Berita

Pesonakan Bintangmu, 12 Dewi Remaja 2025  Sedia Buka Tirai Edisi Ikonik Ke-40

Share

Ikonik. Berprestij. Penuh inspirasi

Selepas empat dekad mencipta legasi, Dewi Remaja kini kembali dengan edisi ulang tahun ke-40 yang cukup istimewa!

Bertemakan Pesonakan Bintangmu, musim kali ini memperkenalkan 12 finalis baharu Dewi Remaja 2025yang sedia memberi warna segar dalam industri hiburan tanah air.

12 Wajah Baharu, 12 Kisah Inspirasi

Barisan finalis kali ini hadir dengan kepelbagaian latar belakang, bakat dan personaliti, cerminan sebenar wajah remaja Malaysia hari ini.

Dheper, 23, Pulau Pinang

Pelajar psikologi dengan pengalaman ratu cantik antarabangsa, yakin mampu jadi suara inspirasi.

Nylea, 23, kuala lumpur

Penari etnik Sabah & Sarawak peringkat kebangsaan yang autentik dan penuh seni.

Camelia, 24, selangor

Pelakon muda berazam kukuhkan nama sambil kekal dengan keaslian diri.

Marisa, 20, Selangor

Finalis termuda bercita-cita jadi usahawan fesyen, membuktikan usia bukan penghalang.

Elisa Chew, 21, Pulau Pinang

Pernah memikul tanggungjawab keluarga sejak remaja, kini berani keluar zon selesa.

Teya, 25, Kuala Lumpur

Model bebas dan pelajar media sosial yang ceria walau pernah diuji diskriminasi.

Suhaila, 24, negeri sembilan

Latar belakang teater, impikan watak beremosi mendalam melalui seni lakon.

Ariana, 23, perlis

Bekas pemain bola sepak kebangsaan & penyanyi jazz, kini mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.

Ellysa Ramlee, 19, Selangor

Berdarah kacukan Chindian-Melayu-Afghan, berbakat dalam seni lukisan & peragaan.

Sharmaine, 25, Sabah

Pelajar undang-undang cemerlang, jadikan kisah keluarga & kesihatan sebagai kekuatan.

Nelysa Kay, 22, kuala lumpur

Penyanyi, penerbit muzik & penari serba boleh dengan pesona seni kreatif unik.

Fittri, 24, perak


Sosok autentik dengan semangat daya tahan luar biasa.

Tonton Eksklusif Bermula 10 Oktober

Dewi Remaja 2025 akan bersiaran pada 10 Oktober 2025, jam 10 malam di Astro Ria (104) & Astro Go. Perjalanan mingguan finalis akan diwarnai tugasan, cabaran dan transformasi sehingga malam finale pada 28 November 2025.

“Sebagai saluran hiburan nombor satu di Malaysia, kami percaya Dewi Remaja 2025 akan terus memperkukuh posisi Astro Ria sebagai rumah kepada program realiti berprestij. Namun lebih daripada sekadar angka tontonan, yang penting adalah bagaimana program ini mampu menyentuh hati penonton dan memberi kesan positif kepada generasi muda. Inilah kekuatan sebenar Dewi Remaja”

-Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria.

Lebih Banyak Konten Untuk Anda!

Selain program utama, penonton juga boleh enjoy dua lagi kandungan eksklusif:

Diari Dewi Remaja – Mulai 6 Oktober, setiap Isnin jam 11 malam. Ikuti behind-the-scenes perjalanan finalis.

Kapsul Dewi Remaja – Mulai 9 Oktober, setiap Khamis jam 10.55 malam. Sorotan mingguan & momen inspirasi.

40 Tahun Legasi Dewi

“Empat dekad lalu, Dewi Remaja menjadi titik mula bagi ramai nama besar yang kini mewarnai industri hiburan tanah air. Tahun ini, kami meraikan legasi itu dengan format baharu yang lebih dinamik, liputan kandungan yang lebih menyeluruh dan barisan finalis yang benar-benar berkualiti”

“Kualiti finalis tahun ini amat membanggakan. Mereka bukan sahaja cantik dan berketerampilan, tetapi hadir dengan bakat dan kisah peribadi yang penuh nilai inspirasi. Inilah definisi sebenar Dewi moden iaitu versatil, berdaya saing, berprinsip dan mampu jadi ikon remaja Malaysia”

-Fiezreen Ahmad, Ketua Unit Bisnes New Gen & Men’s Hobbies merangkap Pengurus Editor Remaja.

Jangan lupa, episod pertama Dewi Remaja 2025 bermula 10 Oktober di Astro Ria & Astro Go! Ikuti juga Diari Dewi Remaja setiap Isnin & Kapsul Dewi Remaja setiap Khamis untuk pengalaman penuh sepanjang musim.

Untuk kemas kini eksklusif, korang boleh terus ke 👉 www.remaja.my

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath