi sehingga 27 Julai 2021, seramai 303,682 orang atau 73.5 peratus guru, 45,197 anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau 67 peratus dan 33,033 pekerja sokongan kontrak (38 peratus) sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi proses vaksinasi guru tingkatan lima dan enam, status kemajuan adalah menggalakkan dengan 80,717 orang (90 peratus) telah divaksin, manakala di sekolah swasta seramai 12, 894 guru (66.8 peratus) sudah divaksin.
Bagi guru yang mengajar pelajar dalam peperiksaan utama pula, seramai 4,367 orang (58 peratus) menerima vaksin masing-masing, selain 3,026 kakitangan sokongan (54 peratus) juga terbabit.
Namun begitu, Khairy juga mengakui ada sebilangan guru yang menolak untuk divaksinkan dan belia menyeru pihak pentadbir sekolah supaya membuat capaian kepada golongan tersebut supaya tidak tercetus jangkitan selepas sekolah dibuka.
Sebelum ini ramai juga masyarakat yang menyarankan agar suntikan vaksin ini diberi keutamaan kepada para pendidik kerana mereka juga merupakan barisan petugas hadapan yang bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Semoga apa yang dikatakan oleh YB Khairy ini dapat dilaksanakan dengan sempurna untuk kebaikan bersama.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!