Dia yang juga anggota kumpulan IN2IT tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan penyanyi Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Ads
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu kedua Big Stage:
Nadeera Zaini – 85.67%
Waode – 84%
Putera Muhamamd – 68.67%
Hoondoo – 67.67%
Coex-61.33%
Firdaus Rahmat – 60%
Farhan Shah – 58.67%
Puteri Khareeza – 42.33%
Meer Nash – 41.33%
Dem Lepak Boysz – 41%
Naufal Azrin – 38%
Aufahanie – 37%
Isaac Voo – 36.33%
11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Naufal Azrin, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Meer Nash dan Farhan Shah.
Ads
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh Penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah Andmesh Kamaleng.
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pempengaruh media sosial, Ryan Bakery.
Ads
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap kali ada filem seram terbitan Indonesia yang menemui penonton di negara kita, pastinya ramai yang teruja untuk mencabar keberanian masing-masing.
Iyalah, filem seram Indonesia selalu sarat dengan elemen mistik daripada kebudayaan dan kepercayaan sesetengah masyarakat di sana.
Ditambah pula dengan teknik sinematografi dan jalan ceritanya yang mempunyai plot twist, kita pasti akan ternanti-nanti dibuatnya.
*
Selepas ditayangkan di Indonesia pada Oktober 2019, akhirnya filem Perempuan Tanah Jahanam menemui pawagam Golden Screen Cinemas pada minggu ini. Penulis sendiri sempat untuk menyaksikan filem tersebut sempena acara yang dianjurkan oleh portal Media Hiburan.
Walaupun memiliki jalan cerita baharu, beberapa puluh minit pertama filem ini akan mengingatkan korang kepada filem Pengabdi Setan yang memecahkan rekod gempak di Malaysia 2 tahun lalu.
Ini kerana Perempuan Tanah Jahanam juga diarahkan oleh Joko Anwar. Malah peminat filem seram di negara seberang berpendapat Perempuan Tanah Jahanam lebih menakutkan dan realistik berbanding Pengabdi Setan kerana tempoh penggambaran filem ini lebih panjang (satu setengah bulan) dan di lebih banyak lokasi.
Perempuan Tanah Jahanam menceritakan tentang seorang gadis bernama Maya (Tara Basro) yang ingin mengkaji sejarah keluarganya bersama rakan baiknya, Dini (Marisa Anita) sebagai peneman.
Maya dan Dini
Maya juga mendapat tahu dia merupakan waris kepada harta peninggalan keluarganya.
Namun, jejak Maya dan Dini sebaliknya bertukar seram apabila sejarah hitam penduduk kampung tersebut menghantui mereka berdua sehingga mampu meragut nyawa.
Penduduk kampung memberikan layanan dingin kepada mereka berdua dan rupa-rupanya ingin membunuh Maya demi menghentikan sumpahan yang berlaku kepada bayi yang baru lahir di kampung itu.
*
Bagi penulis, filem ini sarat mesej dan bermain dengan fikiran penonton akan misteri yang menyebulungi kampung itu. Tetapi di pertengahan filem, korang akan mulai terasa seram dengan kejadian yang berlaku satu-persatu sehingga korang tak sempat nak berehat daripada rasa terkejut.
Cer tonton reaksi finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja yang menonton semalam di bawah.
Malam itu agak gelap. Langsung tidak kelihatan bulan dicelah awan tebal.
Dua sahabat baik, Aishah dan Lina baru pulang dari mengaji. Mereka sudah bersahabat baik dari kecil lagi kerana rumah agak berdekatan. Dalam santai menuju ke rumah, secara spontan Aishah mengajukan soalan.
“Kalau aku jadi pocong, kau takut tak,” tanya Aishah ketika mereka santai-santai balik dari kelas mengaji di rumah Ustazah Juwita malam itu.
“Apa kau merepek nie. Takkanlah kau nak jadi pocong. Mana boleh jadi hantu,” kata Lina sambil mencubit lengan kawan baiknya itu.
“Kalau aku jadi pocong kau takut ke tak. Aku betul-betul nie,” tanya Aishah lagi., tanyanya seolah sedikit mendesak. Memikirkan soalan itu tidak sesuai, Lina mengabaikannya sahaja. Tetapi selama tiga hari itu jugalah mulutnya tidak pernah lekang bertanya soalan yang sama hingga Lina malas melayannya.
Namun ternyata pertanyaan Aishah ada maksud di sebaliknya. Masuk hari ke empat, dalam keduanya pulang kerana baru habis mengaji, sewaktu lalu di sebatang pokok besar, secara tiba-tiba dahan besar menimpa kepala Aishah sehingga mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan parah.
Di saat tubuhnya berlumuran darah itulah, mulutnya tidak henti-henti mengatakan pedih, sakit berulang kali di hadapan Lina yang terlalu panik sehingga suaranya akhirnya terhenti sendiri. Sewaktu ambulan datang, paramedik mengesahkan Aishah sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Sedih di hati Lina bukan kepalang kerana dia menyaksikan sahabat baiknya maut di depan mata.
Jenazahnya segera dibawa ke hospital. Seluruh ahli keluarganya menangisi pemergian secara tiba-tiba itu. Memandangkan diri arwah tiada sebarang sakit,maka satu post mortem dilakukan oleh pihak hospital sebelum boleh dibawa balik. Hasil pemeriksaan, arwah meninggal akibat kecederaan parah di kepala selain organ dalamannya pecah. Sebelah pagi itu, barulah jenazahnya boleh dibawa keluar sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan di surau kampung. Jenazah Aishah akhirnya selamat dikebumikan sekitar jam 2.00 petang.
Malam itu keluarganya mengadakan kenduri tahlil dan Lina tidak terkecuali hadir.
Kenduri itu selesai jam 10 malam. Memandangkan dia dan arwah Aishah berjiran, tiada apa ditakutkannya. Namun menjelang tengah malam, matanya seakan tidak boleh tidur. Waktu semakin menginjak ke jam 1 pagi. Ketika itu dia terdengar suara yang menyebut “pedihhhhh, sakitttt berulang kali.
Penampakan pocong pernah dilaporkan dan kisah ini benar-benar berlaku
Suasana malam adalah waktu di mana makhluk halus bermaharajalela mengganggu manusia
Tersentak diri Lina ketika itu. Suara didengarinya sama seperti suara arwah Aishah yang meminta tolong ketika dahan pokok besar itu menimpanya. Namun tidak mahu berburuk sangka, dia pura-pura tidur biarpun hatinya terlalu takut.
Suara itu kemudiannya berlalu begitu sahaja.
Malam kedua, dari hanya sahutan suara berbunyi pedih dan sakit, kali ini Lina betul-betul mahu pengsan. Ini kerana sekitar jam 2 pagi dia terdengar satu suara berbunyi, “Lina…kalau aku jadi pocong kau takut takkkkkkkk…berulang-ulang suara itu berbunyi dari luar dan Lina sendiri pengsan kerana itulah pertanyaan Aishah kepadanya sebelum tragedi itu berlaku.
Esoknya heboh sekampung yang mana mereka mendengar suara pedihh, sakittt dan berbagai bunyi lagi. Sejak itu heboh kononnya hantu Aishah balik menuntut bela.
Trauma dan ketakutan penduduk amat berasas kerana hampir seminggu juga mereka mengalami gangguan ini. Ada melihat pocong melompat-lompat keliling kampung sehingga pernah ada anak muda kemalangan kerana terlalu takut. Ketika itu kecoh bahawa Aishah sudah menjelma menjadi pocong.
Hati keluarga arwah terlalu sedih. Mereka bukan keluarga bomoh atau mengamalkan ajaran songsang sehingga roh anak jadi begitu. Mereka kemudiannya memanggil seorang Ustaz yang juga pengamal perubatan untuk memulihkan kampung dari gangguan yang terjadi.
Malangnya, biar Ustaz Hambali sudah hadir, suara dan bayangan pocong tetap juga kembali menakut-nakutkan penduduk.
