Terbaru, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 diumumkan bakal berlangsung bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini di dua lokasi terpilih, iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.
Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 550 pelatih dijangka terlibat dalam sesi latihan selama 45 hari tersebut.
Bagi individu yang sudah memohon, panggilan kemasukan pelatih boleh disemak melalui laman sesawang rasmi JLKN di pautan jlkn.mod.gov.my.
Dalam pada itu, latihan kali ini akan melibatkan gabungan latihan fizikal, mental dan sivik, yang berasaskan 70 peratus modul latihan asas ketenteraan dan 30 peratus komponen kenegaraan.
Manakala, bagi modul asas ketenteraan, pelatih akan dilengkapi dengan kemahiran asas tentera, pengetahuan tentang dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia Madani serta kemahiran kepimpinan.
Sementara itu, modul komponen kenegaraan akan memberi pendedahan kepada pelatih berkaitan elemen jati diri, semangat patriotisme dan usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.
Ads
Kredit foto: Bernama
Terdahulu, PLKN 3.0 siri 1 telah pun dijalankan pada 12 Januari lalu selama 14 hari di Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur. Latihan percubaan tersebut hanya membabitkan seramai 200 pelatih lelaki yang memohon secara sukarela.
Sekadar info, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui laman sesawang rasmi JLKN atau dengan menghubungi Unit Pelatih di talian 03-40133 613 / 03-40133 618 atau melalui e-mel di alamat info.jlkn@mod.gov.my untuk maklumat tambahan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#NepoKid. Sikap menunjuk gaya hidup mewah anak-anak ahli politik Nepal kini menjadi tumpuan dunia, selepas ia dipercayai mencetuskan gelombang protes besar-besaran di negara itu. Apa yang bermula dengan trend media sosial kini sudah bertukar menjadi demonstrasi jalanan.
Menurut laporan Sinar Harian, Sebelum protes ganas berlaku, tanda pagar #NepoKid trending di TikTok, Instagram dan X, apabila rakyat Nepal – khususnya anak muda – mendedahkan gaya hidup penuh kemewahan anak-anak pemimpin. Kereta sport, pakaian berjenama antarabangsa, jam tangan eksklusif, beg tangan mewah dan percutian ke luar negara seolah menjadi simbol kehidupan mereka, sedangkan majoriti rakyat sedang bergelut dengan pengangguran serta kemiskinan.
Tidak cukup dengan itu, slogan pedas seperti “Cukai kami, untuk kemewahan mereka”, “Kami bayar, kamu berlagak” dan “Ke mana hilangnya duit rakyat?” turut menjadi viral, sekali gus menyalakan api kemarahan orang ramai.
Menurut Pengarah Urusan syarikat e-hailing Pathao, Asheem Man Singh Basnyat, isu ini bukan soal kebencian, tetapi soal akauntabiliti. “Orang ramai akan bongkar. Gambar dan video di media sosial boleh dijadikan bukti. Ini bukan soal benci, ini soal tanggungjawab,” tegasnya.
Antara individu yang paling banyak disebut termasuklah Jai Bir Deuba (anak bekas Perdana Menteri Sher Bahadur Deuba), Shrinkhala Khatiwada (anak bekas Menteri Kesihatan Birodh Khatiwada), serta Ganga Dahal dan Smita Dahal, masing-masing anak dan cucu bekas Perdana Menteri Pushpa Kamal Dahal.
Kempen #NepoKid ini kemudian berkembang menjadi protes besar pada 8 September di Baneshwar, berhampiran Parlimen Nepal, dengan slogan #NoMoreCorruption dan #WakeUpChallenge yang dibawa oleh ribuan peserta.
Namun, ada juga yang mempertikaikan trend ini. Aktivis hak asasi manusia, Charan Prasai, berpendapat tindakan mengheret anak-anak pemimpin dalam isu ini adalah tidak adil. “Walaupun keadaan rakyat sukar, tidak adil menghukum anak-anak atas kesalahan ibu bapa. Setiap individu berhak hidup bermaruah,” katanya.
Walaupun sebahagian anak pemimpin menafikan dakwaan tersebut, kecaman di media sosial tidak reda. Malah, ia terus menyemarakkan semangat rakyat untuk menuntut perubahan – membuktikan bahawa suara generasi muda hari ini semakin lantang dalam memperjuangkan keadilan.
