Baru-baru ini, pelakon terkenal, Ben Amir tampil mengakui bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan rapat sambil mengenal hati budi seorang wanita yang berasal dari Filipina.
Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (35), beliau dan wanita tersebut sebenarnya sudah mula berkenalan sejak dua tahun lalu dan kini mahu ke fasa yang lebih serius.
“Saya masih lagi dalam fasa baru berkenalan hati budi. Kami sudah berkenalan selama dua tahun. Wanita itu bukanlah berasal dari Malaysia tetapi dari Filipina”
“Saya kenal dia sejak saya menetap di sana,” katanya ketika ditemui pihak media selepas acara malam gala dan tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley, semalam.
Ads
Kredit foto: Instagram Ben AmirKredit foto: Instagram Ben Amir
Pada masa yang sama, Ben turut menepis dakwaan apabila beliau dikatakan berhijrah ke negara tersebut disebabkan cinta sebaliknya ia merupakan perancangan peribadi yang sudah lama dirancang.
“Dia bukanlah punca saya berpindah ke Filipina. Pindah ke Filipina itu memang sudah lama saya plan. Ini bukan kerana seseorang, tetapi lebih kepada usaha untuk membuka buku baharu dalam hidup saya,” jelas Ben yang membawakan watak Gibbs dalam filem Gantung: Musketeer Code.
Ads
“Sebagai seorang anak lelaki, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa upgrade diri dari segi kerjaya, mental dan pelbagai aspek lain,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Instagram Ben AmirKredit foto: Instagram Ben Amir
Dalam pada itu, Ben turut menjelaskan keputusan berpindah ke Filipina bukanlah sesuatu yang mudah dan ia lebih kepada fasa ‘reset’ dalam hidup serta melihatnya sebagai satu cabaran baru sambil memikul tanggungjawab besar demi kemajuan diri serta perkembangan peribadi.
Ads
“Saya rasa bila saya duduk di Filipina merupakan satu perkara yang sangat susah untuk saya lakukan tapi saya tetap cuba. Di sana saya cuba untuk membuka satu restoran halal. Jadi, benda inilah yang saya rasa senang untuk lakukan buat masa kini,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini keputusan Ben Amir untuk menetap di Pulau Siargao, Filipina telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat mengenai halatuju kerjayanya sebagai anak seni di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja baru saja melabuhkan tirainya, tahniah kepada semua Dewi-dewi pemenang! Pastinya korang ada favorite Dewi korang kan? Apa kata korang test personality korang ni. Mana tahu sebenarnya dah dekat dah personality korang ni dengan dewi-dewi kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar Malaysia telahpun membanggakan negara setelah dia menempah kejayaan dalam sebuah pertandingan pidato Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.
Bertempat di Hangzhou China pada Ahad lalu, Nicol Yong Jia Jia telah dinamakan pemenang kategori Belt & Road Youth English Speaking Competition dan 21st Century Cup International English Speaking Competition setelah dia menewaskan 30 orang peserta lain daripada 30 negara dan daerah China.
Pesaing terdekat Nicol iaitu Che Qiyu dari China pula berpuas hati di tempat kedua.
Menurut pelajar tahun terakhir di St. Joseph’s Institution International School ini, dia merasakan pertandingan tersebut membantu membuka matanya kepada pengalaman baru. “Saya dapat berkawan dengan ramai remaja sebaya lain dari Mauritius, Hungary dan sebagainya. Ini kali pertama saya bertukar-tukar pendapat mengenai perbezaan budaya kami sepanjang beberapa hari lepas,” katanya.
Nicol juga pada tahun lepas pernah menyertai pertandingan English Speaking Union (ESU) Malaysia Public Speaking Competition 2018 dan memperolehi tempat kedua.
***
Pertandingan 21st Century Cup International English Speaking Competition merupakan usaha sama akhbar China Daily, kerajaan perbandaran Hangzhou dan Persatuan Bahasa Inggeris (ESU) untuk membentuk remaja berlainan latar belakang agar lebih yakin berbahasa Inggeris, memahami negara asing serta budaya lain.
Aww, lain betul konsep pidato sebegini.
Contohnya, tema yang diberikan kepada peserta juga tidak seperti kebiasaannya. Antaranya adalah ‘Let Us Be True To One Another’ atau ‘The Great Truth Is Simple’. Dan..
“You may speak now..”
Menurut penganjur, tema seperti ini sengaja diberikan agar remaja boleh berkongsi harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Apapun, tahniah kepada Nicol dan REMAJA harapkan lebih ramai remaja di luar sana yang yakin untuk sertai pertandingan seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memaksa masyarakat untuk hidup dalam norma baharu.
Seperti yang diketahui ramai, sekolah di sekitar Lembah Klang telahpun diarahkan tutup. Malah kawasan tempat kerja untuk sektor awam mahupun swasta juga diarahkan mengurangkan jumlah pekerja ke satu peringkat demi mengelakkan situasi berkumpul.
Mengikut perancangan awal, arahan PKPB seharusnya berakhir pada hari esok, 27 Oktober 2020. Namun selepas berlakunya insiden jumlah kes baharu positif Covid-19 terbanyak beberapa hari lepas, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk melanjutkan tempoh PKPB.
Penilaian risiko yang telah dijalankan oleh anggota keselamatan Malaysia mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 di ketiga-tiga negeri dan wilayah persekutuan ini
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: BERNAMA.
Kata Datuk Seri Ismail Sabri, “Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, maka hari ini Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan perintah PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor selama 14 hari lagi, bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020.
“SOP-nya adalah SOP yang telahpun diumumkan sebelum ini,” umum beliau.
Adakah korang setuju dengan keputusan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.