Menurut laporan media tempatan, Malaysia kini berada di permulaan gelombang ketiga COVID-19 berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan sejak kebelakangan ini.
Terbaru, pusat beli belah 1 Utama mengesahkan terdapat seorang lagi seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan semalam.
Seorang staf positif Covid-19
Ads
Kenyataan itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan 1 Utama menerusi Facebook rasmi mereka. Berdasarkan kenyataan, kakitangan tersebut tidak memasuki premis sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.
Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.
Ads
1 Utama segera jalankan proses sanitasi
Pihak pengurusan juga telah membuat pemeriksaan di setiap pintu masuk pusat beli-belah yang dimasuki kakitangan tersebut. Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi mengekang penularan terus berlaku, pihak pengurusan telah mengambil langkah mitigasi awal dengan menjalankan proses sanitasi khusus di kawasan yang berpotensi.
Korang tolong jaga SOP dan jangan merayau merata-rata okay….penulis risau dengar kes-kes posotif Covid19 disekeliling kita ni…huhu
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semua panggung wayang utama Malaysia mengumumkan penjualan tiket filem Avengers: Endgame, ramai yang dah tak sabar nak tunggu tayangannya yang bermula pada 24 April ini.
Dikhabarkan juga, hanya dalam beberapa jam saja selepas pengumuman dibuat, kebanyakan pawagam telah ‘fullhouse’. Lain macam betul penangan filem Marvel kali ini.
Malah, dikatakan juga ada yang mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket filem tersebut dengan harga RM700.
Pergh, biar betul?
Paling latest, katanya terdapat pawagam yang menayangkan filem ini seawal jam 7.30 pagi. Wah, ni kira macam lepas Subuh terus gerak pergi tengok wayang la eh? Hiks!
Respon netizen
Menurut Kakimuvee, lokasi paling awal tayangan Avengers: Endgame di Malaysia adalah di TGV Cinemas Gurney Paragon, Pulau Pinang.
Seawal 7.30 pagi korang dah boleh terus ke pawagam untuk menonton file mini. Tak perlulah nak berasak dengan orang ramai dan tahan mengantuk kalau tak larat nak tengok midnight show. Hehe!
Jangan ada spoiler
Makin tak sabar pula kami nak tonton Avengers: Endgame ni. Belum apa-apa lagi sambutan yang diterima sudah ‘gila’. Agak-agak korang berapa kutipan untuk filem ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagai menuangkan minyak tanah ke dalam api, begitulah perumpamaan yang boleh kita katakan terhadap segelintir masyarakat yang menimbulkan situasi atau sebarang provokasi yang mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial di tengah ketegangan kemelut politik di Malaysia.
Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) terpanggil untuk memberi komen dan pandangannya melihat kepada situasi ini.
Menurut beliau melalui perkongsian di media sosial, usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Malah, president Ph ini turut menyeru Ketua Polis Negara dan PDRM agar menjalankan tugas dengan segera agar tidak menggugat kemajmukan Malaysia.
PDRM Pantas Bertindak
Dari pemantauan kami, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah pun mengeluarkan amaran berikutan PDRM mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pembentukan kerajaan.
“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.
“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi Parlimen diikuti Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Apa-apapun moga negara Malaysia tercinta ini terus maju dan harmoni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pemilikan anak beruang matahari pada minggu lalu masih belum surut lagi, sudah timbul satu lagi berita sedih melibatkan spesis beruang.
Animal lovers, get your tissues ready.
Seekor anak beruang hitam telahpun ditembak mati oleh pihak perlindungan haiwan rasmi di Amerika Syarikat selepas haiwan itu didapati terlalu ‘manja’ dan terbiasa dengan interaksi bersama orang awam seperti mengambil selfie.
Err, what?
Sejak 4 Jun lalu, balai polis daerah di Washington dan Jabatan Perikanan Oregon menerima beberapa panggilan telefon mengenai anak beruang jantan yang dilihat popular di media sosial selepas orang awam acapkali memuat naik foto serta video bersamanya.
Ramai yang gusar mengenai nasib anak beruang tersebut yang dilihat seakan tersesat di kawasan hutan awam.
Menurut laporan, bukan hanya selfie yang ‘dilayan’ oleh anak beruang itu. Malah, orang awam turut meninggalkan sisa makanan kepadanya dan ia sering menghabiskan.
Tak lama kemudian pada 11 Jun (Selasa lalu), pihak berkuasa kembali menerima 2 panggilan berkenaan anak beruang itu yang menghampiri kawasan aktiviti bot di tasik Henry Hagg.
Serta-merta, pihak berkuasa memberi amaran agar orang ramai tidak mendekatinya sementara mereka cuba untuk mengalihkan haiwan tersebut ke kawasan hutan.
Seperti mana-mana kes haiwan liar, pihak biologis akan cuba mengalihkan perhatian, dan menangkap haiwan terbabit. Namun semasa di tempat kejadian, mereka mendapati ia sedang asyik mengunyah benih Bunga Matahari (sunflower seeds) dan jagung.
Ia juga tidak takut dengan keberadaan pihak berkuasa di situ dan menurut pakar, situasi seperti ini lebih membahayakan kerana anak beruang boleh mengancam secara tiba-tiba kerana sudah ‘terbiasa’ dengan kawasan sekeliling. Kawasan itu telahpun dianggapnya sebagai habitat.
“Inilah sebab utama kami menggesa untuk tidak memberi makan kepada haiwan liar. Walaupun kamu mempunyai niat baik, beruang tidak patut diberikan makanan kerana ia akan ‘terikat’ dengan kawasan itu dan jika dibiarkan lapar, ia akan mengancam nyawa penduduk sekeliling.
“Apabila kami cuba mendekatinya, ia juga tak menunjukkan tanda-tanda ingin lari. Itu bererti ia sudah terbiasa dengan interaksi orang awam dan ia adalah ancaman kepada sesiapa yang mendekatinya,” kata Rick Swart mewakili Jabatan Perikanan Oregon.
Kes seperti ini selalu dikategorikan sebagai ‘Habituated Animal’ dan haiwan tersebut tidak boleh dibiarkan sebegitu mahupun dibawa pulang ke habitat. Pihak berkuasa memutuskan untuk membunuh anak beruang itu walaupun dalam keadaan terpaksa.
Untuk pengetahuan, lebih 30 ekor beruang hitam telah dibunuh di Oregon sejak tahun 2007 di bawah akta undang-undang yang membolehkan penduduk sekitar menembak jika ia mengganggu kawasan kejiranan.
Sedih memanglah sedih, tapi kes ini adalah pengajaran untuk semua. Jika terjumpa haiwan liar, jangan pula kita mengambil selfie, memberi ia makan ataupun membawanya pulang untuk merawat.
Telefon pihak berkuasa atau Jabatan PERHILITAN agar mereka boleh pantas membantu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!