Baru-baru ini, satu petisyen yang dikenali sebagai “Undang-Undang Pencegahan Kim Soo Hyun” kini mendapat perhatian meluas apabila berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan dalam tempoh singkat di laman rasmi petisyen Majlis Nasional Korea Selatan.
Dilaporkan, petisyen ini dimuat naik pada 31 Mac lalu dan sehingga jam 5 petang pada 7 April, ia telah menerima sebanyak 51,083 tandatangan dan telah melepasi syarat minimum untuk dipertimbangkan ke peringkat jawatankuasa.
Menurut sistem petisyen elektronik Korea Selatan, setiap permohonan yang mencecah 50,000 tandatangan dalam masa 30 hari akan disemak oleh jawatankuasa berkaitan. Jika diluluskan, ia bakal dibawa ke sesi Parlimen untuk dibahaskan dan mungkin diluluskan sebagai undang-undang baharu.
Menurut pemohon petisyen tersebut, petisyen ini digerakkan selepas kes mengejutkan yang melibatkan pelakon terkenal, Kim Soo Hyun dan pelakon Kim Sae Ron tular sehingga mendapat perhatian ramai pihak. Difahamkan, Soo Hyun dikatakan terlibat dalam jenayah seksual terhadap Sae Ron ketika beliau masih di bawah umur.
“Malangnya, undang-undang sedia ada hanya melindungi kanak-kanak berumur 13 hingga bawah 16 tahun, sedangkan definisi ‘kanak-kanak bawah umur’ dalam undang-undang Korea adalah di bawah 18 tahun,” tulis pemohon petisyen itu.
Dalam pada itu, ramai yang menyuarakan kebimbangan bahawa kelemahan undang-undang sekarang membuka ruang kepada pelaku untuk terlepas daripada hukuman, terutamanya dalam kes melibatkan pedofilia dan mangsa bawah umur. Justeru itu, pemohon mencadangkan agar had umur perlindungan dinaikkan serta hukuman diperketatkan.
Selain itu, orang ramai turut berharap agar nama “Undang-Undang Pencegahan Kim Soo Hyun” dijadikan simbol untuk mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan terhadap remaja dan kanak-kanak dalam industri hiburan.
Sekadar info, kerjaya Kim Soo Hyun tergugat selepas keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa bahawa mereka pernah menjalin hubungan selama enam tahun, dari 19 November 2015 hingga 7 Julai 2021 namun pihak pengurusan, Gold Medalist tampil menafikan dakwaan tersebut.
Pada awal April lalu, Kim Soo Hyun bagaimanapun tampil menafikan beliau tidak bercinta bersama Sae Ron ketika di bawah umur. Namun, mengaku menjalin hubungan selama setahun iaitu empat tahun sebelum drama ‘Queen of Tears’ ditayangkan. Kim Soo Hyun juga menegaskan bahawa dirinya bukan penyebab Sae Ron mengambil nyawa sendiri pada 16 Februari 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Imran Ajmain berjaya mengubati kerinduan para peminatnya pada Malam Seribu Tahun yang berlangsung di The Platform, Menara Ken TTDI, Kuala Lumpur.
Menzahirkan rasa kesyukuran, penyanyi lagu popular Selamat Ulang Tahun Sayang itu memaklumkan dia tidak menyangka dapat menghimpunkan 600 peminatnya pada hari pertama konsert tersebut.
“Saya tahu diri ini artis yang bagaimana, dengan pengaruh yang tidak berapa besar. Untuk saya bermula dengana showcase yang dihadiri 60 orang kemudian berjaya adakan konsert yang dihadiri 600 saya betul-betul tidak sangka.
“Saya tiada lagu lain yang popular selain lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang yang orang betul-betul kenal. Yang dekat di hati peminat dua lagu itu sahaja. Saya cuba sedaya upaya setiap tahun dengan lagu baharu tetapi tiada yang melekat,” katanya.
Pada masa sama, Imran turut menzahirkan penghargaan buat para peminatnya yang setia ada sepanjang karier seninya walaupun menyifatkan dirinya hanyalah penyanyi yang biasa sahaja tanpa mempunyai lagu hit menjuarai carta.
“Tetapi untuk mereka (peminat) yang sanggup tunggu dan ada untuk saya, saya amat berbesar hati. Mungkin dengan kejayaan konsert ini saya boleh buktikan seseorang penyanyi itu boleh berjaya dan mempunyai pendapatan yang lestari tanpa popular.
“Saya adalah ‘blueprint’ tersebut, saya tiada lagu viral, tiada lagu hits yang menjuarai carta namun masih ada peminat yang ingin mendekati dan hadir ke konsert, sangat berbangga, alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, penyanyi yang berasal dari Singapura itu mendendangkan lebih 20 lagu antaranya Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Ghaibmu, Intan dan Perak, Hanya Menari, Padam dan Pergi.
Konsert dua malam itu telah menghimpunkan kira-kira 1,200 peminat Imran Ajmain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu terbaru Blackpink, How You Like That menerima reaksi positif daripada peminat diseluruh dunia kerana sewaktu pelancarannya, baru 4 jam sahaja sudah mendapat 20 juta tontonan di YouTube.
Blackpink telah berjaya mencipta rekod apabila mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 1.65 juta semasa tayangan perdana, sekali gus mencipta rekod baru dan memintas tontonan tayangan perdana kumpulan BTS yang mendapat tontonan sebanyak 1.54 juta menerusi lagu ON.
Biasanya, ramai yang akan membuat cover tarian lagu-lagu Blackpink, namun sedikit kelainan yang telah dilakukan oleh penyanyi dan pemuzik, Sissy Imann apabila dia memainkan lagu How You Like That dengan petikan piano.
Johnny Depp akhirnya memilih untuk membuka akaun TikTok selepas kemenangan terhadap kes perbicaraan kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard.
Hal ini juga membuat para peminat di seluruh dunia teruja selepas beliau dilaporkan membuka akaun TikTok miliknya semalam.
Pada waktu artikel ini ditulis, pelakon filem Pirates of the Caribbean itu kini meraih lebih 8,400,000 pengikut dalam tempoh kurang 24 jam selepas membuka akaun di TikTok.
Johnny memuat naik video pertama ala montaj yang menunjukkan dirinya melambai kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.
@johnnydeppTo all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD♬ Stranger – Love Joys
Dalam pada itu, Johnny mengucapkan terima kasih kepada para peminat di ruangan kapsyen.
“Kepada semua penyokong yang sangat setia, tidak berbelah bahagi dan paling dihargai, kita telah pergi ke semua tempat dan juga melihat segala-galanya bersama.
Kita telah melalui jalan yang sama dan mampu melakukan perkara yang betul bersama-sama kerana anda mengambil berat. Kita semua akan maju bersama-sama sekarang.
Anda merupakan majikan saya seperti biasa dan saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi. Salam cinta dan hormat daripada saya.” JD
Video itu telah meraih lebih 16 juta tontonan pada waktu artikel ini ditulis.
Korang dah ikut belum akaun TikTok Johnny Depp ni?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.