
Setiap tahun, ada saja acara larian besar-besaran yang membuatkan ramai orang ternanti-nanti menunggu.
Salah satu daripadanya ialah larian yang dianjurkan oleh Ice-Watch di bawah Habib Group. Apa yang penulis gemari mengenainya adalah energy yang diberikan oleh penganjur dan peserta pada setiap tahun.
Ia juga terkenal sebagai larian berwarna-warni disebabkan warna baju yang diberi dan props glow stick pada tahun-tahun sudah.



Namun untuk tahun 2019, Ice-Watch melakukan sedikit perubahan di mana larian yang bertema Light Up The Day Run 2019 ini akan dianjurkan pada waktu pagi.
Bertempat di IOI City Mall Putrajaya pada 8 Disember ini, korang boleh membawa kawan dan ahli keluarga untuk turut sama berlari, have a great time dan menghabis masa dengan aktiviti sihat.
Ia terbuka kepada 2 kategori iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Bagi mereka yang mencatatkan masa pantas untuk setiap kategori tersebut, tentunya Ice-Watch juga ada menyediakan hadiah menarik untuk korang!

Selain daripada acara Light Up The Day Run 2019, peserta juga boleh melihat model-model jam cantik dan terbaru dari Ice-Watch dan stor Time Zone Malaysia di Habib Group Exhibition yang bertempat di aras Ground Floor, bangunan IOI City Mall pada hari tersebut.
Antara model jam terbaru yang akan berada di sana termasuklah koleksi ICE on Fire yang baru dilancarkan semalam.


Terbahagi kepada 4 rekaan berwarna merah putih, jam tangan ini mempunyai tali silikon dan hanya dijual pada harga RM339. Berbaloi kan!
*
Untuk info lanjut tentang Ice-Watch Light Up The Day Run 2019, korang boleh kunjungi laman web The Marathon Company. Pendaftaran sudahpun dibuka secara online di racexasia.com.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 14 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/sydney.jpg)
Dalam kemelut kita melawan wabak Covid-19 daripada terus merebak, ada beberapa perkara positif yang terjadi akibat arahan kuarantin di kebanyakan negara.
Seperti di Malaysia, kita sendiri dapat meluangkan masa dengan efektif bersama ahli keluarga di rumah. Malah, keadaan langit kita dilihat lebih jelas. Penulis sendiri dapat melihat bandaraya Shah Alam dengan jelas dari Subang Jaya!
Begitu jugalah keadaan di bandaraya Utama seluruh dunia. Kawasan tumpuan pelancong seperti Times Square New York bertukar menjadi ‘ghost town’. Kafe-kafe di pesisir jalan raya di Milan juga sudah tidak berpenghuni pada awal pagi.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 15 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/milan.jpg)
Kesemua itu dibidik dalam bentuk foto oleh jurugambar yang dilantik oleh The New York Times di serata dunia. Ada yang beranggapan imej berikut kelihatan seperti dalam filem. Ada juga yang merindui ‘human interaction’ apabila melihatnya.
Cer tengok beberapa imej yang kami pilih.
LONDON
Kosong pada waktu puncak, ini bukan lagi London yang kita kenali.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 16 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/london.jpg)
MUNICH
Stesen subway kini tanpa penumpang.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 17 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/munich.jpg)
MOSCOW
Persembahan masih diteruskan untuk tontonan online.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 18 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/moscow.jpg)
LOS ANGELAS
Pantai di Santa Monica yang selalunya sibuk dengan pengunjung walaupun pada hari bekerja kini kosong.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 19 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/los-angelas.jpg)
NEW YORK
Ini bukanlah bangunan yang baru siap dibina. Hub pengangkutan Utama di New York tidak pernah kelihatan sekosong ini.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 20 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/new-york.jpg)
SRINAGAR INDIA
Kawasan ini begitu popular di kalangan pelancong kerana pemandangannya yang indah. Kini, hanya pengusaha bot saja yang tinggal.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 21 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/india.jpg)
ROME
Itali merupakan antara negara yang kini teruk dilanda wabak Covid-19. Lihat sajalah pemandangan bandaraya Roma dari Spanish Steps ini.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 22 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/rome.jpg)
SYDNEY
Tiada lagi tawa gembira daripada pelancong yang selalunya mengerumuni kawasan anak tangga di Sydney Opera House.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 23 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/sydney.jpg)
HONG KONG
Hanya persembahan lampu saja yang membuatkan Hong Kong ‘hidup’ pada waktu malam.
![[ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia 24 [ FOTO ] The New York Times Kumpulkan Imej Bandaraya Kosong Seluruh Dunia](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/03/hong-kong.jpg)
*
Apa pendapat korang, mengerikan atau menawan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
15 Filem Tempatan & Antarabangsa Yang Bakal Ditayangkan Sepanjang September Ini

