
Pulak dah..
Perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan Malaysia pada Ahad lalu telah menarik perhatian negara di rantau ASEAN.
Di Indonesia, Presiden Joko Widodo (Jokowi) merupakan di antara pemimpin ASEAN terawal yang mengirim ucapan tahniah kepada Tan Sri di atas perlantikan tersebut.

Tapi apa yang tak sedap didengari adalah apabila sebilangan portal di Indonesia mula mengaitkan Tan Sri kepada susur galur yang mereka percaya berasal dari negara mereka.
Menurut beberapa laporan portal di Indonesia seperti Tribun News, Sindonews dan Fajar, mereka mendakwa Tan Sri mempunyai pertalian keturunan Bugis daripada sebelah bapanya.
Manakala ibu Tan Sri pula dipercayai berasal daripada susur galur keturunan Jawa. Secara tak langsung, mereka claim bahawa pemimpin baru Malaysia itu berasal dari Indonesia sepenuhnya. Pulak dah…
Setakat ini, kesemua laporan itu adalah berdasarkan andaian mereka saja dan ia bukanlah dakwaan rasmi.

Kalau nak diikutkan, ramai saja di kalangan kita sendiri yang mempunyai pertalian darah dari Indonesia, kan? Biasalah, dah nama pun negara berjiran. Tapi tiada siapa pula nak claim..
Korang ingat lagi episod claim lain oleh Indonesia sebelum ini?
Sekali Lagi, Kostum Nasional Malaysia Jadi Bahan ‘Claim’ Pemerhati Indonesia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia Mula Update Status Tentang Akhirat..” Suasana Pilu Iringi Pelajar Kolej Penerbangan Lemas

Suasana di sekitar bilik mayat Hospital Hulu Terengganu bertukar pilu dek insiden lemas yang meragut nyawa seorang pelajar Kolej Penerbangan Admal Aviation College, semalam.
Dalam insiden yang berlaku di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang di Hulu Terengganu itu, mangsa yang dikenali sebagai Faris Iskandar Mohd Radhi, 19 adalah sebahagian daripada sekumpula 13 orang pengunjung yang bermandi-manda di kawasan rekreasi itu.
Sedang mereka sedang berkelah dan bersuka-ria, dua daripada mereka berdepan dengan kejadian hampir lemas.
Menyedari keadaan itu, Faris bergegas menyelamatkan Mohd Thaqiff Harry Mohd Fadhil, 12 dan Mohd Fakhri Mohd Nor, 25.

Namun, Faris sendiri bergelut ketika berada di tengah sungai setelah menyelamatkan mereka, lalu tenggelam dan hilang daripada penglihatan.
Mayat mangsa ditemui oleh sepasukan anggota bomba dan penduduk kampung kira-kira pada jam 7.33 petang semalam sebelum dihantar ke bilik mayat di Hospital Hulu Terengganu.

Suasana Pilu Di Bilik Mayat & Media Sosial
Rakan media di Astro Awani menemui bapa mangsa, Mohd Radhi Kamaruddin yang berkata dirinya redha apabila kematian anaknya itu adalah disebabkan menyelamatkan orang lain yang hampir lemas.
Dia menyedari ada perubahan sikap pada anak ketiga daripada lima beradik itu baru-baru ini, namun tidak mengambil pusing.
“Dia cuma banyak ‘update’ status di WhatsApp berkenaan akhirat. Dia juga banyak menegur kawan-kawannya tentang kepentingan hidup ini, tentang solat. Katanya masa kita tak lama.
“Saya perasan perubahan itu apabila saya baca statusnya. Mungkin kerana dia remaja kan, kita tak ambil pusing sangat,” kata beliau.
Tinjauan REMAJA di laman Twitter juga mendapat ramai warga net yang sedih akan kejadian yang berlaku.
Salam. Mohon sedekahkan al fatihah untuk member sekolah aku, faris. Arwah lemas sebab selamatkan 2 orang yg lemas😢😭 pic.twitter.com/AApoghairo
— tendo Pain🇲🇾 (@_Han_IF) August 20, 2020
Salah seorang sahabat Allahyarham Faris memohon agar orang ramai menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#GirlPower: Nenek 118 Tahun Bakal Jadi Pembawa Obor Olimpik Jepun

Gara-gara virus pandemik COVID-19 ‘berkembang pesat’ di seluruh dunia, Olimpik Tokyo yang sepatutnya berlangsung tahun lepas dijadualkan berlangsung pada Julai 2021 ini.
Menariknya, Olimpik di Jepun bakal melakar sejarah tersendiri lagi apabila memilih “Manusia Paling Tua Di Dunia” iaitu Kane Tanaka yang berusia 118 tahun bagi membawa obor sukan berprestij tinggi ini.
Untuk pengetahuan korang, Kane Tanaka dipilih menjadi pembawa obor sukan ini bukanlah calang-calang. Wanita Jepun ini telah dua kali berjaya mengatasi penyakit barah, pernah melalui dua pandemik global dan gemar minum air bergas akan membawa obor sukan Olimpik apabila tiba di Shime, bandar tempat tinggalnya di wilayah Fukuoka.
Tanaka dilahirkan pada 1903 – tahun sama perintis kapal terbang Orville dan Wilbir Wright mencatat sejarah dengan menerbangkan pesawat berkuasa pertama di dunia.
Meskipun Tanaka akan melakukan perjalanan obor sejauh 100 meter itu dari kerusi roda yang ditolak anggota keluarga beliau — warga emas itu bertekad untuk berjalan sendiri beberapa tapak ke garisan, di mana beliau akan menyerahkan obor itu kepada pelari seterusnya.