Bingung selain rasa ingin tahu, Ustaz Hambali berniat mahu bertemu keluarga Aishah. Ini kerana semasa dia menziarahi kubur remaja berkenaan, keadaan kuburnya elok dan tidak berlubang di kepala seperti yang biasa berlaku ke atas mayat yang diambil untuk tujuan ilmu hitam. Masa yang sama, ramai menyampaikan mereka selalu mendengar suara menyebut, pedihhhh, sakitttt…
Lompatan mayat berkafan disebut pocong antara mistik yang sering diperkatakan kerana sudah ramai mengalaminya
Sesampaikan dia di rumah keluarga arwah Aishah, Ustaz Hambali berborak seketika sebelum bertanya mana baju terakhir yang dipakai oleh arwah.
“Saya dah basuh Ustaz. Elok lagi cuma penuh dengan kesan darah. Saya nak simpan buat kenangan,”kata ibu arwah dalam nada sebak.
Serentak mendengar jawapan itu, Ustaz Hambali sedikit mengelang.
“Kenapa Ustaz, kenapa dengan baju arwah, apa kena mengena,”soalnya bertalu.
Boleh saya tanya, akak basuh baju guna apa ya,”tanya Ustaz yang membuatkan keluarga arwah seakan tidak senang duduk.
“Saya basuh guna basuh la Ustaz. Apa kena mengena pula.
“Lagi akak guna apa ya…soal Ustaz bertali arus.
“Saya gunakan limau kerana mahu bersihkan darah yang melekat di bajunya. Kenapa salah ke,”aju mak arwah.
Sambil mengemaskan silaan duduknya, kata Ustaz Hambali dia sudah mendapat jawapan kerana suara berkenaan muncul sekaligus menakutkan penduduk kampung.
“Ini sedikit nasihat dari saya. Seandainya ada ahli keluarga yang mati kemalangan, mati berdarah dan sebagainya, jangan sesekali membersihkan darah arwah dengan limau. Begitu juga kalau mangsa kemalangan, sebaiknya curah saja darahnya dengan air bersih unuk mengelak roh jahat dari mendekati. Kadang kala ada sesetengah dari kita terutama pengamal ilmu hitam suka pergi ke lokasi kemalangan dan memerah limau untuk menarik roh jahat mengikut mereka. Sebaiknya guna sabun dan air sahaja. Bila kita menggunakan limau, kita menyakitkan qarinnya dan kerana itulah suara pedihhh, sakitt berulang kali disebut. Itu tandanya roh dalam keadaan tidak tenteram. Nanti saya perbetulkan,’katanya yang terus memulakan rukyah perubatannya.
Sejak itu, tiada lagi gangguan suara yang muncul dan Lina juga semakin melupakan kejadian seram dialaminya.
Kisah diatas adalah sebuah kisah benar yang menimpa seorang gadis remaja dari utara tanahair yang dimaut di hempap pokok. Kisah ini diceritakan oleh ahli keluarga mangsa untuk berkongsi.
Filem yang sebelum ini diberi judul The Voyage of Doctor Dolittle telah pun ditukar menjadi lebih pendek iaitu Dolittle, bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Januari nanti.
Filem arahan Stephen Gaghan ini merupakan adaptasi dari karya "The Voyages of Doctor Dolittle" yang ditulis oleh Hugh Lofting.
Dolittle mengisahkan tentang seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.
Filem ini mempunyai watak live action yang dibintangi oleh Robert Downey Jr., Antonio Banderas, Michael Sheen dan Jim Broadbent. Manakala, pelakon suara yang terlibat adalah seperti John Cena, Selena Gomez, Tom Holland, Rami Malek, Octavia Spencer dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat Hollywood.
Fuh, senarai selebriti yang terlibat dalam Dolittle ni pun bukan 'biasa-biasa' kan.
Bagi korang yang nak merasakan pengalaman manusia yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, jom sertai peraduan #WayangRemaja dan korang berpeluang mendapatkan dua tiket percuma ke tayangan perdanan Dolittle bersama Remaja.
Tarikh: 21 Januari 2020
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV 1 Utama
*Peserta haruslah dari kawasan Lembah Klang untuk memudahkan proses pemberian tiket. Pemenang akan diumumkan melalui DM instagram korang.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!