Bermula dengan kejayaan di Single’s Inferno musim pertama dan kedua yang berjaya menarik perhatian penonton dari seluruh dunia, Single’s Inferno musim 3 kini kembali dengan peserta baru.

Bakal Berakhir! Ini Biodata 12 Peserta Dari Rancangan Single’s Inferno Musim Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: 4.6 Juta Gaji Satu Episod, Bintang ‘Squid Game’ Lee Jung-jae Bakal Jadi Pelakon Netflix Dengan Bayaran Tertinggi!

Korang yang setia menonton rancangan ini mesti tidak sabar untuk melihat kesudahan bagi setiap peserta? Maklumlah, rancangan sensasi ini bakal melabuhkan tirainya dengan episod 10 dan 11 pada malam ini!

Bakal Berakhir! Ini Biodata 12 Peserta Dari Rancangan Single’s Inferno Musim Ketiga

Tapi sebelum itu, jom REMAJA kongsikan dengan kalian biodata lengkap kesemua peserta yang cukup WOW-ZERS!

Manalah tau korang nak ‘follow’ jejaka tampan dari rancangan ini di Instagram…hiks!

  1. Gyu Ri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김규리 (@citruszl)

  • Nama Penuh: Kim Gyu Ri
  • Usia: 28 tahun
  • Pekerjaan: Model & bekas peserta Miss Korea 2022
  • Instagram: @citruszl

Bagi min, Gyu Ri ini ada vibes wanita Melayu terakhir sebab tampil penuh keayuan. Kalau bercakap pun slowwwww betul suaranya.

2. Hye Seon

  • Nama penuh: Choi Hye Seon
  • Usia: 26 tahun
  • Pekerjaan: Mahasiswi di Universiti Wanita Ewha
  • Jurusan: Bioinformatik
  • Instagram: @hazelchoiii

Berjaya menambat hati penonton (termasuk min), Hye Seon antara peserta kegemaran ramai. Tambahan lagi, definisi beauty with brain ini dilaporkan terus terbang ke England sebaik sahaja penggambaran rancangan selesai demi melanjutkan pengajian di Universiti Durham dalam jurusan sains data dan bioinformatik. Memang lurve sangat!

3. Min Woo

  • Nama Penuh: Choi Min Woo
  • Usia: 24 tahun
  • Pekerjaan: Model
  • Instagram: @choimin_woo

Jangan tertipu dengan muka macho jejaka ini kerana rupa-rupanya dia adalah peserta termuda di usia 24 tahun! Memang standard muka oppa-oppa Korea sangat bagi min…

IKLAN

4. Jin Seok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이진석 (@seok_lj)

  • Nama Penuh: Lee Jin Seok
  • Usia: 31 tahun
  • Pekerjaan: Pemilik kafe & bakeri
  • Instagram: @seok_lj

Badan sado habis tapi rupanya dalam hati ada taman chuols! Jejaka berasal dari Daegu ini merupakan pemilik beberapa cawangan kafe di kawasan itu. Jadi kalau korang teringin nak berjumpa dengan si tampan ini, boleh sahaja melawat kafenya di Daegu.

Sambil-sambil itu boleh mencuci mata melihat oppa membuat kek & pastri! 

5. Min Young

  • Nama Penuh: An Min Young
  • Usia: 26 tahun
  • Pekerjaan: Pengarah dan tenaga pengajar studio Pilates
  • Instagram: @my_floria_

6. Gwan Hee

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 관쪽이 (@leegwanhee0429)

  • Nama Penuh: Lee Gwan Hee
  • Usia: 35 tahun
  • Pekerjaan: Pemain bola keranjang profesional & YouTuber
  • Instagram: @leegwanhee0429

Antara peserta yang cukup hangat kerana direbuti tiga wanita, Gwan Hee juga diberi gelaran ‘walking red flag’ oleh penonton dek kerana keperibadiannya yang agak menyerupai buaya darat. Haiyoooo….

IKLAN

7. Won Ik

  • Nama Penuh: Son Won Ik
  • Usia: 30 tahun
  • Pekerjaaan: Agen hartanah
  • Instagram: @hiwonik

Cukup santai, itulah yang boleh diceritakan tentang personaliti jejaka ini. Kadang min rasa dia sertai rancangan ini hanya sekadar untuk bercuti, hiks!

8. Ha Bin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 윤하빈 (@yunhxvin)

  • Nama Penuh: Yun Ha Bin
  • Usia: 30 tahun
  • Pekerjaan: Pelakon
  • Instagram: @yunhxvin

Meskipun pekerjaan dan usia terpaksa dirahsiakan di awal rancangan, peminat dengan cepatnya berjaya mengesan muka jejaka ini di drama Netflix terkenal, My Demon sebagai salah seorang pelakon tambahan. Lahhh ter-kantoi pulak!

9. Ha Jeong

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 윤하정 (@hi__jjeong2)

IKLAN
  • Nama Penuh: Yun Ha Jeong
  • Usia: 26 tahun
  • Pekerjaan: Pekerja di syarikat pakaian
  • Instagram: @hi__jjeong2

Bold & brave! Itulah yang boleh diceritakan tentang karakter wanita cantik ini. Adegan dia menegur sifat kasanova Gwan Hee memang cukup hangat! Setiap ayat yang keluar dari mulutnya bak peluru. RESPECT! 

10. Min Kyu

  • Nama Penuh: Park Min Kyu
  • Usia: 34 tahun
  • Pekerjaan: Polis (Pasukan Penyelamat Laut Khas)
  • Instagram: @ssrt_mk

Fizikal yang menarik ternyata menjadi plus point bagi jejaka ini! Lebih menarik lagi kariernya sebagai polis merupakan kejutan khas kerana sebelum ini belum pernah lagi peserta dengan kerjaya beruniform tampil di rancangan Netflix ini.

11. Si Eun

  • Nama Penuh: Yu Si Eun
  • Usia: 26 tahun
  • Pekerjaan: Model & bekas peserta Miss Korea 2022
  • Instagram: @yoo__si

12. Min Ji

  • Nama Penuh: Cho Min Ji
  • Usia: 25 tahun
  • Pekerjaan: Mahasiswi di Universiti Wanita Ewha
  • Instagram: @joymingzi_

Cukup cantik namun ada vibes pick me girl sedikit! OPPPSSS 

***

Jadi siapa peserta kegemaran korang? Kalau min, semestinya Hye Seon dan Min Kyu!

BACA LAGI: ‘Atuk’ Squid Game, Oh Young-soo Didakwa Salah Laku Seksual. Benarkah? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI