Bukan biasa-biasa, lelaki ini dikatakan berjaya memiliki 40 gelaran selepas memperoleh 42 ijazah akademik dan bukan akademik.
Welin Kusuma ketika meraih salah satu kejayaannya di S1 Matematik di Universitas Terbuka (UT) Surabaya. Foto: Istimewa.
Minat Sejak Kecil
Menurut laporan, minatnya mempelajari ilmu-ilmu bermula sejak kecil lagi, sehinggakan sebelum ini Muzium Rekod Indonesia (MURI) telah menamakan lelaki berusia 42 tahun itu sebagai pemenang gelaran akademik pelbagai.
Ketika beliau dinobatkan bagi anugerah itu, lelaki tersebut peroleh 32 gelaran dalam masa 15 tahun dan kini bilangannya semakin meningkat kepada 42.
Minat Welin dalam mempelajari ilmu baharu telah dipupuk sejak kecil, malah sejak sekolah menengah beliau mengambil pelbagai kursus seperti kursus komputer, perakaunan dan bahasa Inggeris.
Satu Semester 111 jam kredit
Ads
Lelaki ini juga berjaya meraih satu lagi rekod MURI iaitu pemegang Sistem Kredit Semester Terbanyak (SKS) dengan jumlah 111 kredit pada 2003. Anak kelahiran Makassar Indonesia ini juga berjaya memecahkan rekod sendiri sebagai pelajar dengan kredit terbanyak iaitu 111 kredit kerana kebiasaannya pelajar memerlukan empat atau lima semester untuk menghabiskan jam kredit tersebut.
Pada ketika itu, Welin mengambil lima jurusan sarjana muda iaitu Kejuruteraan Industri di Universiti Surabaya yang memerlukan sembilan subjek, 24 kredit.
Welin Kusuma berada di kawasan eks MTQ, Kota Kendari, Sultra. Foto: Istimewa.
Selain itu, Ekonomi Pengurusan di STIE Urip Sumoharjo, empat subjek dan 11 kredit. Manakala jurusan lain ialah FISIP Business Administration di Open University, 10 subjek dan 28 kredit.
Jurusan seterusnya ialah Undang-undang di Universiti Airlangga yang memerlukan tujuh subjek dan 25 kredit. Akhir sekali, kejuruteraan Informatik di Kolej Kejuruteraan Surabaya, sembilan subjek dan 23 kredit.
Welin berkata beliau perlu menjalani sesi kuliah selama 15 jam sehari iaitu dari pukul 7 pagi hingga 10 malam dan turut menjalani sesi itu pada hujung minggu.
Ads
Walaupun menghadapi beberapa rintangan, namun Welin tidak pernah berputus asa dan memperoleh gred yang memuaskan dalam masa dia mengambil 111 kredit itu.
Sementara itu, Welin juga mempunyai halaman Wikipedia sendiri, yang mempunyai latar belakangnya.
Mahu tambah gelaran lagi
Meskipun Welin kini sudah mempunyai 40 ijazah akademik, beliau berkata dia tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar.
Kini beliau dilaporkan telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang ke 41 dengan mengambil jurusan Sains Perpustakaan di Universiti Terbuka (UT) Surabaya.
“Tiada sasaran untuk mendapat ijazah lagi selepas tamat program pengajian. Jika ada bidang yang menarik dan mempunyai masa, akan tetap belajar secara konsisten,” katanya.
Kegigihan dan kepintarannya telah menyebabkan beliau mendapat gelaran seperti S.T, S.E, S.Sos, S.H, S.Kom, S.S, S.Ap, S.Stat, S.Akt, S.I.Kom, S.I.P, M.T, M.S.M, M.Kn, RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, QWP, CPHR, ICPM, AEPP, CBA, CMA, CPMA, CIBA, CBV, CERA, CSA, ACPA, memetik CNBC Indonesia.
Fuh, panjang bukan dia punya gelaran…tapi penulis memang salute dengan orang yang tak jemu menambah ilmu ini.
Bukan hanya bas yang terima balingan batu, nak masuk stadium pun sama!
Kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia – Indonesia yang sedang berlangsung pada malam tidak sah tanpa provokasi yang dimulakan oleh penyokong negara jiran.
Bertempat di Stadium Utama Gelora Bung Karno, stadium keramat itu menjadi saksi kepada insiden dibaling batu oleh penyokong Indonesia petang tadi sewaktu mereka memasuki stadium tersebut.
Lihat sajalah kepada video yang dikongsikan oleh mereka sebentar tadi. Korang berani tak nak ‘redah’ pintu masuk dengan balingan objek merbahaya seperti ini..?
