Meskipun peperiksaan utama bagi pelajar tahun akhir 2020 tergendala dan perlu dibawa ke tahun 2021 disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, namun proses permohonan mereka untuk melangkah masuk ke universiti kelak tetap berjalan dengan lancar buat masa ini.
Menurut muat naik yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebentar tadi, permohonan untuk kemasukan universiti (UPUOnline) bagi sesi akademik 2021/2022 telahpun dibuka bermula jam 12 tengah hari ini sehinggalah jam 5 petang pada 31 Mac 2021 kelak.
Permohonan bolehlah dilakukan di laman web kementerian iaitu di upu.mohe.gov.my. Seperti biasa, pelajar perlu membeli nombor unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) dan korang boleh berbuat sedemikian mulan Februari ini.
Bagi pelajar yang dijadualkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Februari hingga Mac 2021, mereka boleh menghantarkan pemohonan dari 21 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 yang telah mereka duduki (jika ada).
Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan Diploma atau sijil pendidikan yang setaraf dengannya pula, mereka boleh memohon dengan menggunakan keputusan peperiksaan terkini masing-masing.
Akhir sekali, pelajar yang mempunyai kelayakan STPM, matrikulasi, asasi dan STAM pula boleh memohon dari 16 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 dengan menggunakan keputusan pendidikan seperti berikut:
Ads
STPM 2020: Keputusan peperiksan terbaik sehingga Semester 2.
Matrikulasi / Asasi : Keputusan peperiksaan hingga Semester 1
Ads
STAM 2020 : Keputusan peperiksaan percubaan (jika ada).
Harap maklum,
Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022
UPUOnline dibuka pada 4 Januari 2021 ( Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 ( Jam 5 petang )
Jika sebelum ini ramai yang menunggu promosi dari syarikat penerbangan AirAsia untuk mendapatkan tiket murah. Tapi lain pula dimusim Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Mana tidaknya, Airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga 1 SEN SAHAJA untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad. Harga yang ditawarkan pada waktu promosi ni boleh dikatakan tak masuk akal dan ‘gila’
Tapi berita baik ini hanya buat korang yang berada di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja.
Banyak lagi restoran menarik dan tawaran hidangan istimewa tersedia sepanjang promosi ini. Untuk menebus, pelanggan boleh klik pada ikon ‘Food’ di airasia super app atau layari airasia.com/food.
Promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food dan berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.
Malah, para pelanggan juga digalakkan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan bagi memesan hidangan 1 sen ini di lokasi pilihan mereka.
Korang boleh mengunakan kod promo dibawah untuk mendapatkan makanan dan minuman bernilai 1 sen ini pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.
Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15km dari restoran terlibat. Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.
Penebusan pertama untuk promosi hidangan 1 sen ini adalah dari Pisco dengan hidangan istimewanya iaitu Croquetas di Lembah Klang dan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice untuk penebusan di Pulau Pinang pada 10 Jun.
Apa lagi guys, sambil buat kerja di rumah bolehlah makan sedap-sedap dengan harga yang murah. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu bila beli kopi panas, teh tarik atau coklat panas, kita rasa lebih “selamat” bila ia dihidangkan dalam cawan kertas dan bukannya plastik. Lagipun, cawan kertas nampak lebih mesra alam dan macam pilihan yang sihat, kan? Tapi realitinya — kajian terbaru mendapati bahawa setiap teguk minuman panas dalam cawan kertas mungkin sedang “meracuni” tubuh tanpa kita sedari! 😱
Kajian Dedah Mikroplastik Dalam Minuman Panas
Kajian yang dijalankan oleh Institute of Technology (IIT), India mendedahkan bahawa apabila air panas dituangkan ke dalam cawan kertas, bahan kimia dan mikroplastik dari lapisan dalam cawan boleh larut ke dalam minuman. Hanya dalam masa 15 minit, sebanyak 25,000 partikel mikroplastik boleh terbebas ke dalam 100 mililiter air panas.
