Memang seronok baru bernikah tapi korang sedar tak perbuatan yang kita anggap untuk suka-suka ini boleh mengudang dosa dan fitnah.
Mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami, namun baru-baru ini kecoh tentang trend yang dipanggil ‘unboxing’ isteri di media sosial sehingga menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.
Bagi korang yang tak tahu, ‘unboxing’ isteri ini dimuatnaik dalam bentuk video memaparkan pasangan pengantin baru yang masih berbusana pengantin, di mana si suami akan membuka aksesori yang dipakai isteri di hari perkahwinan mereka.
Ads
Aduiyaii…ini pun boleh jadi trend eh…
Video sedemikian mendapat kritikan daripada banyak pihak yang kurang bersetuju dengan trend baharu ini kerana dilihat kurang sesuai menjadi tatapan umum terutamanya kanak-kanak.
Ads
Foto : Sinar Harian
Oleh itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) melalui laman Facebook rasmi memuat naik ulasan pendek mengenai isu ini agar dapat memberi penjelasan kepada masyarakat.
Menurut JAIPK, perbuatan ‘unboxing’ isteri ini perlu dijauhkan kerana para suami wajib memelihara serta melindungi kehormatan dan maruah diri mahupun isteri.
Ads
”Kemesraan suami isteri adalah amalan yang baik namun tidak boleh dipertontonkan, apatah lagi jika ia melanggar batasan syarak.
”Perbuatan ‘unboxing’ isteri adalah bukan ajaran Islam kerana ia adalah permulaan kepada dosa dan mengundang fitnah,” kata JAIPK.
Jelas JAIPK, larangan terhadap perbuatan ‘unboxing’ isteri ini adalah berdasarkan kaedah sadd al-zarai’ iaitu menutup punca keburukan.
Apa pandangan korang?
Moga jadi peringatan kepada semua…Ishh tak perlu la nak ikut sangat budaya luar ni.
Semalam kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan rekod apabila hanya dilaporkan mempunyai satu kes import sahaja. Namun begitu, rakyat diingatkan lagi supaya tidak berasa lega kerana jika kita tidak lebih berhati-hati, kemungkinan wabak ini akan terus menular.
Sumber: KKM
Dalam pada rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan gembira kerana melihat pengurangan kes hari demi hari, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang media semalam bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan lebih 1,400 individu masih ingkar untuk menjalani saringan kedua COVID-19 setelah tamat tempoh kuarantin kendiri di rumah.
Gambar hiasan
Oleh yang demikian, pihak KKM menggesa individu yang tidak melakukan ujian saringan kedua ini untuk melakukannya segera. Semua daripada mereka telah diambil maklumat ketika mula mendaftar di hari pertama kuarantin.
Pihak KKM telah pun melaksanakan swab hari pertama dan pada hari ke-13 mereka patut menjalankan swab. Hari ke-14 mereka patut datang ke klinik tetapi sebaliknya tidak hadir.
Justeru itu, kami berharap agar individu-individu tersebut menjalankan tanggungjawab besar ini demi membantu petugas barisan hadapan menangani kes ini dengan segera. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga memudaratkan orang lain.
Jika sebelum ini kita sudah terbiasa menonton wayang bersama kawan-kawan sama ada lelaki atau pun perempuan, korang jangan pula terkejut sekiranya menonton di Terengganu kerana negeri itu telah pun melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga bermula kelmarin.
Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square sudah pun melaksanakan peraturan baru ini mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.
Pelaksanaan peraturan baru ini akan dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Khabarnya, peraturan ini juga tertakluk kepada individu bukan Islam dan pihak mereka juga bersedia melaksanakan sebarang penambahbaikan bagi membolehkan ia dipatuhi oleh semua pelanggan.
Mungkin ini adalah inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu dan sama-samalah kita menghormati peraturan dan keputusan yang telah dibuat.
Satu lagi kes COVID-19 terbaru yang berlaku di Damansara, IKEA telah memaklumkan bahawa pada 6 November 2020, salah seorang pekerja sambilan di IKEA Damansara disyaki positif COVID-19. Individu terbabit kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa yang menunggu untuk melakukan ujian swab.
Menurut laporan, pekerja sambilan itu terakhir sekali datang kerja pada 30 Oktober 2020. Sebagai langkah pencegahan yang proaktif, IKEA Damansara bertindak untuk menutup premis mereka bermula 7 November 2020 untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian, sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti adalah menjadi keutamaan IKEA. Pihak mereka akan terus melakukan tugas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai. Langkah-langkah yang dibuat termasuklah memastikan pelanggan mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis, penjarakan sosial dan menyemak suhu badan pelanggan di semua pintu masuk.
Kredit foto: onestoplist.com
Orang ramai juga sekali lagi dinasihati agar mengikut SOP yang diberikan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.
Sama-samalah kita berdoa agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan segera.