Pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul telah membuat pengumuman bagi membenarkan pengeluaran wang KWSP yang dinamakan sebagai program i-Sinar.
Tengku Zafrul menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibenarkan hanya berjumlah RM500 sebulan dan kemudahan ini akan diberikan kepada kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.
Namun begitu, berdasarkan maklumat terkini, program i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan tidak kira bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan yang dikurangkan.
Foto: Facebook Tengku Zafrul
Seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka yang dinaikkan dari had maksima sebelum ini iaitu bermula dari RM6,000 dinaikkan sehingga RM9,000 dan paling terbaru sehingga RM10,000.
Ads
Siapa yang layak memohon i-Sinar?
Untuk pengetahuan korang, terdapat empat golongan yang layak untuk pengeluaran i-Sinar dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan
2. Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
3. Ahli KWSP yang tiada sumber pendapatan
4. Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
Ads
Pencarum perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi program i-Sinar ini.
Foto: Minister Finance of Malaysia
Bagi ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember ini. Pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.
Ads
Diharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang terjejas akibat COVID-19 dan sama-sama kita doakan agar penularan wabak ini berhenti dengan segera.
Jika korang merasa simpati terhadap Cameron Herrin tanpa sedar hanya disebabkan rupa parasnya yang kacak, mungkin korang menghidap sejenis penyakit (not kidding).
TikTok kini sudah menjadi salah satu sumber kepada video-video yang mampu tular di seluruh dunia.
Kali ini ia membabitkan seorang penjenayah berusia 21 tahun.
Aik, bukankah TikTok mengharamkan sebarang kandungan berunsur keganasan?
Tidak.. video yang tular pada kali ini bukanlah membabitkan visual tembak-menembak atau sebagainya. Ia terarah kepada seorang penjenayah bernama Cameron Herrin.
Beberapa pengguna TikTok kembali memuat naik video semasa remaja itu sedang mendengar perbicaraannya yang berlangsung pada April 2021. Cameron didapati bersalah kerana berlumba dengan kenderaan Ford Mustang yang dipandunya sepanjang jalan Bayshore Boulevard di Tampa, Florida; kira-kira tiga tahun lalu.
Malang sekali apabila Cameron terlanggar seorang ibu dan anak bayinya semasa berlumba walaupun dia cuba untuk mengelak dari mangsa.
Cameron dan rakan lumbanya didakwa atas kesalahan yang sama.Mangsa insiden malang tersebut.
Cameron mengaku bersalah dan telah dikenakan hukuman penjara selama 24 tahun. Selalunya, di pihak masyarakat yang mengikuti kes jenayah seperti ini, kita akan lega mendengar keputusan tersebut dan move on.
Namun, lain pula ceritanya dengan kes Cameron apabila warganet kembali menonton perbicaraannya dan meluahkan rasa simpati dek kerana rupa parasnya yang kacak!
Dengan sepasang mata bundar, stail rambut beralun dan ditambah pula persalinan sut lengkap dengan tali leher.. hhm patutlah ramai memperkatakan mengenai kekacakan Cameron sehingga tanda pagar #Herin menjadi tular.
Ada pengguna gadis yang berkata, “Saya harap saya boleh menjadi peguam untuk mengeluarkan (Cameron) daripada penjara dan kami akan saling menyayangi satu sama lain.” Seorang lagi menulis, “Bagaimana saya boleh melakukan jenayah untuk dipenjarakan bersama-sama dengannya?”
OMG. He is a criminal girls!
Namun, tidak semua warganet merasakan sedemikian. Di Twitter misalnya, ramai membidas perbuatan memuat naik video Cameron dengan lagu latar sedih. Mereka juga kembali mengingatkan ‘pemuja Cameron’ ini untuk bersimpati kepada kedua-dua orang mangsa yang maut akibat perbuatan Cameron dan rakan-rakannya.
Jika korang juga mempunyai rasa simpati kepada seseorang yang telah melakukan jenayah, korang berkemungkinan mengidap penyakit Hybristophilia.
Haa, apa itu?
Ia adalah sejenis simptom di mana kita akan tertarik dengan seorang penjenayah disebabkan rasa simpati serta tarikan paras rupa mereka.
Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai remaja bernama Isabella Guzman yang didakwa menetak ibunya sebanyak 79 kali di muka, leher dan badan disebabkan kesihatan mentalnya yang tidak stabil.
Bagaimanapun, disebabkan rupanya yang comel dan kelakuannya persis karakter Harley Quinn yang sentiasa senyum semasa berada di kandang mahkamah perbicaraan, warganet pantas melabel Isabella sebagai ‘gadis manis tetapi psiko’.
Berita baik buat para pelajar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menawarkan dua inisiatif pakej iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia sebagai usaha untuk membantu remaja dan pelajar universiti mendapatkan akses internet.
Pakej baharu ini akan bermula pada 15 Oktober depan melibatkan semua syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, di bawah Pakej Remaja Keluarga Malaysia ia akan melibatkan kesemua remaja di bawah 21 tahun dan pelajar universiti termasuk mereka yang meneruskan pascasiswazah.
