Di sebalik lambakan jenama fesyen tempatan yang semakin rancak di pasaran, kisah seorang anak muda ini membuktikan bahawa kejayaan tidak datang dalam sekelip mata.

Pemilik jenama pakaian Keris & Co., Hanzat Azmi, 31, menyimpan perjalanan hidup yang penuh liku sebelum berjaya mencipta nama dalam industri fesyen tempatan.

Pernah Tiada Duit & Bawa Grab, Kini Pengasas Keris & Co. Bangkit Cipta Nama

Membesar Dalam Serba Sederhana

Hanzat bukanlah dilahirkan dalam keluarga berada. Anak keenam daripada sembilan beradik itu membesar di Kuala Lumpur dalam keadaan serba sederhana dan pernah menetap di flat bersama keluarganya.

Namun daripada kehidupan yang serba kekurangan itulah terbentuknya semangat juang yang kental. Pengalaman membesar dalam suasana sederhana menjadikan beliau lebih menghargai setiap peluang dan tidak mudah berputus asa.

Pernah Tiada Duit & Bawa Grab, Kini Pengasas Keris & Co. Bangkit Cipta Nama

Dari Belakang Tabir Ke Pentas Sendiri

Selama lebih enam tahun, Hanzat banyak terlibat di belakang tabir membantu membangunkan pelbagai jenama tempatan. Pengalaman itu menjadi ‘universiti’ sebenar buat dirinya sebelum nekad melancarkan jenamanya sendiri pada tahun 2024.

“Minat saya memang ke arah fesyen dan dalam masa sama saya sendiri sering menghadapi masalah mencari baju Melayu yang selesa. Kebanyakan fabrik panas, jika fabrik selesa potongan pula tidak kena dengan citarasa,” katanya.

Daripada keresahan sebagai pengguna, tercetus idea untuk menghasilkan baju Melayu yang bukan sahaja selesa, tetapi praktikal dipakai setiap hari bukan sekadar ketika musim perayaan.

Bermula dari bawah, Hanzat memastikan setiap proses dilakukan secara lokal, daripada rekaan, jahitan sehinggalah ke pengeluaran di kilang tempatan.

Hasilnya, dalam tempoh singkat, jenama yang beribu pejabat di Setapak, Kuala Lumpur itu berjaya menjual sebanyak 120,000 unit pakaian setakat tahun ini. Lebih membanggakan, hampir 70 peratus pelanggan membuat pembelian semula selepas mencuba koleksi tersebut.

Ads

Pernah Tiada Duit & Bawa Grab, Kini Pengasas Keris & Co. Bangkit Cipta Nama

Pernah Tiada Duit, Terpaksa Bawa Grab

Di sebalik angka jualan yang memberangsangkan, perjalanan Hanzat bukan tanpa ujian.

“Sepanjang lapan tahun berniaga, saya pernah jatuh berkali-kali. Pernah sampai satu tahap saya tiada duit dan terpaksa bawa Grab untuk teruskan hidup sebab bisnes tak menjadi.

“Saya pernah berniaga pelbagai produk sebelum ini, tetapi disebabkan masih muda dan tiada pengalaman, ada perkara yang terlepas pandang seperti aliran kewangan serta dokumentasi,” katanya yang menegaskan kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaiknya.

Pengalaman pahit itu menjadi titik pembelajaran terbesar dalam membentuk dirinya sebagai usahawan yang lebih matang dan berdisiplin.

Pernah Tiada Duit & Bawa Grab, Kini Pengasas Keris & Co. Bangkit Cipta Nama

Ads

Tolak Tawaran Lakonan, Pilih Fokus Bisnes

Menariknya, dalam tempoh mencabar itu juga Hanzat pernah menerima tawaran untuk menceburi bidang lakonan selepas beberapa kali muncul dalam iklan komersial.

“Saya pernah dapat tawaran lakonan, tetapi saya tolak. Saya lebih selesa berada di belakang tabir, lagipun dunia lakonan bukan minat saya,” ujarnya.

Sifat pemalu dan introvert yang ada pada dirinya juga pernah menjadi penghalang terbesar.

“Saya memang bukan jenis orang di depan kamera. Saya introvert, sangat pemalu. Tapi untuk Keris & Co., saya cabar diri jadi live host. Ketika memulakan jenama ini, semua saya harus lakukan sendiri dari segi idea, produksi pakaian sehinggalah jualan.

“Waktu itu memang tiada orang lain, pekerja pun tidak ramai. Jadi, suka atau tidak saya paksa diri untuk buat live untuk jualan. Setiap hari saya akan live selama enam sehingga sembilan jam. Sekarang, saya sudah boleh duduk depan kamera tanpa ada rasa malu,” katanya.

Daripada seorang yang takut kamera, kini beliau mampu mengendalikan sesi siaran langsung berjam-jam demi memastikan jenamanya terus berkembang.

Ads

Pernah Tiada Duit & Bawa Grab, Kini Pengasas Keris & Co. Bangkit Cipta Nama

Angkat Budaya Dengan Cara Lebih Segar

Walaupun jualan tertumpu secara dalam talian, Hanzat tidak hanya bergantung kepada strategi digital semata-mata.

Baru-baru ini, beliau menganjurkan flashmob silat dan zapin serta mengagihkan 100 helai kurta secara percuma di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai usaha mendekatkan jenama dengan masyarakat.

Menurutnya, pendekatan kreatif itu bukan sekadar pemasaran.

“Tahun depan kami nak buat lebih besar. Tidak hanya untuk tujuan pemasaran dan memperkenalkan jenama, inisiatif ini juga adalah mahu mengangkat budaya dan tradisi kita ke tempat yang lebih tinggi sesuai dengan jenama kami Keris & Co.,” ujarnya.

Dalam masa sama, jenama itu turut menembusi pasaran Singapura dan Brunei, selain merancang membuka outlet fizikal serta memperkenalkan koleksi pakaian wanita pada masa akan datang.

Pernah Tiada Duit & Bawa Grab, Kini Pengasas Keris & Co. Bangkit Cipta Nama

Fesyen Selesa, Harga Mampu Milik

Sempena musim raya tahun ini, Keris & Co. menawarkan harga serendah RM39 sehingga RM129 untuk koleksi kurta dan baju Melayu yang dihasilkan daripada fabrik ‘Japanese Cotton’ premium.

Pembelian boleh dibuat menerusi laman web rasmi jenama tersebut serta platform TikTok dan Shopee.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads