Minggu lalu, kecoh sebentar dunia media sosial tempatan setelah seorang peniaga yang dikenali sebagai Jannatul Sobah atau Sobah Rajaai menerima kecaman sewaktu dirinya menjayakan sesi tutorial secara langsung di TikTok bagi berkongsi ilmu solekan.
Biarpun niatnya ikhlas untuk berkongsi, sesi tersebut bertukar sedikit negatif setelah ruangan komen dicemari oleh komen warganet yang mengecam aspek fizikal Sobah dan melontarkan kata-kata berbaur face shaming secara keterlaluan.
Kejadian tersebut telah menarik perhatian masyarakat termasuklah nama besar seperti penyanyi Yuna dan Aizat yang memberikan sokongan kepada Sobah dan berharap agar dirinya tidak mempedulikan komen-komen tidak berasas warganet.
Tidak lama kemudian, Sobah membuat satu hantaran di akaun Facebook dan berkata sejujurnya dia terkesan dengan segelintir masyarakat yang suka mengecam. Dia hanya buat sesi live video di TikTok untuk berkongsi ilmu, sebaliknya lain pula yang difikir oleh masyarakat.
*
Ads
Bangkit dengan penuh bersemangat, gadis ini telah tampil dengan transformasi menakjubkan hasil riasan seorang jurusolek yang dikenali sebagai Syakirah Syabari.
Jurusolek tersebut berkongsi gambar dan video solekan yang dilakukan terhadap Sobah Rajaai dan hasilnya nyata tidak mengecewakan!
Sesi solekan berkenaan dirakam dan dimuat naik ke akaun Facebook Syakirah. Rata-rata memuji kecantikan gadis ini selepas sesi tersebut.
Ads
Ads
Di sini, kami ingin menjelaskan bahawa kecantikan asli sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Tanpa mengenakan solekan pun, jika hati kita bersih dan ikhlas, aura positif itu akan sentiasa terpancar pada wajah.
Dengan sedikit bantuan solekan ini, ia akan menambah seri kepada wajah sesiapa termasuklah Sobah.
Semoga Sobah lebih kuat dan terus maju jaya dalam perniagaan yang diceburi.
Nama Caprice cukup hangat kebelakangan ini apabila dia mengulas pelbagai isu-isu sensitif di Malaysia.
Kini dalam satu hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli, menyatakan yang dia terasa dihina oleh pusat membeli belah terkemuka, Mydin sehingga menyebabkan dirinya berasa tidak selamat.
Menurut tulisan di kapsyen hantaran Instagram yang dipercayai penjelasan daripada peguam, “Disebabkan siaran oleh @mydinmalaysia 19 Oktober, klien kami telah mengalami penghinaan oleh jenama dan kedai yang dia kerap membeli-belah.
“Disebabkan oleh penghinaan awam ini, pelanggan kami tidak lagi berasa selamat dan akan selamanya trauma oleh pembeli, pekerja, dan pelanggan dari @mydinmalaysia.”
Seiring dengan kenyataan tersebut, pihak Caprice mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang. “Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap @mydinmalaysia boleh mengeluarkan permohonan maaf video dan pampasan untuk penyiaran melulu oleh jenama terkenal di ruang awam,” jelas hantaran itu lagi.
Hantaran di Instastory Caprice dengan tajuk SAMAN RM30 JUTA
Ciapan yang dilakukan oleh Mydin di laman Twitter mereka sebelum ini menampilkan gambar serbuk teh, beras dan topi dengan kapsyen berbunyi, “Mula-mula ingat nak beli tea je sekali terbeli cap dengan rice.
“Bila sampai rumah rasa macam tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib baik Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam.”
Di Instastory, Caprice menyatakan kekecewaan apabila pihak Mydin memuat naik ciapan seolah-olah memerli dirinya.
