Tanpa sedar, kita sudah pun berada di 10 malam terakhir Ramadan.
Jika ramai beranggapan Ramadan hanya menahan lapar dan dahaya, ternyata kita antara insan kerugian. Ini kerana Allah menjadikan Ramadan khusus untuk umat islam pada akhir zaman merebut seberapa banyak pahala sebagai bekalan di hari akhirat kelak.
Kalau nak diikutkan, kita adalah umat yang umurnya tidak panjang berbanding umat terdahulu yang dikatakan mampu hidup hingga 1000 tahun lamanya. Justery mereka berpeluang beribadah lebih lama kepada Allah berbanding kita.
Sabda baginda Nabi Muhammad SAW, apabila memasuki 10 malam terakhir, baginda akan memperlebihkan amalan kerana Allah akan mengabulkan semua doa-doa hambaNya.
“Rasulullah S.W.T. sangat giat beribadah di bulan Ramadan melebihi ibadahnya di bulan yang lain, dan pada sepuluh malam terakhirnya beliau lebih giat lagi melebihi hari lainnya.”
Hadis Riwayat Muslim
Sepanjang 10 malam terakhir ini, di dalamnya terdapat satu malam yang disebut sebagai Malam Lailatul Qadar yakni malam seribu bulan. Barang siapa yang mendapat kebaikan daripada salah saty malam ganjil ini amatlah beruntung.
Ads
Seseorang yang beribadat pada malam itu dikatakan seolah-olah telah beribadat selama 83 tahun. Insan terpilih itu juga turut akan diampunkan dosa-dosanya yang lampau.
Adakah benar malam Lailatul Qadar jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan saja pada setiap tahun? Wallahualam.
Apa yang pasti, hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja akan merasai nikmat beribadat pada malam tersebut.
Salah satu petua yang dikongsikan oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar adalah ia boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:
* Jika awal Ramadannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
Ads
* Jika awal Ramadannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
* Jika awal Ramadannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
* Jika awal Ramadannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
* Jika awal Ramadannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.
Kata Syeikh Abu Hasan Syazili pula, semenjak mencapai usia baligh, beliau sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.
Bagaimanapun, janganlah kita terlalu fokus untuk beribadat pada malam-malam ini sahaja. Rugi sekiranya korang berbuat sedemikian.
Ads
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
Ini pula merupakan beberapa petanda malam Lailatul Qadar yang diturunkan sejak dahulu lagi.
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
3) Pada malam itu, Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya adalah apabila kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Awal Ramadan kita pada tahun ini adalah pada 13 April lalu bersamaan dengan hari Selasa. Maka mengikut petua Imam Ghazali, InsyaAllah malam Lailatul Qadar adalah pada malam ke 27 iaitu pada hari Sabtu bersamaan dengan 8 Mei.
Namun, sebaiknya kita hidupkan malam-malam terakhir Ramadan agar kita mendapat kebaikan Lailatul Qadar. Semoga Ramadan kali ini penuh bermakna.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sudah nekad, tiada apa yang mustahil. Itulah semangat luar biasa yang dibuktikan oleh Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim, pejuang kanser limfoma tahap empat yang kini berjaya bergelar graduan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Detik penuh emosi itu berlaku di Dewan Konvokesyen IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang apabila nama Nur Syahidatunnajwa diumumkan. Seluruh dewan berdiri memberi tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan terhadap semangat dan kecekalan anak muda ini.
Nur Syahidatunnajwa terima skrol IPG di pentas konvo undang air mata
Beliau bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah, malah tampil sebagai simbol kekuatan selepas berjuang melawan kanser yang dihidapi sejak sekian lama.
22 Kali Kemoterapi, 15 Sesi Radioterapi
Difahamkan, Nur Syahidatunnajwa telah menjalani 22 kali rawatan kemoterapi dan 15 sesi radioterapi dalam usahanya melawan kanser limfoma tahap empat. Walaupun tubuhnya lemah dan tidak sekuat rakan-rakan lain, beliau tetap gigih menamatkan pengajian, membuktikan bahawa penyakit bukan penghalang untuk mencapai impian.
Paparan video tular di media sosial yang dikongsikan melalui akaun TikTok @shafiqalsukri, memperlihatkan detik beliau menerima skrol dengan tenang di atas pentas, cukup meruntun hati warga maya. Lebih mengharukan apabila pengacara majlis turut menyifatkan beliau sebagai simbol ketabahan dan inspirasi sejati.
“Dengan semangat juang yang jitu, kini beliau hadir sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat kita semua. Beliau membuktikan bahawa penyakit bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Sama-sama kita doakan semoga beliau sembuh sepenuhnya,” ujar pengacara yang disambut sorakan dan air mata daripada para hadirin.