Lebih menakutkan, kajian turut menemui lebih 10.2 bilion partikel submikron per mililiter — zarah halus yang terlalu kecil untuk dilihat tapi cukup berbahaya jika terkumpul dalam tubuh manusia.
Bukan Sekadar Mikroplastik, Tapi Juga Ion Toksik
Selain mikroplastik, penyelidik turut menemui ion toksik seperti fluorida, klorida, sulfat, nitrat serta logam berat berbahaya seperti plumbum (Pb), kromium (Cr) dan kadmium (Cd). Semua bahan ini berasal daripada lapisan plastik yang digunakan di bahagian dalam cawan kertas untuk mengelakkan kebocoran. Tapi bila terkena haba tinggi, lapisan inilah yang mula melepaskan bahan kimia berbahaya ke dalam minuman kamu.
Kesan Kesihatan Jangka Panjang
Zarah halus dan bahan toksik daripada cawan kertas ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti:
Mengganggu sistem imun dan hormon
Menyebabkan keradangan kronik
Menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang
Meningkatkan risiko kanser dalam kes yang lebih serius
Alternatif Lebih Selamat Daripada Cawan Kertas
Menurut pakar kesihatan, cara terbaik adalah mengelak penggunaan cawan pakai buang sepenuhnya. Pilih cawan seramik, kaca atau keluli tahan karat, terutama untuk minuman panas. Selain lebih selamat, ia juga lebih mesra alam dan boleh digunakan berulang kali.
Kalau terpaksa guna cawan pakai buang, pastikan kamu pilih produk yang bebas lapisan plastik (PE coating) atau diperbuat daripada bahan biodegradasi asli. Dengan cara ini, kamu dapat mengurangkan pendedahan kepada mikroplastik dan bahan toksik daripada cawan kertas.
Pengajaran Penting Tentang Bahaya Cawan Kertas
Kadang-kadang benda yang nampak kecil pun boleh beri kesan besar. Mungkin selepas ni, bila beli kopi atau teh panas “to go”, kita patut bawa tumbler sendiri. Nampak kecil, tapi ia langkah besar untuk jaga kesihatan dan alam sekitar.
YouTuber OKU Rolling Guru Buktikan Kerusi Roda Bukan Penghalang
Berkerusi roda bukan penghalang untuk hidup berdikari, bermimpi dan memberi impak kepada masyarakat. Hakikat inilah yang dibuktikan oleh seorang YouTuber dari Korea Selatan, Kim Ji-woo, yang menggunakan platform digital untuk mengubah cara pandang masyarakat terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kisah YouTuber OKU Rolling Guru ini menjadi contoh bagaimana media digital boleh dimanfaatkan sebagai medium kesedaran, empati dan perubahan sosial, khususnya dalam isu keterangkuman golongan kelainan upaya.
Bermula Awal Dengan Misi Jelas
Menghidap cerebral palsy, Ji-woo memulakan saluran YouTubenya, Rolling Guru, seawal usia 16 tahun. Ketika kebanyakan kandungan di YouTube dipenuhi video hiburan seperti mukbang atau tutorial kecantikan, Ji-woo memilih laluan berbeza dengan berkongsi realiti kehidupannya sebagai pengguna kerusi roda.
Menerusi vlog harian, rekaan kerusi roda dan perkongsian perjalanan, YouTuber OKU Rolling Guru ini berusaha mencipta kesedaran tentang kepelbagaian, penerimaan diri dan keterangkuman yang diimpikannya sejak kecil.
Sokongan Keluarga Membina Keyakinan
Membesar sebagai satu-satunya pelajar berkerusi roda dalam kalangan rakan sebaya bukan pengalaman mudah. Namun, sokongan ibu bapa yang memastikan Ji-woo tetap menyertai aktiviti hujung minggu seperti kanak-kanak lain membantu membentuk keyakinan dirinya sejak kecil.
Walaupun begitu, beliau tidak menafikan pernah berasa cemas apabila menjadi perhatian orang ramai.
“Pada masa lalu, saya akan panik dan menjadi histeria apabila orang asing memandang saya dan kerusi roda saya,” kongsinya.