Walaupun tidak kelihatan, jelas bunyi objek jatuh kedengaran di dalam video di atas seakan-akan mereka sudah lama menunggu masa untuk ‘menyerang’.
Untuk mengelakkan ada insiden yang tidak diingini, penyokong Malaysia yang telah memasuki kawasan stadium menasihatkan agar mereka yang masih di luar memasuki stadium dalam satu grup besar.
“Di dalam selamat. Kalau yang datang kelompok kecil tu nanti geng lain dulu.”
Aduhh guys, please lah. Ini bukan kali pertama penyokong Malaysia diserang sebegitu rupa di Stadium Gelora Bung Karno.
Tahun lalu, kejadian sama berlaku setelah kemenangan Malaysia ke atas pasukan bola sepak Indonesia pada aksi separuh akhir Piala AFF U-19. Bukan setakat batu yang dibaling. Objek lain seperti botol minuman dan air suar (flare) turut dilemparkan bersama kata-kata kesat.
Apapun, semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya malam ini!
Serious talk, kami sendiri tak menjangkakan tiket konsert 2 hari bagi jelajah The Twenty Tour mampu habis terjual dalam masa beberapa jam saja.
Kenyataan rasmi masih belum kami terima daripada pihak penganjur, MacPiePro sama ada ia betul-betul sudah habis ataupun masih berbaki ruang tempat duduk. Namun, hasil percubaan team REMAJA sendiri yang ingin membeli tiket secara online pada hari ini mendapati kesemua seat telah pantas disambar peminat walaupun ia merupakan konsert 2 hari.
Semalam, penganjur telah mula menjual pra-tiket di kompleks membeli-belah Atria Shopping Centre dan media melaporkan ada yang mula beratur sejak hari Jumaat lagi. (Wait a minute, berapa lama dia menunggu..?!)
Hampir 1,500 orang peminat mengambil kesempatan untuk mendapatkan tempat duduk terbaik dan sanggup beratur. Itu bermakna 10% daripada jumlah tiket The Twenty Tour telah dijual lebih awal.
Adakah itu bermakna 90% baki tiket terjual secara online pada hari ini, walaupun baru beberapa jam berlalu?
Hhm, ada yang mendakwa kemungkinan ramai golongan Reseller yang membeli secara pukal dan menjualnya kemudian pada harga yang lebih mahal.
Ada juga yang berharap agar penganjur membuka slot konsert hari ketiga bagi menampung penonton sekiranya benar tiket sudah habis terjual.
Haipp, hilang suara anggota Westlife kalau menyanyi tiga hari berturut-turut! Hehe..
Bagi REMAJA, alternatif terbaik mungkin adalah untuk mengubah venue persembahan ke stadium yang lebih besar seperti Axiata Arena Bukit Jalil atau Stadium Merdeka Kuala Lumpur seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran pada hujung minggu ini.
Kita nantikan jawapan balas daripada MacPiePro sajalah ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baca headline di atas pun sudah boleh buat darah kita mendidih. Apatah lagi kita masih lagi berada di bulan Syawal, bulan yang meraikan kemenangan dan penuh kemaafan.
Tatkala kita masih lagi meraikan Aidilfitri lain pula yang dihadapi oleh seorang ibu di Bandar Jengka apabila dia ditumbuk dan ditendang oleh anaknya sendiri.
Anaknya yang berusia 19 tahun dikenali dengan nama Nazrul Azwan Nazri dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika ibunya, Normah Mehhad, 56, berada di tempat kerjanya.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 jun yang lalu pada jam kira-kira 1 tengahari.
Apa yang menyebabkan dia melakukan sebegitu rupa terhadap ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan dan membesarkannya dengan kasih sayang?
Menurut laporan kes, si anak telah datang menemui ibunya untuk meminta wang. Dan apabila kehendaknya tidak dapat turuti oleh ibunya, dia telah bertindak menumbuk mata kiri dan menendang dada ibunya.
Akibat perbuatan tersebut Puan Normah telah mengalami bengkak mata kiri dan sakit di bahagian dada. Satu laporan polis telah dibuat dan pendakwaan kemudian dikendalikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih dari RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Selepas selesai pendakwaan dan meneliti bukti kes, Majistret Noor Syafiqah Noordin menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Nazrul Azwan di atas kesalahannya.
Dia dikatakan telah mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya. Dalam penghakimannya, Noor Syafiqah menegaskan walaupun Nazrul Azwan masih muda namun selepas mendapati ibunya berdepan fobia dan ketakutan hukuman perlu dijatuhkan dengan setimpal.
Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan kenyataan mangsa iaitu daripada ibunya.
Dan di mahkamah yang sama, Nazrul Azwan juga berdepan tuduhan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semoga kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kira semua.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...