Sudah lama rasanya pawagam tidak menayangkan filem-filem terbaru kerana situasi pandemik COVID-19. Banyak juga filem yang telah pun menangguhkan tayangan kerana tidak mahu menanggung kerugian akibat tiada orang menonton di pawagam.
Namun, sedikit demi sedikit penerbit filem antarabangsa dan tempatan telah pun membenarkan filem mereka ditayangkan di panggung wayang. September ini ada beberapa filem baru yang boleh korang tonton.
Let’s check this out!
1. The Eight Hundred
Tarikh tayangan: 3 September 2020
Pelakon: Jiang Wu, Li Chen, Zhang Yi
Semasa perang di Shanghai pada tahun 1937, 800 orang tentera Cina perlu melindungi Gudang Sihang daripada tentera Jepun.
2. Mulan
Tarikh tayangan: 4 September 2020
Pelakon: Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet Li
Filem ‘live action’ ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera.
3. Antebellum
Tarikh tayangan: 10 September 2020
Pelakon: Janelle Monáe, Marque Richardson, Eric Lange, Jack Huston, Kiersey Clemons, Tongayi Chirisa, Gabourey Sidibe, Robert Aramayo, Lily Cowles, Jena Malone
Menyedari dirinya terperangkap dalam realiti yang mengerikan, kini penulis terkenal Veronica Henley perlu mencari jalan keluar dan menyelesaikan misteri mimpi ngeri itu sebelum terlambat.
4. Break The Silence: The Movie
Tarikh tayangan: 10 September 2020
Pelakon: RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, Jungkook
Sebuah dokumentari yang memaparkan rakaman konsert jelajah kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, BTS, “Love Yourself: Speak Yourself” yang berlangsung di Los Angeles, Chicago, New York, São Paulo, London, Paris, Osaka, Shizuoka, Riyadh, dan Seoul pada 2019.
Mereka juga merupakan kumpulan muzik Korea pertama yang membuat persembahan di Stadium Wembley, London. Selain itu, ia turut menampilkan klip dan rakaman di sebalik tabir konsert, serta kisah-kisah peribadi yang diceritakan sendiri oleh tujuh ahli kumpulan itu.
5. Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2
Tarikh tayangan: 10 September 2020
Pelakon: Chelsea Islan, Baskara Mahendra, Hadijah Shahab, Widika Sidmore, Karina Salim, Arya Vasco
Dua tahun selepas berjaya menyelamatkan diri daripada kuasa jahat yang menghancurkan keluarganya, Alfie dan adiknya Nara cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Biarpun cuba melupakan masa lampaunya, namun dia masih dihantui gambaran-gambaran menakutkan. Alfie menyedari akan bahaya yang bakal dihadapi bersama rakan-rakannya apabila muncul satu entiti jahat yang ingin membunuh mereka.
6. A. I. Amok
Tarikh tayangan: 10 September 2020
Pelakon: Takao Osawa, Kento Kaku, Alice Hirose, Takanori Iwata, Masahiro Takashima
Berlatarbelakangkan tahun 2030 di Jepun, di mana kepintaran buatan (AI) digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk bidang perubatan, kewangan dan keselamatan. Saintis pintar Kosuke Kiryu telah mencipta sebuah sistem AI untuk digunakan bagi tujuan perubatan. Namun ciptaannya tidak diterima pihak kerajaan memandangkan tiada bidang kuasa yang berkaitan, menyebabkan dia gagal menyelamatkan isterinya yang sakit tenat. Dia membuat keputusan untuk bersara dan meninggalkan Jepun selepas kematian isterinya.
