
Aktres dan usahawan popular, Mira Filzah, memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan apa yang dilihat di media sosial, terutamanya dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih dan sukar dibezakan daripada realiti.
Dedah Mira, dirinya pernah menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi AI apabila wajahnya digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan tidak senonoh.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu memilih untuk tidak menghebohkan perkara berkenaan
, sebaliknya mengambil tindakan dalaman dengan membuat laporan kepada pihak berkaitan.Bercakap kepada Remaja, Mira menekankan bahawa kecanggihan AI membuatkan masyarakat mudah terpengaruh apabila melihat kandungan visual secara sepintas lalu tanpa menyaring atau menyemak kesahihannya.
“Kadang-kadang sekali tengok memang mudah untuk kita percaya, tetapi cuba nilai semula. Ada yang tetap memilih untuk percaya walaupun jelas kandungan itu hasil manipulasi AI,” tambahnya.
Menurut Mira, dia juga mendapatkan bantuan rakan kepada suaminya, Wan Emir Astar, bagi menguruskan perkara berkenaan secara tertutup.
Mira turut menjelaskan bahawa dia bukanlah individu yang gemar berkongsi setiap perkara peribadi di media sosial, termasuk langkah yang diambil apabila berdepan situasi sebegini.
“Apa yang saya buat, biarlah saya sahaja yang tahu. Mana yang boleh diusahakan, kita lakukan. Mana yang di luar kawalan, saya memilih untuk bertenang,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.