Baru-baru ini, Donghae dan Eunhyuk daripada Super Junior mencuri perhatian ramai apabila mereka secara terbuka berkongsi alasan sebenar mengapa kumpulan legenda K-Pop itu hampir sentiasa tampil lengkap dalam setiap aktiviti berkumpulan.

Menerusi satu sesi rancangan podcast episod terbaru di Youtube ‘IAMDONGBAEK’, Donghae menjelaskan bahawa Super Junior sebenarnya tidak pernah meletakkan sebarang paksaan terhadap ahli-ahlinya untuk menyertai aktiviti kumpulan. Sebaliknya, setiap ahli diberi kebebasan penuh untuk membuat keputusan sendiri serta merancang masa depan masing-masing mengikut keselesaan.

Menurut Donghae, sikap saling menghormati itu menjadi salah satu faktor utama yang membuatkan hubungan antara ahli Super Junior kekal erat walaupun masing-masing mempunyai jadual dan fokus kerjaya yang berbeza. Pendekatan ini juga membuktikan kematangan kumpulan tersebut setelah hampir dua dekad berada dalam industri hiburan.

“Kalau Tak Ada, Nanti Kena Kutuk” Donghae & Eunhyuk ‘Spill’ Rahsia Super Junior Jarang Tinggal Ahli Walaupun Jadual Padat “Kalau Tak Ada, Nanti Kena Kutuk” Donghae & Eunhyuk ‘Spill’ Rahsia Super Junior Jarang Tinggal Ahli Walaupun Jadual PadatNamun, suasana serius itu bertukar menjadi lebih santai apabila Eunhyuk tidak dapat menahan ketawa sebelum mendedahkan satu ‘rahsia’ yang jarang diketahui peminat. Dengan nada berseloroh, Eunhyuk berkongsi bahawa sebenarnya ada satu sebab lucu di sebalik kehadiran hampir semua ahli dalam setiap pertemuan kumpulan.

Menurut Eunhyuk, jika ada ahli yang tidak hadir dalam sebarang perjumpaan atau aktiviti Super Junior, ahli tersebut berisiko menjadi bahan bualan rakan-rakan sendiri. Selain itu, rasa tidak mahu tersisih daripada kumpulan turut menjadi faktor penting. 

Ads

“Kami takut dengan perkara macam itu,” katanya sambil ketawa, merujuk kepada budaya saling mengusik dan bergosip sesama mereka.

“Kami tak mahu rasa tersisih daripada ahli-ahli lain,” jelasnya, menggambarkan betapa kuatnya ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka sejak sekian lama.

“Kalau Tak Ada, Nanti Kena Kutuk” Donghae & Eunhyuk ‘Spill’ Rahsia Super Junior Jarang Tinggal Ahli Walaupun Jadual Padat “Kalau Tak Ada, Nanti Kena Kutuk” Donghae & Eunhyuk ‘Spill’ Rahsia Super Junior Jarang Tinggal Ahli Walaupun Jadual Padat

Ads

Pada masa yang sama, Donghae turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengakui bahawa kehadiran dalam aktiviti kumpulan sering menjadi pilihan bersama.

“Akhirnya kami akan buat bersama-sama juga, sebab mereka pasti akan bercakap tentang saya di belakang,” katanya secara berseloroh.

Ads

Perkongsian jujur dan penuh humor daripada Donghae dan Eunhyuk ini bukan sahaja menghiburkan peminat dan juga tetamu jemputan pada waktu itu iaitu Hyoyeon daripada Girls Generation, malah memperlihatkan dinamika persahabatan Super Junior yang masih kukuh hingga ke hari ini, sekaligus membuktikan bahawa keserasian dan keakraban menjadi rahsia sebenar kelangsungan kumpulan ikonik tersebut.

Sumber: Youtube IAMDONGBAEK

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads