27 Mei lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.
Terbaru, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan IPT pertama yang umum akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac lalu.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.
Ads
Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih diteruskan secara dalam talian.
“Pelajar mungkin perlu memohon (untuk mendapatkan pemulangan yuran kolej kediaman) dan permohonan akan dibuka selepas kita memuktamadkan perkara ini.
Ads
“Setakat ini itulah pendirian kami walaupun ada pelajar tidak menggunakan kemudahan di universiti seperti makmal dan sebagainya kerana caj dikenakan secara keseluruhan perkhidmatan dan bukannya secara berasingan.
“Bagaimanapun, kita tunggu pendirian kerajaan dan UiTM akur dengan setiap keputusan berkaitan perkara ini, walaupun kadar ditetapkan UiTM adalah terendah berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain,” lapor BH
Ads
Dengan pelaksanaan PdP, ramai daripada pelajar IPT memohon agar yuran pengajian diturunkan kerana kemudahan di universiti tidak digunakan secara sepenuhnya termasuklah asrama, fasiliti sukan, makmal, internet dan bilik kuliah.
Sebelum ini, Bekas Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mendesak agar yuran pengajian dikurangkan memandangkan kebanyak kelas terpaksa dihentikan ketika PKP berlangsung.
So apa pendapat korang tentang isu pemulangan yuran IPT ini?
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen ternama, Jimmy Couture meluahkan rasa kesal apabila Miss Grand Malaysia 2021 dikatakan telah menolak busana rekaannya di saat-saat akhir.
Menurut Jimmy di hantaran instagramnya, dia telah mengeluarkan kos bajet yang besar untuk menyiapkan rekaan busana ‘Evening Gown’ yang akan disarungkan pada peringkat ‘Preliminary’, namun busana tersebut hanya akan digayakan pada sesi sidang media.
Pereka fesyen ini juga keliru kerana katanya ratu cantik itu juga telah sudah mempunyai pereka busananya tersendiri. Jimmy turut menjelaskan bahawa dia telah mengeluarkan wang yang banyak dan mengerah tenaga untuk menyiapkan rekaan itu.
“Jgn minta minta bju kat designer lain kalau da ada own designer.. Org keluar duit. Now sape nk ganti rugi hasil kje aku masa aku modal aku??”
Walau bagaimanapun, Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran telah pun membuat kenyataan balas di laman instagramnya, namun kenyataannya itu diselar oleh Jimmy Couture yang mengatakan bahawa ratu cantik itu telah memusingkan jawapannya.
Apa-apa pun diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik diantara kedua-dua belah pihak. Bak kata mereka, industri pageant di Malaysia ini kecil sahaja. Nak tak nak nanti tetap bersua muka kan? Semoga dapat diselesaikan dengan baik ya.
Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin telah pun bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan awam diberi vaksin terlebih dahulu.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas.
Menurut perkongsiannya di laman Facebook, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini, lebih 90,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. Radzi turut berkongsi sebuah video ringkas dimana Khairy memberi penerangan berkaitan dengan perkara tersebut.
Menurut Khairy, data yang diterima daripada KPM terdapat 357,000 pelajar Tingkatan Lima dan 47,000 guru yang mengajar pelajar Tingkatan Lima.
Inisiatif ini dilakukan kerana pelajar yang menghadapi peperiksaan awam perlu kembali ke sekolah untuk persediaan menghadapi peperiksaan. Tumpuan akan diberikan kepada tahun peperiksaan terlebih dahulu untuk memberi inokulasi kepada guru, kakitangan sokongan sekolah serta pelajar tahun peperiksaan.
Semoga dengan usaha ini dapat melancarkan sistem pendidikan di Malaysia dan lebih ramai lagi menerima suntikan vaksin dengan segera.
Sama-samalah kita membantu menangani wabak ini daripada terus menular dikalangan masyarakat Malaysia.
Setelah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri baru-baru ini, sudah tentu rakyat mengeluh dengan norma baharu yang perlu mereka patuhi ini.
Ada di antara peraturan tersebut telah menghalang mereka daripada melakukan rutin harian seperti bersenam di pusat kecergasan atau gym. Ini berikutan perintah penutupan pusat gimnasium dan kemudahan bersukan secara serta-merta.
BAGAIMANAPUN, ada berita baik untuk korang yang ingin mengeluarkan peluh.
Sumber : Sinar Harian
Masjid Mukim Sri Aman, Pasir Putih di Kelantan kini menjadi masjid pertama yang menyediakan kemudahan tempat kecergasan atau gimnasium.
Gimnasium itu rasmi dibuka semalam dan tujuannya adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan warga setempat dan para jemaah masjid.
Sumber : Sinar Harian
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan, ketua takmir Masjid Mukim Sri Aman, Ab Razak Mat Saad berkata kemudahan gimnasium itu dapat dimanfaatkan sekitar 1,000 jemaah yang hadir ke sana.
Selain itu, masjid ini turut menggunakan jurulatih khas bagi tujuan mengajar cara-cara menggunakan peralatan di sana.
Ab Razak berkata, kos untuk menyediakan gimnasium itu mencecah RM17,000 dan ia menggunakan duitnya sendiri sebagai permulaan.
Sumber : Sinar Harian
Pengurusan masjid berharap ruang gimnasium ini dapat menarik lebih banyak anak muda untuk hadir ke masjid.
Bersukan demi kesihatan, tetapi jangan sesekali mengabaikan SOP yang ditetapkan okay. Harapnya dengan inisiatif ini lebih ramai anak muda dan remaja mengimarahkan masjid.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!