“Namun sejak mengendalikan saluran YouTube, saya menjadi lebih positif dan terbuka. Kini saya tidak lagi mengelak daripada bertentang mata dan malah berkata kepada diri sendiri, ‘mungkin mereka memandang kerana saya menarik’.”
Pengalaman Mengembara Ubah Perspektif Hidup
Sebahagian besar hidup Ji-woo sebelum ini hanya tertumpu di rumah dan sekolah. Namun pada usia 22 tahun, beliau memberanikan diri mengembara seorang diri ke Hong Kong — satu pengalaman yang membuka matanya tentang kebolehan diri dan kebebasan sebenar.
“Buat pertama kali, saya sedar perkara ini tidak sebesar yang dibayangkan. Tiada apa-apa perkara buruk berlaku,” katanya.
Pengalaman ini mengukuhkan lagi peranan YouTuber OKU Rolling Guru sebagai suara yang membawa mesej keberanian dan kebebasan untuk golongan kelainan upaya.
YouTube turut membantu Ji-woo (duduk) menjadi lebih peka terhadap isu hak asasi golongan kelainan upaya.
Stigma Dan Kurang Representasi OKU
Di Korea Selatan, golongan kelainan upaya sering berdepan stigma sosial, kemudahan awam yang terhad serta kurangnya representasi dalam media arus perdana. Video pertama Ji-woo sendiri membincangkan kekurangan keterangkuman OKU dalam media, sekali gus membuka ruang sokongan daripada komuniti pengguna kerusi roda yang mempunyai pengalaman hampir sama.
Kehadiran konsisten YouTuber OKU Rolling Guru membantu menormalkan kewujudan golongan OKU dalam ruang awam dan media digital.
Wheelchair Of The Month Sebagai Ekspresi Diri
Antara kandungan yang paling mencuri perhatian ialah segmen Wheelchair of the Month, di mana Ji-woo menghias kerusi rodanya mengikut tema tertentu. Bagi beliau, inisiatif itu bukan sekadar tentang estetika, sebaliknya satu bentuk ekspresi diri dan penerimaan realiti.
“Pada mulanya saya fikir jika saya menghias kerusi roda dengan cantik, ia akan kelihatan menarik. Namun semakin lama, saya benar-benar mula menyukai kerusi roda saya,” jelasnya.
“Ia bukan sekadar tentang kerusi roda yang cantik, tetapi tentang mengekspresikan identiti dan menerima realiti kehidupan dengan ketidakupayaan.”
Bersuara Demi Hak Dan Keterangkuman
Kini, Ji-woo turut menganjurkan acara menghias kerusi roda bersama orang ramai sebagai usaha merapatkan jurang maklumat serta membina komuniti yang lebih inklusif. Malah, penglibatannya di YouTube menjadikan beliau lebih berani bersuara tentang hak asasi golongan kelainan upaya.
“Dulu, apabila ada orang menggunakan kata-kata yang merendahkan, saya hanya mengalah. Sekarang, saya berani menegur mereka supaya berhenti,” katanya.
Melalui pemerhatiannya terhadap masyarakat di Jepun yang lebih terbuka dan inklusif, Ji-woo percaya bahawa perubahan bermula apabila golongan OKU sendiri berani tampil ke hadapan.
Inspirasi Buat Generasi Muda
Kisah YouTuber OKU Rolling Guru ini membuktikan bahawa keterbatasan fizikal bukan penghalang untuk mencipta perubahan dan memberi inspirasi. Keberanian Ji-woo menggunakan platform digital membuka ruang dialog tentang empati, kefahaman dan keadilan sosial.
Buat generasi muda, perjalanan hidup Kim Ji-woo mengajar bahawa keberanian untuk tampil berbeza serta keinginan untuk difahami adalah kunci kepada sebuah masyarakat yang lebih inklusif dan saling menghormati.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Jeddah dan Madinah bermula 4 hingga 8 Mac selepas penggantungan ruang udara Asia Barat. Semak jadual penerbangan terkini di sini.