Beberapa tahun berlalu dan ciptaannya akhirnya diiktiraf dan digelar NOZOMI, yang mana ia berjaya menyelamatkan orang ramai. Bagaimanapun, apabila dia bersedia untuk pulang ke Jepun, selepas dihubungi abang iparnya, yang juga rakan penyelidikannya, ciptaan Kosuke mula hilang kawalan dan memilih orang untuk dibunuh. Dituduh sebagai pengganas, kini Kosuke perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan ciptaanya sebelum ia mula membunuh.
7. Ada Apa Dengan Dosa
Tarikh: 10 September 2020
Pelakon: Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi
Aurora merupakan remaja berusia 19 tahun yang dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam. Namun, setelah mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah anak luar nikah, Aurora hampir bunuh diri akibat tertekan.
Dia kemudiannya dibantu oleh Khaliq dan pulang ke Malaysia untuk mencari ibu dan bapa kandungnya. Sementara itu, ibu kandungnya, Siti Zahrah, masih dihantui dengan dosa silam, manakala ayah kandungnya pula, Ustaz Aariz, seorang ustaz terkenal, cuba lari dari dosa silam dan tidak mengaku Aurora adalah anak kandungnya demi menjaga reputasinya.
8. The Widow
Tarikh tayangan: 17 September 2020
Pelakon: Viktoria Potemina, Anastasiia Gribova, Margarita Bychkova
Selama 30 tahun, ramai orang didapati hilang di dalam kawasan hutan di utara St. Petersburg, Rusia. Hanya beberapa mayat sahaja yang ditemui, dan selebihnya hilang begitu saja. Penduduk tempatan percaya ia adalah angkara satu roh jahat yang tinggal di sana. Sekumpulan sukarelawan mengembara ke hutan itu pada 14 Oktober 2017 untuk mencari seorang remaja yang hilang tetapi sejak hari itu tiada lagi khabar berita mengenai mereka. Mereka dipercayai telah diculik oleh roh jahat yang sama, dikenali sebagai The Widow.
9. Deliver Us From Evil
Tarikh tayangan: 17 September 2020
Pelakon: Hwang Jung-Min, Lee Jung-Jae, Park Jung-Min, Choi Hee-Seo
Setelah menyelesaikan kontrak terakhirnya, pembunuh upahan In-nam bergegas ke Thailand apabila mendapat tahu bahawa kemungkinan salah seorang ahli keluarganya telah menjadi mangsa kes penculikan yang berlaku di sana. Dia disertai oleh Yui, yang bekerjasama untuk menyiasat dan mencari mangsa penculikan tersebut. Pada masa yang sama, In-nam turut berada dalam buruan Ray, selepas mendapati adiknya telah dibunuh oleh In-nam.
10. Kutuk
Tarikh tayangan: 17 September 2020
Pelakon: Shandy Aulia, Alice Norin, Stuart Collin, Vitta Mariana
Maya kerap terhidu bau busuk di biliknya dan mendengar suara-suara aneh setiap malam di rumah jagaan warga emas tempatnya baru mula bekerja. Dia turut diganggu satu kelibat wanita yang berpakaian jururawat sama sepertinya. Pemilik rumah itu, Elena, cuba membantunya, namun kehadirannya tidak disenangi oleh Gendis.
Pada masa yang sama, dia turut mengenali seorang pekerja rumah jagaan warga emas bernama Reno, yang memberi amaran kepadanya supaya segera meninggalkan rumah itu. Apabila seorang demi seorang orang di sekelilingnya mati, Maya cuba mencari jalan untuk menamatkan gangguan-gangguan aneh yang menghantui rumah itu, tanpa menyedari bahaya yang menantinya.
11. Miimaland
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Pelakon: Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Camelia Natasya kmn, Hazzy Alzeeq, Zalif Sidek
Sebuah filem seram arahan Nevin Hiong. Ia dibintangi oleh Fattah Amin sebagai Ariel, yang ingin menyiasat misteri taman tema terkenal pada tahun 1990-an, Mimaland. Taman tema yang dibuka sejak 1971 itu dibiarkan terbengkalai selepas berlakunya tanah runtuh pada tahun 1994.
12. The Specials
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Pelakon: Vincent Cassel, Reda Kateb, Hélène Vincent, Bryan Mialoundama
Bruno dan Malik melakukan kerja-kerja sosial selama 20 tahun di bawah dua buah syarikat organisasi tidak berasaskan keuntungan, The Hatch dan The Shelter. Mereka mengambil kanak-kanak, remaja autism serta golongan tidak berkemampuan untuk dijaga. Mereka tidak bimbang dengan kekurangan yang ada pada golongan ini, sebaliknya melihat ia sebagai peluang untuk meneroka potensi yang ada pada setiap insan istimewa ini.
13. Unhinged
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Pelakon: Russell Crowe, Gabriel Bateman, Caren Pistorius
Perbuatannya membunyikan hon kereta kepada seorang lelaki tidak dikenali ketika bergegas ke tempat bekerja menyebabkan Rachel, seorang ibu tunggal, kini berdepan bahaya. Sejak itu, Rachel mendapati lelaki misteri itu sering mengekorinya dan orang-orang yang rapat dengannya menjadi mangsa serangan lelaki itu.
14. Let It Snow
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Pelakon: Ivanna Sakhno, Alex Hafner, Tinatin Dalakishvili
Ketika menyelinap masuk ke sebuah kawasan larangan untuk meluncur salji, Mia terpisah dengan tunangnya. Kini dia bukan sahaja perlu meneruskan hidup di dunia luar, tetapi juga menyelamatkan diri daripada seorang lelaki misteri bertopeng dan berpakaian hitam yang sedang memburunya.
15. Re: Zero- Starting Life In Another World
Tarikh tayangan: 24 September 2020
Setelah memasuki sebuah dunia lain ketika pulang ke rumah dari kedai serbaneka, pelajar sekolah tinggi Natsuki Subaru mendapati dirinya keliru dan sesat di dalam dunia tersebut. Dia kemudiannya bertemu seorang gadis jelita berambut perak, satu-satunya orang yang ingin berkawan dengannya. Sebagai tanda terima kasih atas kebaikannya, Natsuki membuat keputusan untuk membantu gadis itu mencari barang kepunyaannya yang hilang.
Selamat menonton!
Sumber: cinema.com.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbekalkan Hanya Air Liur, Aktivis Masyarakat Dedah Remaja Serah Tubuh Pada Suami Orang