Insiden kemalangan ngeri yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam, pihak berkuasa memaklumkan bahawa perintah reman terhadap pemandu bas hanya akan dilakukan selepas dia dibenarkan keluar dari hospital.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, lelaki berusia 42 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan tersebut.
Difahamkan, selain pemandu berkenaan, terdapat seorang kelindan bas dan 42 pelajar UPSI yang turut berada di dalam bas ketika kejadian berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan sistem prauniversiti negara yang melibatkan Tingkatan Enam dan program Matrikulasi bermula tahun depan.
Pengumuman ini menandakan satu perubahan besar dalam struktur pendidikan Malaysia, khususnya bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memilih laluan prauniversiti sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
Anwar (tengah) menyempurnakan gimik peluncuran RPN 2026-2035 di PICC pada Selasa sambil diperhatikan oleh Ahmad Zahid (dua dari kiri), Fadillah (dua dari kanan), Fadhlina (kanan) dan Zambry (kiri). Foto: Bernama
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Bukan Lagi Pelajar Sekolah, Kini Pendidikan Tinggi
Menurut Perdana Menteri, pengambilalihan oleh KPT bermaksud pelajar Tingkatan Enam dan Matrikulasi tidak lagi dikategorikan sebagai pelajar sekolah.
Sebaliknya, mereka akan diletakkan di bawah kategori pendidikan tinggi, selari dengan peranan program prauniversiti sebagai jambatan utama ke institusi pengajian tinggi.
Langkah ini diambil bagi menyelaraskan laluan prauniversiti dengan keperluan universiti serta meningkatkan pengiktirafan terhadap kedua-dua program tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini, hampir setiap tahun timbul isu dan kontroversi berkaitan peluang kemasukan ke universiti, khususnya melibatkan pelajar berprestasi cemerlang yang berdepan pilihan kursus yang terhad.
Lebih Banyak Pilihan Kursus Universiti
Sehubungan itu, Anwar memaklumkan kerajaan telah meminta universiti awam untuk menambah kursus pilihan, bagi memastikan pelajar Tingkatan Enam dan Matrikulasi mendapat peluang yang lebih adil dan luas untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh ekosistem prauniversiti agar tidak lagi wujud persepsi bahawa sesuatu laluan pendidikan diberi keutamaan berbanding laluan lain.
Kerajaan berharap penyelarasan di bawah KPT akan membantu mewujudkan sistem kemasukan universiti yang lebih telus, tersusun dan inklusif.
Subjek Umum Baharu Berkaitan Perlembagaan Dan Sejarah
Dalam ucapan sama, Perdana Menteri turut mengumumkan pengenalan mata pelajaran umum yang telah dirombak semula dan akan dilaksanakan di universiti awam serta swasta.
Subjek ini memberi penekanan kepada Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia, sebagai usaha memastikan generasi muda memahami asas sistem kenegaraan dan perjalanan negara.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa mata pelajaran berkenaan tidak akan membebankan pelajar, sebaliknya disusun secara bersesuaian dengan tahap pengajian masing-masing.
Menurut Anwar, adalah tidak wajar sekiranya warganegara Malaysia tidak memahami asas Perlembagaan dan sejarah tanah air sendiri.
RM100 Juta Naik Taraf Bilik Guru
Dalam perkembangan berkaitan pendidikan, kerajaan turut bersetuju memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menaik taraf bilik guru di seluruh negara.
Peruntukan tersebut dibuat selaras dengan peningkatan beban tugas guru, termasuk peluasan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kini diperkenalkan seawal peringkat persekolahan.
Walaupun beban tugas semakin bertambah, Perdana Menteri menegaskan usaha sedang dijalankan untuk mengurangkan beban pentadbiran guru, di samping memastikan kebajikan dan kemudahan mereka terus diberi perhatian.
Apa Maknanya Untuk Pelajar Lepasan SPM?
Pengambilalihan Tingkatan Enam dan Matrikulasi oleh KPT dijangka membawa perubahan positif kepada pelajar lepasan SPM.
Antaranya termasuk pengiktirafan yang lebih tinggi terhadap program prauniversiti, kurikulum yang lebih sejajar dengan keperluan universiti serta laluan kemasukan institusi pengajian tinggi yang lebih tersusun.
Bagi pelajar, perubahan ini bukan sekadar penstrukturan semula sistem pendidikan, tetapi satu langkah penting ke arah persediaan akademik dan mental yang lebih kukuh sebelum melangkah ke alam universiti.