Memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, kerajaan menerusi ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020.
Tambahan tempoh selama 2 minggu tersebut dilihat sebagai satu tuntutan meskipun ramai yang mengeluh. Maka, pengumuman rasmi yang dilakukan oleh PM sebentar tadi diharap dapat membuatkan kita melakukan persediaan lebih awal.
Sambil diiringi dengan bacaan doa oleh PM untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT, berikut adalah 5 poin penting yang REMAJA ambil daripada perutusan tersebut.
01
“Saya mohon agar semua tenang dan tidak panik. Saya mendapat laporan lebih 95 peratus rakyat mematuhi perintah PKP. Ramai yang mematuhi nasihat duduk di rumah. Hanya ada beberapa insiden kecil pelanggaran perintah ini di sana-sini. Pihak polis dan tentera telah dikerah untuk mengambil tindakan tegas bagi mengawal.
“Saya ingin ingatkan, jika perintah ini tidak dipatuhi, maka ianya tidak akan membawa apa-apa kesan positif dan segala tindakan kita akan menjadi sia-sia.”
Ads
02
“Saya tahu, bukan mudah. Pastinya banyak cabaran yang kita hadapi pada waktu ini. Dan keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar.
“COVID 19 adalah sejenis wabak yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Kadar jangkitannya begitu cepat. Hari ini seramai 422,829 orang telah dijangkiti wabak ini di seluruh dunia dengan 18,907 kematian.
“Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID- 19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.”
03
”Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan.
Ads
“InsyaAllah, pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh. InsyaAllah, no one will be left behind.”
04
“Saya telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.
“Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.
“Saya ingin memanggul agar organisasi di Malaysia membantu dalam waktu-waktu sukar ini. Saya percaya bantuan anda akan membantu meringankan beban mereka.”
Ads
05
“Saya tahu kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil cuti rehat secara berperingkat.
“Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.
“Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara. Kita telah berikhtiar sedaya upaya. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.”
*
Untuk mendengar ucapan penuh Perdana Menteri, klik link di bawah.
Tiada apa yang lebih merisaukan jika anak-anak hilang dari rumah. Kesedihan, kebimbangan ibu bapa serta rasa tertanya-tanya adakah anak selamat di jalanan, ke mana hala tujuan dan pelbagai pertanyaan pasti wujud.
Sebagai masyarakat yang prihatin, banyak kejadian kanak-kanak hilang ditularkan ke media sosial terutama kes-kes penculikan sehingga kanak-kanak itu ditemui semula.
Namun bukan semuanya bernasib baik untuk dijumpai semula. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Polis Diraja Malaysia dari tahun 2014- 2018, seramai 732 orang kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang dan sehingga kini tidak ditemui.
Mengikut statistik yang pernah dikeluarkan oleh PDRM, purata 4 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilaporkan setiap hari. Apa yang menakutkan ada yang sudah bertahun-tahun hilang dan senyap tanpa ada sebarang khabar berita. Tidak tahu adakah mereka masih hidup, mati atau menjadi mangsa sindiket meminta sedekah, pelacuran dan sebagainya yang pernah tular sebelum ini.
No. Laporan Polis : PUDU/005639/15 Nama : JENIFER A/P ANTHONYSAMY Umur : 11 Tarikh Hilang : 19/06/2015 Lokasi Terakhir : PINTU PAGAR SEK KEBANGSAAN TAMIL, KAMPUNG PANDAN
Francais Uyong Anak Tenaj, 12 Tahun. Dilaporkan hilang pada 11/3/2018
Muhamamd Fauzwan Nizam, 10 tahun, dilaporkan hilang pada 1/2/2028Nur Alisya Balqis Mohamad Saiful Nizam, 12 tahun, dilaporkan hilang pada 19 Mac 2018
Penemuan statistik mendapati lebih daripada separuh kes kehilangan melibatkan remaja adalah dalam mengejar kebebasan, yang mengakibatkan remaja-remaja yang memberontak itu melarikan diri dari rumah, terdiri dari remaja perempuan berusia di antara 13 dan 15 tahun. Apa yang dibimbangi, di sebalik kehilangan ini, kebanyakan remaja berusia di atas adalah mereka yang berisiko sangat berbahaya kerana terdedah untuk menjadi mangsa rogol.
Kebanyakan remaja biasanya akan berubah keperibadian apabila memasuki sekolah menengah, berlaku perubahan hormon dan keinginan untuk mencuba dan ambil tahu. Malah pada usia ini juga, remaja merasakan mereka mahu mempunyai identiti dan pendapat sendiri.
Ayuh, bersikap prihatin dengan isu kehilangan kanak-kanak dan remaja ini. Mungkin bukan kena pada keluarga kita hari ini tetapi kepada keluarga lain dan tidak salah untuk kita membantu.Jika menemui kanak-kanak merayau seorang diri, dilihat keliru dengan dirinya, hantar ke balai polis berdekatan.