“Abg puji saya cantik.Tiap kali keluar, abg romantik, selalu nak pegang tangan, takut orang lain usik. Saya jatuh hati kerana dia selalu call dan whatsapp. Saya mmg syg abis padanya.
Abg siap puji body saya menggiurkan. Sebab cinta sangat, saya tak kisah pun tidur dengannya walaupun tahu dia suami orang. Bila ngandung, abg mula cakap mcm-mcm dan mula jauhkan diri. Saya buntu, nasib baik Kak Pah sudi bantu saya,” kata Siti, 21 tahun.
Hanya berbekalkan air liur, menabur janji-janji manis, mahu sehidup semati, menggapai bulan bintang bersama-sama, sudah ramai gadis remaja terpedaya dengan janji manis suami orang.

Tak perlu bayar apa-apa, hanya ungkapkan sedikit kata-kata manis, abang sayang adik, adik paling cantik dan hanya nama adik di dada abang, ada gadis sanggup serahkan dara masing-masing kerana berasakan diri mereka gadis pujaan si abang temberang.
Hal ini didedahkan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, 44 yang melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan di utara tanahair sejak beberapa tahun ini

Baru menubuhkan sebuah perlindungan atas nama Rumah Jariah (bermaksud sedekah) di Sungai Petani sejak tiga bulan lalu namun jumlah remaja yang “keluar masuk’ ke rumah ini agak membimbangkan. Kebanyakan mereka mengandung dan kemudian ditinggalkan oleh kekasih.
“Dari perbualan dengan mereka, boleh dikatakan semua remaja ini datang dari keluarga yang bercerai berai. Anak-anak kurang mendapat perhatian. Bila bertemu lelaki hidung belang, khususnya suami orang, kebanyakannya rasa sudah cukup bahagia.
“Pada pandangan saya, mereka ini masih naif dengan masa depan. Pada diri remaja, bila ada orang mahu jadikan mereka kekasih, itu dianggap satu kebanggaan. Tanpa sedar, itulah perangkap awal untuk diri mereka.
“Dibawa makan ke sana sini, diberikan sedikit wang saku, lama-kelamaan, mereka sanggup serahkan dara. Bila dah mengandung mulalah tak tentu arah kerana tak tahu hendak tutup malu,” dedahkan kepada Majalah Remaja.
Dedah aktivis masyarakat ini lagi, kebanyakan remaja yang kurang kasih sayang, adalah remaja yang paling tinggi mencatatkan jumlah kehamilan anak luar nikah kerana mereka mempercayai cinta itu wujud.
Tapi sayangnya, mereka meletak cinta pada lelaki yang salah. Lelaki yang suka memperdaya perempuan. Lelaki yang bernafsu buas. Lelaki yang hanya mahu sedap tapi tak mahu bertanggungjawab.
Remaja pula, bila tahu diri sudah mengandung, mulanya tak tahu nak buat apa. Bila kejar lelaki yang membuatkan mereka mengandung, macam-macam alasan didengar.
Tak sanggup ceraikan isterilah, kasihan pada anak-anak yang ada. Bini mula mengamuk. Gaji tak cukup untuk punya dua bini. Akhirnya, ditinggalkan begitu saja.


Gadis duduk dalam reban ayam
Tidak hanya gadis terpedaya janji manis lelaki miang, Natipah Abu pernah menyelesaikan satu kes remaja yatim piatu yang pada hari ini bakal berkahwin secara sah dengan pasangannya selepas tinggal serumah selama tiga tahun sehingga lahir seorang anak luar nikah.
Kesnya agak menyedihkan kerana kedua ibu bapanya meninggal dunia selang seminggu. Bermula dari ibunya ditangkap kerana tiada permit kerja, ayahnya jatuh sakit kerana terperanjat. Selang beberapa hari suaminya meninggal, isteri mengikut kerana kesedihan.
Dari cerita remaja ini kepadanya, kongsi Natipah Abu hidupnya tak tentu arah. Hanya harap ehsan kawan-kawan sampailah dapat boyfren yang kerjanya biasa-biasa saja.
Sebab sama-sama hidup susah, mereka pernah tinggal dalam reban ayam dalam keadaan gadis ini sarat mengandung. Majikannya membantu menyediakan rumah kerana kasihan.
“Dia lahirkan anak pada usianya 17 tahun. Berpantang pun sendiri-sendiri sebelum orang menghantar dia ke Rumah Jariah ini,’ kata Natipah yang mesra disapa Kak Pah oleh remaja yang tinggal di rumah ehsan orang ramai ini.
Rumah ini didirikan atas bantuan orang ramai, dari rakan-rakan fb yang tahu kerja-kerja kebajikan yang Kak Pah buat. ada yang bagi tilam, ada bagi kerusi, ada bagi beras, ada bagi duit. Semuanya orang sedekahka
Menyelami remaja-remaja bermasalah ini, seperti kata Kak Pah, dia dahulu ada satu persepsi negetif tentang mereka yang mengandung anak luar nikah. Tetapi bila sudah duduk bersama, berbual dengan mereka, ada satu saja jalan penyelesaiannya iaitu KASIH SAYANG.

Ya! KASIH SAYANG. Inilah keywordnya. Inilah perkataan yang hati mereka inginkan. Bila diselidik, semua remaja bermasalah adalah anak-anak yang kurang kasih sayang. Jadi mereka mudah terperangkat bila ada orang taburkan kata-kata cinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