Memetik sebahagian kata-kata yang ditulisnya, “Secara jujur saya terkejut dan kecewa apabila jenama yang saya kagumi dan sokong memerli saya sedang mana kita sedang berlawan dengan kes besar. Dan kepada sesiapa yang tidak puas hati dengan saya, saya mahu minta maaf jika cara Caprice ni kasar bermula dari kes PU lagi.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita biasa mendengar insiden di luar negara di mana pelajar menembak secara rambang di sekolah mahupun universiti akibat tekanan.
Dalam beberapa insiden yang pernah menggemparkan dunia, kebanyakan alasan pelajar yang menyerang menggunakan senjata api dan menembak ke arah rakan-rakan kerana kemurungan dan kes buli.
Dalam banyak kes dilaporkan ada pelajar dan guru maut kerana tembakan dilepaskan secara rambang sebelum penyerang ditembak mati atau ditangkap oleh pihak berkuasa yang dihubungi.
Berlainan dengan insiden sebelum ini, ternyata kuasa pelukan dan kasih sayang seorang guru, Keanon Lowe berjaya melembutkan hati seorang pelajar, Angel Granadoz-Diaz dari melepaskan tembakan meskipun di tangannya terdapat pump gun selain sepucuk pistol.
Dilihat sebagai hero dalam kejadian yang menerima pujian dunia ini yang berlaku di Parkrose High School, Oregon dilihat Lowe yang juga seorang jurulatih bolasepak bertindak memeluk Granadoz sambil menyuruh pelajar itu melepaskan pump gun tanpa melepaskan pelukan terhadap pelajar terbabit.
Meskipun pelajar itu dilihat cuba melawan tapi ternyata dengan kasih sayang dan pelukan mampu meredakan kemarahan hatinya sebelum pump gun di tangannya diambil oleh guru lain. Sebelum pump gun itu diambil, sepucuk pistol turut terjatuh. Dalam video tersebut, jelas kelihatan Lowe langsung tidak melepaskan pelukan sehingga keadaan benar-benar reda.
Pihak polis yang tiba tidak lama kemudian menahan pelajar terbabit.
Dalam satu kenyataannya, Lowe berkata, semasa kejadian getir itu, dia nekad bertindak.
“Saya lihat mukanya. Saya pandang tepat ke dalam matanya. Masa yang sama saya melihat pump gun di tangannya. Ia senapang yang betul dan bukan mainan. Saat itu saya tahu, saya harus bertindak dengan betul menurut naluri saya,” katanya selepas insiden berlaku.
Malah pihak polis turut menyifatkan tindakan Lowe sebagai berani.
“Ia juga satu momen yang cukup baik. Lowe melakukan tugas dengan sangat baik dan berjaya menyelamatkan nyawa orang lain dan keselamatan pelajar itu sendiri,” kata Sarjan Brad Yakots dari Portland Police.
Hebatkan kuasa pelukan dan kata-kata yang lembut, mampu meredakan hati orang yang marah dan apa yang pasti mampu menyelamatkan dari orang lain menjadi mangsa tembakan. Sumber : New York Post
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya satu Malaysia tahu tentang isu syarikat kurier J&T ni kan. Yelah…hati mana yang tidak terkesan apabila melihat nasib bungkusan barang yang dibeli dengan duit kita sendiri secara atas talian dibaling, disepak begitu saja oleh para pekerja syarikat kurier.
Susulan daripada hal ini mesti ramai yang tertanya-tanya termasuklah penulis tertanya kepada diri sendiri, siapa yang akan bertanggung jawab kalau barang pengeposan itu rosak atau hilang. Adakah penjual yang perlu bertangungjawab atau pihak syarikat kurier itu sendiri. Atau itu tanggungjawab pembeli sendiri….Hmmm
Lantas, seorang peguam yang sering berkongsi tentang hak pengguna di laman sosial, Puan Nor Zabetha pada kali ini menjelaskan mengenai hak pengguna apabila barang yang diterima rosak.