Pakej ini menawarkan hanya RM10 sebulan untuk tiga bulan dan pelajar akan mendapat data 20GB sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, turut diberikan data percuma 1GB setiap hari untuk aktiviti produktiviti serta internet asas tanpa had.
Dengan inisiatif ini, data produktiviti dan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data.
Kedua-dua pakej itu akan ditawarkan selama enam bulan bermula 15 Oktober hingga 15 April 2022.
Mana ada rumahtangga yang tidak ada ujian. Pepatah “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” memang tiada siapa meminta perkahwinan yang dibina dengan kasih sayang terputus di tengah jalan.
Baru-baru ini, viral satu rakaman video memperlihatkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta yang dinaiki isteri dan anaknya. Disebabkan hanya sedikit sahaja ruang tingkap yang dibuka, lelaki terbabit dengan ganasnya memecahkan tingkap kereta wanita itu.
Sebaik sahaja tingkap kereta itu pecah, tangisan dua kanak-kanak kecil yang berada dalam kenderaan berkenaan mula kedengaran. Wanita berkenaan memuat naik sebuah hantaran di Facebook untuk menjelaskan kisah sebenar di sebalik rakaman tersebut.
Difahamkan, lelaki itu pada awalnya memaklumkan untuk memberikan wang kepada anak mereka namun apabila menghampiri kereta itu, dia mula naik angin dan memaut pada tingkap kereta yang dibuka sedikit sehingga pecah dan tercabut.
Jangan kata budak kecil, penulis pun trauma melihat aksi lelaki tersebut yang tiba-tiba memecahkan tingkap cermin kereta tersebut.
Mengikut laporan, lelaki itu sudah pun ditahan polis pada hari kejadian dan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Polis turut memaklumkan tindakan lelaki itu juga telah menyebabkan serpihan kaca turut terkena pada anaknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.
Rata-rata warganet terkesan dengan video tersebut dan mengecam tindakan lelaki tersebut. Malah, seorang penguna Twitter dengan nama @RafiCounsel yang juga merupakan seorang Peguam Syarie, berkongsi tip dan jalan penyelesaian bagi kes sebegini.
Menurutnya, ia boleh diatasi dengan membuat permohonan kepada mahkamah untuk perintah injuksi.
Kes macam ni solusi dia satu je.
Dapatkan perintah injuksi menghalang jantan bodow ni dari dekat dengan anak & bekas isteri tu.
Masukkan terma arahkan PDRM untuk laksanakan perintah tu nanti. Masa tu tau la telor dia tersepit ke tak bila polis bagi salam 🤬 https://t.co/rUYUlMyfQ6
“Perintah injuksi ini nak mudah faham satu perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah keluarkan untuk menghalang mana-mana pihak dari mendekati pihak pemohon dalam tindakan ini dalam jarak yang ditetapkan oleh Mahkamah.
“Perintah ini boleh dimohon secara sebelah pihak (ex-parte) jika mempunyai unsur keterdesakan seperti mengancam keselamatan diri macam dalam video ditunjuk itu.
“Sebagai peguam biasanya memang kita akan advice anak guam untuk proceed dengan permohonan untuk dapatkan perintah injuksi ini supaya dapat meredakan keadaan.
Untuk info, perintah injunksi dalah satu perintah daripada mahkamah untuk menghalang atau mengarahkan seseorang daripada melakukan sesuatu. Jadi, perintah injunksi fitnah bermaksud permohonan kepada mahkamah untuk menghalang pemfitnah daripada terus mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan fitnah mengenai anda.
Gambar : Pexels
Menurut laporan Sinar Harian lagi, terdapat dua jenis perintah injunksi iaitu perintah berbentuk larangan (prohibitory) dan satu lagi berbentuk mandatori.
Perintah injunksi larangan bermaksud perintah yang melarang atau menghalang sesuatu pihak daripada melakukan sesuatu, seperti melarang pemfitnah daripada terus menyebarkan kenyataan fitnah mengenai anda, manakala perintah injunksi mandatori bermaksud perintah untuk mengarahkan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu, seperti memerintahkan agar pemfitnah untuk membuat permohonan maaf secara umum. Bagaimanapun, dalam kes saman fitnah, amat sukar untuk mahkamah meluluskan perintah injunksi mandatori.
Tambahan peguam Syarafi lagi,
“Kalau dalam sivil boleh mohon untuk dapatkan Emergency Protection Order (EPO) atau Interim Protection Order (IPO) atau Protection Order (PO).
“Cuma untuk step ini perlu dibuat laporan polis dan dapatkan panduan daripada Peguam Sivil untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Difahamkan, pasangan tersebut dalam proses ingin bercerai. Wanita berkenaan turut menjelaskan bahawa suaminya pernah mengugut untuk mengambil keretanya. Hmm….persoalannya perlu ke berkelakuan sebegini di depan anak-anak yang masih kecil tu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.