
Bayangkan tengah dalam perjalanan mencari ilmu, tiba-tiba tragedi menimpa. Begitulah nasib 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas baru-baru ini.
Menyedari beban yang ditanggung oleh mangsa, kerajaan melalui Menteri Komunikasi tampil membantu keluarga mangsa nahas bas ini. Dalam sidang media rasmi, YB Fahmi Fadzil menyatakan bahawa 15 pelajar yang terlibat dalam kemalangan akan mendapat pelupusan penuh pinjaman PTPTN sebagai bentuk solidariti dan sokongan moral.

“Kita tidak hanya mahu berkongsi rasa simpati, tapi bertindak membantu dari segi kewangan agar mereka dapat bangkit semula,” ujar beliau.
Bantuan kewangan buat keluarga mangsa ditambah
Dalam pada masa yang sama, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar bantuan kewangan tambahan disalurkan kepada keluarga mangsa.

Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa bantuan tambahan diberikan sebanyak RM10,000 kepada setiap 15 keluarga pelajar yang maut dan RM5,000 kepada mangsa yang tercedera.
Difahamkan, langkah berkenaan merupankan cara pihak kerajaan membantu keluarga mangsa nahas bas yang telah meragut nyawa 15 pelajar UPSI.
BACA LAGI : “Bos Dari Syurga!” Christy Ng Belanja RM40,000 Restock Pantri, Siap Ada Produk Penjagaan Diri Untuk Pekerja!
SUMBER : Facebook
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hijab Tercabut, Atlet Silat Wanita Malaysia Tutup Rambut Pasukan Lawan Dipuji Warganet

Temasya Sukan SEA Hanoi 2022 masih lagi berlangsung dan kedudukan kontijen Malaysia dalam carta pungutan pingat dikatakan semakin membimbangkan kerana terus turun ke tangga keenam setelah memasuki hari kesembilan dalam pertandingan.
Malaysia setakat ini berjaya mengumpul 19 pingat emas, 24 perak dan 44 gangsa untuk berada di kedudukan keenam, turun satu anak tangga daripada tempat kelima. Sebagai rakyat Malaysia kita tetap perlu memberikan sokongan buat para atlet negara yang kini sedang berhempas-pulas menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam Sukan SEA edisi kali ini.

Namun, disebalik banyak perkara yang berlaku di temasya sukan itu, ada satu insiden yang telah mencuri perhatian ramai apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan.
@_alice_harun_shim Pesilat Malaysia 🟦 (Shazwana) tolong cover rambut pesilat Indonesia 🟥 (Selly Andriani) disebabkan tudung Selly tertanggal. 👏🏻 👏🏻 👏🏻 #seagamesvietnam #pencaksilatindonesia ♬ original sound – ✝️_Alice_Harun_✝️
Tindakan pantas itu menerima pujian daripada warganet yang menyifatkan walau dalam keadaan apa pun sama ada di dalam pertandingan atau tidak, kita tetap perlu menjaga aurat sesama sendiri.





Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang dan layak ke peringkat seterusnya.
Tahniah diucapkan kepada Siti Shazwana Ajak kerana sikap prihatin yang ditunjukkan itu sememangnya wajar dicontohi oleh semua. Diharap sikapnya ini dapat menjadi teladan kepada semua tidak kira sama bangsa dan agama.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika PRU 13, Upah “BUDAK BENDERA” Cecah RM150 Semalam, Tapi Di PRU 14 Ini Nilainya Lebih…

Kehangatan pilihanraya ke-14 semakin dirasai. Ini dapat dilihat dengan kibaran bendera dalam pelbagai saiz termasuk bersaiz gergasi untuk menarik minat mengundi. Masa yang sangat suntuk iaitu tinggal tujuh hari lagi untuk tempoh berkempen sudah cukup membuatkan calon-calon mengorbankan masa tidur mereka demi menemui pengundi di kawasan masing-masing.
Di sebalik berbagai cerita mengenai PRU ini, tentunya kita merasai kemeriahan bila mana melihat ratusan ribu bendera dipasang di seluruh negara. Lagi “panas” kawasan itu dengan kisah calon-calonnya, lebih banyak bendera dapat dilihat. Kata orang, bukan saja calonnya dilihat tetapi bendera yang mewakili parti sudah cukup membuatkan pengundi boleh berfikir pangkah yang mana.
Tapi sejauh mana kita mengetahui kisah-kisah “budak bendera” ini? Tanpa mereka, sama ada dibayar upah mahal atau sedikit, tanpa mereka, pilihanraya dalam negara cukup sepi.