Impian Tetap Mahu Menjadi Pendidik
Meskipun masih dalam proses rawatan, Nur Syahidatunnajwa tidak pernah memadamkan impian untuk bergelar seorang pendidik dan menyumbang ilmu kepada anak bangsa. Baginya, apa jua dugaan yang datang tidak seharusnya menjadi alasan untuk berputus asa.
Lebih menyentuh perasaan apabila adiknya turut berkongsi rasa bangga terhadap kejayaan tersebut. “Tak pernah sekali pun dia merungut sepanjang rawatan. Kini, perjuangannya terbayar,” tulis adiknya di ruangan komen video tersebut.
Doa dan Kata-Kata Semangat Daripada Warga Maya
Kisah kecekalan beliau turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan mendoakan agar Nur Syahidatunnajwa terus diberikan kekuatan serta kesembuhan sepenuhnya.
Antara komen warga maya:
“You’re the real fighter! Semoga Allah angkat segala penyakitnya dan kembali sembuh, aamiin.”
“Dia memang lemah lembut orangnya, akhlak pun baik. Allah uji dia dengan kanser dan kehilangan ayahnya. Kami bangga dengan Syahid. Alhamdulillah, akhirnya tamat pengajian. Terima kasih kerana bertahan, Syahid!”
“Her strength is remarkable.”
Majalah Remaja percaya, kisah seperti ini mampu membuka mata ramai remaja di luar sana bahawa kejayaan bukan hanya milik mereka yang sempurna dari segi fizikal, tetapi juga milik mereka yang berani, sabar dan tidak pernah menyerah kalah.
Tahniah dan syabas, Nur Syahidatunnajwa. Semoga terus menjadi inspirasi buat anak muda Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Abang Viva dan Datuk Seri Aliff Syukri telah bersama-sama menjalankan misi bantuan banjir di Terengganu untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.
Misi tersebut dijalankan selama tiga hari dua malam, di mana mereka mengedarkan barangan keperluan kepada penduduk yang memerlukan.
Menerusi hantaran di Instagram, Aliff Syukri berkongsi bahawa dia berada di Pantai Timur untuk menghulurkan bantuan dan berharap urusan mereka dipermudahkan selain mengajak lebih ramai usahawan dan ahli politik untuk turut membantu mangsa banjir.
“Saya harapkan lebih ramai usahawan atau ahli politik yang lain untuk turun bantu meringankan beban mereka yang terkesan.
“Dalam masa sama memberikan keceriaan kepada mereka yang sedang berduka,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, Abang Viva dan Aliff Syukri turut membawa isteri mereka untuk menyertai misi ini. Mereka menaiki bot untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang ada di kawasan banjir.
Sekadar info, sebelum ke Terengganu, Abang Viva dan isteri telah mengunjungi Kelantan untuk misi yang sama, seperti yang dikongsikan oleh isterinya di Facebook.
Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar misi mereka dipermudahkan dan diberi rezeki yang lebih besar kerana membantu mangsa-mangsa banjir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aliff Syukri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam menurun kepada 26,832 kes berbanding 28,825 kes kelmarin. Namun, ia masih lagi dalam angka yang membimbangkan dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi SOP.
Bermula pada 10 Februari lalu, KKM telah mengesahkan bahawa tiada lagi gelang pink dan Home Surveillance Order (HSO) atau surat kuarantin boleh didapatkan melalui aplikasi MySejahtera.
Bagi individu yang telah disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian kendiri, mereka hendaklah melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera. Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik dan individu terbabit perlu mematuhi serta kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
Laporan status kesihatan juga perlu dibuat secara harian di MySejahtera sehingga tempoh pengasingan tamat. Hanya yang bergejala teruk perlu ke CAC untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Berikut kami kongsikan cara bagaimana untuk mengemaskini MySejahtera sekiranya korang didapati positif COVID-19.
1. Pilih Ujian Kendiri COVID-19 di aplikasi MySejahtera
2. Klik Kemas kini Keputusan Ujian Kendiri
3. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan
4. Pilih jenis sampel yang dibuat
5. Dan nyatakan keputusan yang diperoleh
6. Selesai menjawab semua soalan tekan butang submit
Bagi individu yang positif COVID-19, status MySejahtera korang akan bertukar menjadi Confirmed Case-Alert.
Korang hanya perlu kuarantin di rumah dan menjawab soalan setiap hari sehingga tamat kuarantin. Tempoh masa kuarantin juga akan diberikan menerusi aplikasi ini.
@yuirutatsukiKemaskini baru mysejahtera , kalau positif boleh ikut cara ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.