Tanaka malah mahu memakai sepasang kasut ‘sneakers’ barunya yang dihadiahkan oleh keluarga tersayang semasa sambutan hari jadi beliau pada Januari lalu.
“Biarpun nenek sudah berusia 118 tahun, beliau masih boleh mengamalkan gaya hidup aktif – kami mahu orang lain melihat nenek dan mendapat inspirasi bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan apa sahaja,” kata cucunya, Eiji Tanaka, yang dalam lingkungan usia 60-an tahun.
Pemegang rekod sebelum ini bagi pembawa obor tertua sukan Olimpik termasuk Aida Gemanque, 106 tahun, dari Brazil, yang menyalakan obor itu semasa Sukan Musim Panas Rio 2016.

Selain itu, pemain tenis meja Alexander Kaptarenko, 101 tahun, yang berlari dengan obor semasa Sukan Musim Sejuk Sochi 2014.
Terdahulu, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengambil keputusan untuk menangguhkan Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020 ke tahun 2021.
Keputusan itu diambil antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, dan Presiden IOC Thomas Bach. Sekaligus ini merupakan penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, walaupun kejohanan terbesar dunia itu pernah dibatalkan pada tahun 1916, 1940 dan 1944 disebabkan Perang Dunia.
Sumber : CNN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makkah Diserang Ribuan Cengkerik, Al-Quran Sudah Buktikan Kejadian Ini Melalui Surah Al-A’araf

Kecoh di media sosial bahawa Kota Makkah dan Madinah diserang ribuan cengkerik. Malah pihak berkuasa Arab Saudi juga sudah melakukan kerja pembersihan termasuk menyembur asap untuk membasmi kejadian ini.
Dapat dilihat ribuan cengkerik berterbangan dan mati selepas disembur asap. Malah lebih teruk cengkerik-cengkerik ini dilihat hinggap di badan jemaah sehingga memenuhi tubuh mereka.
Selepas tersebar luas, ada yang mengaitkan kejadian ini dengan bibit-bibit kerosakan yang dibawa masuk ke Semenanjung Arab termasuk negara Timur Tengah dengan adanya tarian melampau, judi dan sebagainya.

Sebagai manusia kerdil, ternyata Allah sudah menurunkan ayat al-Quran sejak 1400 tahun dahulu seperti dinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 133 yang membawa maksud:
“Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
Malah surah ini turut dikaitkan dengan kesombongan yang dilakukan oleh kaum-kaum terdahulu termasuk Kaum Nabi Musa yang enggan tunduk kepada kekuasaan Allah. Namun selepas diturunkan bala,
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.


Adakah ini bukti bahawa kita kaum yang masih degil biar sudah banyak petanda demi petanda dunia sudah di akhir zaman namun kita masih lagi leka dengan segala kebendaan?
Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi dari Majlis Perbandaran Tanah Suci Makkah berkaitan serangan ribuan cengkerik ini.
Berhubung dengan isu semasa yang sedang tular buat masa ini, berkaitan dengan video yang sedang hangat diperbahaskan di media-media sosial. Iaitu video yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota Makkah Assyarif.
Majlis Perbandaran Kota Suci Makkah telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan itu menjelaskan:
Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam (cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.
Walau bagaimana pun pasukan keselamatan yang dikhususkan dari unit kawalan serangga telah dihantar bagi menyelesaikan masaalah ini.

Sebanyak 22 kumpulan yang terdiri dari 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 pest controls atau alat pembasmi serangga.
Dan pembasmian telah dilakukan bermula dari sudut yang mana ia banyak didapati keluar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup
Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram assyarif khususnya di bahagian yang bernama Al Qusyasyiyyah.
Arahan ini telah dikeluarkan daripada pemerintah umum hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Maka sesungguhnya, pihak berwajib telah berjaya menangani masaalah ini dengan mengerahkan segala tenaga dan usaha mereka. Bergantung pada kemampuan yang mereka miliki sebagai menjaga kesucian tanah haram ini.
Ia menjadi bukti pantas dan segeranya perlaksanaan ini dilakukan serta-merta bagi membasmi serangga serangga ini agar bisa menjaminkan keamanan dan keselamatan ke atas pengunjung tetamu tetamu Allah di Baitullah.
Sekian, Wallahualam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