Jom ketahui kisah budak bendera. Adakah mereka ini benar-benar penyokong parti, berjuang demi parti atau “budak-budak” muda yang dibayar untuk kelangsungan kehidupan mereka.
Bagi Ranizal Basiran, 33 tahun yang bertindak memasang bendera bagi Pakatan Harapan memaklumkan dia tidak menekankan berapa upah diterimanya tetapi dia melakukannya atas semangat mahu satu perubahan berlaku dalam pentadbiran negara.
“Saya lakukan atas usaha sebagai anak muda yang mahu melihat perubahan berlaku. Sebagai anak muda, ini cara kami meluahkan pendapat dan saya mengambil inisiatif menaikkan bendera harapan demi membina masa depan baru anak muda,”katanya.

Ditanya upah, kata Ranizal, ianya tidak banyak, antara RM30-RM40 bagi semalam dan kerja-kerja ini dilakukan beramai-ramai. “Selain menggunakan tangga bagi kawasan agak tinggi, biasanya kami baling botol air sebagai pemberat jika tempat itu terlalu tinggi,’ katanya memaklumkan biasanya buluh disediakan oleh wakil calon dan mereka hanya bertindak memasangnya sahaja.

Bagi Alang, dia akui agak gayat dalam suasana tinggi tetapi ia sedikitpun tidak mengubah dirinya untuk bersama-sama sebagai budak bendera. Alang dengan jujur berkata, upah diterimanya tidak tinggi tetapi lebih kepada kemeriahan. Malah katanya juga bendera biasa dipasang di tengah malam ketika kenderaan kurang demi mengelak risiko kemalangan ketika memasang.
Sementara itu Bob yang bertindak memasang bendera bagi Barisan Nasional berkata, mereka semua bukan budak bendera baru tetapi sudah lama sejak zaman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lagi.

“Upahnya dalam RM80 semalam. Adalah kerja dalam dua jam. Masa Pru 13 dulu, memang banyak. Boleh dapat dalam RM150 seorang tetapi sekarang jumlahnya berbeza,” katanya mengakui biasanya pemasangan bendera dilakukan seramai 10 orang dalam satu kumpulan.
Dalam pada itu, seorang rakannya, Azli berkata, dia berjuang memasang bendera bukan semata-mata kerana upah tetapi kerana perjuangannya dalam parti.
“Kami semua bukan baru, sudah lama dulu lagi. Upah adakala dibahagi sama rata kerana semua sama-sama penat. Lagi pun kita suka berkumpul ramai-ramai. Memang rasa meriahnya,’ katanya mengakui menerima upah dalam kadar tersebut.


Dalam pada itu Azli memaklumkan, ada beberapa peraturan yang harus difahami oleh budak pemasang bendera.
“Pertama, kita tak boleh sesekali buang bendera atau jatuhkan bendera pesaing. Keduanya, kalau berlaku provokasi, mereka semua harus mengawal emosi. Masa yang sama, ada beberapa kawasan larangan pasang iaitu dalam rumah orang serta ada lokasi-lokasi lain iaitu depan tempat mengundi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui sedang duduk di pondok panas bersama beberapa orang kawan-kawannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meriahnya Ramadan & Syawal Di Pavilion Bukit Jalil, Jom Menang Iftar Percuma Dengan REMAJA!

