Dari usia kecil, kita akan tumbuh melalui alam kanak-kanak diikuti menjadi remaja. Kemudian sehabis belajar, kita akan selangkah ke alam dewasa. Jika bertemu jodoh, kita akan bergelar ibu bapa yang mana ada sebahagian dari kita menganggap ia frasa menyeronokkan iaitu punya zuriat yang lahir dari rahim kita sendiri.
Jika ramai merasa punya anak, melihat mereka membesar di depan mata adalah sesuatu yang menyeronokkan tapi ia berbeza dengan pandangan seorang gadis Ailin Cubelo Naval, 22 tahun.
Ini kerana pada usianya dia telah membuat satu keputusan berani dan telah mencetuskan kontroversi kerana membuat keputusan untuk tidak memiliki anak buat selama-lamanya.
Tindakan gadis ini membuat pengakuan di media sosial ternyata menjadi isu hangat hinggakan ia menjadi perbincangan di Amerika Latin kebelakangan ini.
Oddity Central melaporkan, remaja itu mengakui hasratnya untuk tidak mempunyai zuriat timbul kerana menjadi orang dewasa hanyalah satu bentuk pemaksaan semulajadi. Untuk itu dia membuat keputusan untuk mengikat tiub Fallopio di saluran reproduksinya sendiri.
Ads
Sanggup ikat saluran peranakan
Tindakan itu diambil kerana ingin memastikan dia tidak akan hamil selamanya, sesuatu yang tidak disarankan pengamal perubatan.
Ads
Katanya, dia tidak mahu menghabiskan hidupnya hanya untuk membesarkan anak.
Bagaimanapun, pandangannya menimbulkan kontroversi dan menyebabkan pakar sakit puan tidak membenarkannya mengikat tiub Fallopio sebanyak dua kali.
Ads
Sebaliknya, mereka menyarankan Cubelo mendapatkan khidmat pakar psikologi.
Selepas dikecam dan hasrat itu ditolak, dia mengetahui prosedur mengikat tiub itu dibenarkan di negaranya sejak 2006.
Cubelo kemudiannya berusaha mendapatkan doktor lain dan menjalani prosedur pembedahan.
"Bagi sesetengah orang, keinginan untuk menjadi ibu adalah wajar, tetapi tidak kepada saya. Tiub saya diikat kerana tidak mahu mempunyai anak, bukan sekarang atau selamanya,"kata Cubelo kepada laman berita Argentina, Infobae. Sumber : Harian Metro, Gambar : FB Ailin Cubelo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang masih ingat tak kes kebakaran pusat tahfiz kira-kira tiga tahun lalu?
Paling sadis, kebakaran itu didakwa berpunca oleh dua orang remaja yang berusia 16 tahun ketika itu.
Terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati seorang remaja berusia 19 tahun, suspek utama dalam insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden sebagai bersalah.
Menurut laporan Astro Awani, mereka yang kini berumur 19 tahun masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Selain itu, memandangkan jenayah itu dilakukan ketika tertuduh berusia 16 tahun, maka Seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001 terpakai, dan remaja berkenaan dikenakan perintah tahanan selama yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Peguambela Haijan Omar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya sangat menyesal atas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada semua yang terlibat, terutama sekali ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Ujarnya lagi, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah, dan akan memfailkan rayuan di peringkat seterusnya dalam mangsa yang terdekat.
Untuk info, tragedi menyayat hati ini berlaku pada 14 September 2017 apabila kebakaran di bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah meragut nyawa 23 penghuninya.
Bagi REMAJA, semua yang berlaku ada hikmahnya, semoga mahkamah buat keputusan yang bijak. Semoga ada keadilan buat keluarga mangsa dan semoga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak semua menerima idea monarki di zaman moden ini. Sesetengah menganggap keluarga Diraja merupakan pembaziran terhadap wang cukai dibayar oleh rakyat. Keluarga Diraja United Kingdom antara yang acap kali menerima kecaman tentang isu ini.
Terbaru, Raja Charles III yang baru sahaja menaiki takhta sebaik kemangkatan Ratu Elizabeth II telah dibaling dengan telur oleh seorang penunjuk perasaan, Patrick Thelwell yang tidak berpuas hati dengan sistem beraja negara itu. Baginda ketika itu sedang dalam lawatannya ke bandar York.
Lelaki berusia 23 tahun yang dikenalpasti sebagai salah seorang pelajar di University of York didengar menjerit, “Negara ini dibina atas darah hamba abdi.”Dia yang kemudiannya telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan ketenteraman awam. Dia kini sudah dibebaskan.
Dalam kejadian itu, Charles yang turut ditemani isteri baginda, Permaisuri Camilla dilihat bersalaman dengan para pembesar termasuklah Lord Mayor ketika telur dibaling. Baginda hanya melihat sahaja telur yang jatuh di hadapannya dan meneruskan acara seperti biasa.
Ini bukan kali pertama raja British menjadi sasaran dengan telur, dalam kes Ratu Elizabeth II, dia sebenarnya pernah terkena telur. Selepas ia terpercik pada pakaiannya semasa lawatan diraja ke New Zealand pada tahun 1986, Ratu kemudiannya menyindir dalam ucapan, “Saya sendiri lebih suka telur New Zealand saya untuk sarapan pagi.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Well, kami tidak sangka dua perkara tersebut boleh disatukan dalam satu ayat. Namun itulah yang cuba dilakukan oleh McDonald’s China hinggakan percubaan ini bertukar tular pada minggu ini. Semua gara-gara video TikTok yang dimuat naik oleh akaun @cris13_u yang kini telah ditonton sekerap 32 juta kali [seperti yang diselitkan di hujung artikel untuk tontonan korang].
Francais popular di negara tembok besar itu kini cuba bereksperimentasi dengan menambah beberapa buah basikal senam satu tempat duduk menghadap dinding kaca atau batu-bata.
Seperti yang dipaparkan di bawah, ia disertakan dengan meja paras dada ala di tempat duduk di dalam pesawat untuk korang letakkan barangan kecil seperti telefon bimbit.
Pelanggan kini dibenarkan menikmati masa makan sambil mengayuh basikal senam yang mempunyai teknologi boleh-cas menggunakan tenaga mesra alam.
Idea di sebalik eksperimentasi ini adalah agar pelanggan boleh menjana elektrik kepada peranti mereka seperti telefon bimbit.
Pada masa yang sama, basikal senam ini juga mengelakkan pelanggan daripada merasa ‘bersalah’ kerana memilih untuk makan di McDonald’s demi mengalas perut.
Jom tonton video tular yang dimaksudkan itu. Menerusi paparan kurang seminit ini, seorang remaja perempuan dilihat sedang menikmati burger dan air minuman bergas sambil ‘khusyuk’ mengayuh basikal senam.
Lain pada lain nampaknya ciptaan dan eksperimentasi baharu ini!
Seperti yang kita semua ketahui, negara China dan rakyatnya memang selalu ‘berfikiran ke hadapan’ dan mencuba pelbagai idea serta aktiviti yang asalnya kedengaran pelik. Tapi setelah ramai mencuba, tidak mustahil ia akan menjadi fenomena dunia dan ikutan ramai.
Korang rasakan McDonald’s Malaysia akan mengikut jejak langkah ini di beberapa cawangannya tidak lama lagi? Hehe.. habislah cawangan penuh dengan abang-abang sado selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.