Malah Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang dengan kerjasama NUR ELERT Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga Dan Masyarakat juga dilihat banyak membantu dalam isu menyebarkan maklumat sepantas 24 jam bagi kanak-kanak yang dilaporkan hilang.
Berikut adalah statistik dan pecahan mengikut negeri jumlah kehilangan kanak-kanak dan remaja. Bagi yang mempunyai maklumat tentang mereka, boleh hubungi terus di talian 03-22666313 bahagian D11, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur
Masyarakat Malaysia sememangnya gemar menikmati makanan Jepun, terutamanya sushi. Namun begitu, bagi umat Islam tentunya kita wajib untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan adalah halal.
Isu halal restoran makanan Jepun ini sebenarnya sudah lama dibahaskan. Ada yang kita semua sudah maklum bahawa terdapat restoran-restoran seumpama ini sudah mempunyai status Halal.
Gambar hiasan
Namun begitu, menurut perkongsian yang telah dibuat oleh Nurul Munirah Safian, rakannya telah berkongsi respon yang diberikan oleh Susi Mentai berkenaan dengan status halal. Dia juga turut bertindak untuk mencari jawapan bagi restoran-restoran sushi lain yang popular di Malaysia.
Dan ini adalah jawapan yang diterima..
Berikut adalah hasil daripada pencariannya:
1. Sakae Sushi: Boleh dimakan
2. Sushi King: Boleh dimakan
3. Sushi Mentai: Tidak kerana mempunyai kandunan mirin dalam menu
4. Sushi Zanmai: Tidak kerana mempunyai kandungan mirin dalam menu
Mirin adalah sejenis bahan perasa penting didalam makanan Jepun yang mempunyai lebih kurang 40 hingga 50 peratus gula. Ia adalah sejenis rice wine yang hampir menyamai sake (sejenis arak beras Jepun), tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit iaitu 14 peratus.
Walau bagaimanapun, Nippon Sushi dan Empire Sushi juga dilaporkan halal.
Ha, bagi peminat sushi sila ambil perhatian. Sebelum korang rasa nak makan tu, cuba check dahulu sama ada restoran tersebut mempunyai status halal atau tidak okay?
Bermula dengan kejayaan di Single’s Inferno musim pertama dan kedua yang berjaya menarik perhatian penonton dari seluruh dunia, Single’s Inferno musim 3 kini kembali dengan peserta baru.
Korang yang setia menonton rancangan ini mesti tidak sabar untuk melihat kesudahan bagi setiap peserta? Maklumlah, rancangan sensasi ini bakal melabuhkan tirainya dengan episod 10 dan 11 pada malam ini!
Tapi sebelum itu, jom REMAJA kongsikan dengan kalian biodata lengkap kesemua peserta yang cukup WOW-ZERS!
Manalah tau korang nak ‘follow’ jejaka tampan dari rancangan ini di Instagram…hiks!
Berjaya menambat hati penonton (termasuk min), Hye Seon antara peserta kegemaran ramai. Tambahan lagi, definisi beauty with brain ini dilaporkan terus terbang ke England sebaik sahaja penggambaran rancangan selesai demi melanjutkan pengajian di Universiti Durham dalam jurusan sains data dan bioinformatik. Memang lurve sangat!
Jangan tertipu dengan muka macho jejaka ini kerana rupa-rupanya dia adalah peserta termuda di usia 24 tahun! Memang standard muka oppa-oppa Korea sangat bagi min…
Badan sado habis tapi rupanya dalam hati ada taman chuols! Jejaka berasal dari Daegu ini merupakan pemilik beberapa cawangan kafe di kawasan itu. Jadi kalau korang teringin nak berjumpa dengan si tampan ini, boleh sahaja melawat kafenya di Daegu.
Sambil-sambil itu boleh mencuci mata melihat oppa membuat kek & pastri!
Antara peserta yang cukup hangat kerana direbuti tiga wanita, Gwan Hee juga diberi gelaran ‘walking red flag’ oleh penonton dek kerana keperibadiannya yang agak menyerupai buaya darat. Haiyoooo….
Cukup santai, itulah yang boleh diceritakan tentang personaliti jejaka ini. Kadang min rasa dia sertai rancangan ini hanya sekadar untuk bercuti, hiks!
Meskipun pekerjaan dan usia terpaksa dirahsiakan di awal rancangan, peminat dengan cepatnya berjaya mengesan muka jejaka ini di drama Netflix terkenal, My Demon sebagai salah seorang pelakon tambahan. Lahhh ter-kantoi pulak!
Bold & brave! Itulah yang boleh diceritakan tentang karakter wanita cantik ini. Adegan dia menegur sifat kasanova Gwan Hee memang cukup hangat! Setiap ayat yang keluar dari mulutnya bak peluru. RESPECT!
Fizikal yang menarik ternyata menjadi plus point bagi jejaka ini! Lebih menarik lagi kariernya sebagai polis merupakan kejutan khas kerana sebelum ini belum pernah lagi peserta dengan kerjaya beruniform tampil di rancangan Netflix ini.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.