Ikuti Perkongsian Peguam ini :
Apa hak pengguna, apabila barang yang diterima rosak?
Misalnya insiden barangan J&T yang dikendalikan secara kasar.
Saya tolak tepi isu komisen, isu marah dengan majikan, isu hak pekerja.Saya hendak fokus kepada hak pelanggan iaitu penghantar/penerima barangan.
Ada banyak diruang komen berkenaan aduan barangan yang diterima rosak, pecah dan bungkusan macam ‘belacan’.
Isu dalaman J&T kita ketepikan dahulu. Bak kata pepatah “Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar”. Janganlah pasal hal dalaman, kita pelanggan pula terkena. Tak patut.
Andai kata ada menerima barangan rosak oleh J&T kerana situasi ini, saya telah membuat semakan kepada terma dan syarat bagi penghantaran oleh J&T. Setakat mana hak kita? Apakah situasi yang boleh kita tuntut?
Secara ringkasnya terma tersebut sangatlah kuat dan sangat menyebelahi J&T tetapi masih ada ruang, cara dan langkah-langkahnya kepada kita sebagai pelanggan.
Selaras dengan terma dan syarat J&T ini cara-cara hendak menuntut barang rosak atau pecah akibat insiden baru-baru ini:
Cara-Cara Tuntutan Barangan Rosak Atau Pecah
Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam. Terlepas 48 jam ini, J&T ada hak untuk tolak permohonan kita (Klausa 16.3 terma dan syarat)
1.Aduan atau claim boleh call hotline 24 jam mereka iaitu 1300-80-9000 atau email seperti dalam Gambar 1 dibawah.
2. Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis.
Jadi kalau kalian adalah penerima, dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.
3. Perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.
4 . Sediakan juga gambar-gambar kerosakan.
J&T bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya. Maksudnya kalau barang mudah pecah perlu balut elok-elok dan jenis serta berat barangan perlu isytihar betul-betul.
Jika penghantar gagal mematuhi syarat ini, secara asasnya kalau barangan rosak, ianya bukanlah kesalahan J&T dan penghantar perlu menanggung kos dan kerugian akibat barangan rosak. Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.
5. Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya.
Misalnya bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.
Contoh, harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130.00. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja.
Situasi lain, sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.
Harganya berbeza, kalau domestik yang lebih 2.01kg, maksimum boleh tuntut RM300. Manakala barangan dari luar negara, maksimum RM400 tetapi ganti rugi akan diberikan kepada jumlah terpaling rendah berdasarkan siasatan dan semakan J&T.
Mesti ramai yang kata tidak berbaloi bukan? Kalau barangan ribu ringgit. Yang rosak ribuan ringgit tetapi boleh tuntut hanyalah RM300. Sedangkan dalam video kelihatan barangan dikendalikan dengan ganas.Tak adil!
Memanglah ada terma dan syarat dan terikat tetapi jelas dalam video, barangan diperlakukan sedemikian rupa. Langsung tidak ikut SOP atau terma dan syarat.
Pada saya ini adalah pengingkaran terma iaitu mereka sepatutnya mengendalikan barangan dengan baik. Kalau sekiranya mereka ikut SOP atau terma tetapi apakan daya barangan rosak, faham juga. Tanpa disengajakan.
Tetapi kalau secara jelas, dicampaknya barangan kita ini. Tidak patut kerana kita meletakkan kepercayaan serta melantik mereka untuk mengendalikan dengan baik.
Seperti mana kita mematuhi terma dan syarat penghantaran. Begitu juga mereka. Jika mereka telah mengingkari, maka kita boleh mengemukakan saman kerana perbuatan mengingkari terma sehingga menyebabkan kita hilang ribuan ringgit.
Pasangan selebriti terkenal, Mimi Lana dan Syafiq Kyle, hari ini selamat diijabkabulkan.Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Andai Tiada Dia itu menerusi entri...