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya ramai ingin berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan demi berkongsi detik manis menyambut bulan istimewa ini.
Lebih menarik lagi apabila dapat menikmati hidangan iftar bersama-sama, lebih menyelerakan!
Sempena menyambut bulan mulia Ramadan dan Syawal pada tahun ini, Pavilion Bukit Jalil telah mempersiapkan pelbagai agenda menarik untuk memeriahkan lagi musim perayaan kali ini.
Iftar bersama tersayang
Bagi memanfaatkan sepenuhnya momen berbuka puasa, bawalah keluarga nikmati hidangan klasik Malaysia ikonik.

Antara restoran yang REMAJA sarankan di Pavilion Bukit Jalil termasuklah:
- Grandmama’s: Menampilkan set Nasi Dulang Bukhari yang diserikan dengan pilihan unik antaranya set daging kambing yang direneh, set ayam panggang kunyit, set makanan laut berempah dan set daging lembu yang direneh. Dengan suasana dekorasi kontemporari dan mempunyai persekitaran mesra keluarga, restoran ini merupakan lokasi sepadan untuk berbuka puasa.
- D’Laksa: Popular dengan menu signature asam laksa, asam bebola udang kara dan kesukaan rakyat Malaysia, rojak buah.
- Seniman: Bagi yang mencari ‘selera kampung’, anda boleh lawati Seniman dan mencuba set nasi dulang di sini, sesuai untuk hidangan makan kongsi.
- Two Cents Hot Wings: Menghidangkan kepak ayam pelbagai rasa termasuklah perisa golden teriyaki sehingga ghost pepper. Kepak ayam ini cocok bagi mereka yang mencari hidangan segera atau menyahut cabaran bersama kawan dan famili pada bulan puasa ini.
- Mee Hiris China Muslim: Terkenal dengan mi hirisan tangan dengan teknik tradisional, masakan halal yang popular di China Utara terus ke meja hidangan seisi keluarga.
- Simple Life!: Khas untuk yangingin merasai sajian alternatif seperti santapan vegetarian.

Pencuci mulut, jangan dilupa
Pavilion Bukit Jalil juga menawarkan pelbagai kedai dan restoran pencuci mulut seperti Rollney, Yogurt Cow, Kwong Wah Ice Kacang, Bo The Avocado dan Perfect Ice, jangan lupa mendapatkan juadah berbuka puasa di The Food Merchant. Akhiri dengan sedikit snek makanan ringan dan rangup daripada myEureka Snack!

‘MERIAH RAYA’ bersama Nickelodeon Garfield musim perayaan ini
Tidak hanya itu, kemeriahan musim Syawal ini ditambah dengan kerjasama antara Pavilion Bukit Jalil dan Nickelodeon Garfield.
Bermula 25 Mac sehingga 25 April 2023, pengunjung di sini akan diceriakan dengan kehadiran kucing yang paling disayangi di dunia dan ikon popular – Garfield yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 tahun pada tahun ini.

Para pengunjung disambut dengan kemeriahan dekorasi raya, pelbagai persembahan dan aktiviti hiburan, pembelian raya dan santapan menyelerakan yang tersedia melebihi 400 buah kedai serta penebusan cenderamata perayaan edisi terhad dan eksklusif.

Diceriakan dengan dekorasi raya yang girang dan berwarna-warni, para pengunjung dijemput untuk merakam momen raya mereka di Centre Court, aras 2 Pavilion Bukit Jalil dan bertemu kucing kegemaran global dan ikonik dalam dunia hiburan, Garfield.
Menangi 5 Hadiah Eksklusif : Iftar Di Pavilion Bukit Jalil
Berita baik buat pembaca Remaja, kami ingin memberikan hadiah istimewa daripada Pavilion Bukit Jalil dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah:
5 pemenang akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik berupa:
- Dua baucar bernilai RM50 di Restoran Madam Kwan’s, Pavilion Bukit Jalil.
10 lagi pemenang akan membawa pulang hadiah berikut menerusi sesi Live Instagram Majalah Remaja
1x beg ‘tote’ Garfield, 1x baucar RM50 Madam Kwan’s, 1x Raya Leaflet, 2x sampul Raya, 2x pek Milo dan 2x botol air Garfield.
Ikuti LINK ini untuk lebih banyak info dan jawapan tentang peraduan iftar antara Remaja dan Pavilion Bukit Jalil ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

