
Beberapa minggu ‘berehat’ disebabkan aksi perlawanan antarabangsa baru-baru ini, tentunya peminat Premier League tidak sabar lagi untuk kembali memberikan sokongan terhadap pasukan kegemaran mereka.
Bagi REMAJA, tentunya tumpuan terarah kepada perlawanan antara dua pasukan dengan momentum semasa yang bertentangan buat masa ini; iaitu Manchester City menentang Fulham di Etihad Stadium.
Manchester City Ada Pemain Bintang Tetapi…
Di atas kertas, Manchester City mempunyai kelebihan apabila beraksi di laman sendiri serta berada di kedudukan ketiga; jauh meninggalkan Fulham yang kini menduduki tangga ke-10.
City jugamempunyai keupayaan mengawal ball possession dan mencipta peluang melalui kawasan tengah serta half-spaces yang boleh mendatangkan masalah kepada pertahanan Fulham.
Namun (and it is a big but), pasukan kendalian Enzo Maresca kini sedang berdepan penurunan prestasi yang ketara setelah City kalah dalam tiga perlawanan terakhir mereka dalam Premier League secara berturut-turut (1-2 kepada Aston Villa, 0-1 kepada Brighton dan 1-3 kepada Nottingham City).

Situasi ini membuatkan City kini terdesak untuk mengejar dua pasukan di hadapan mereka selain dihimpit tekanan untuk mengembalikan keyakinan peminat terhadap City.
Mampukah pemain bintang mereka seperti Erling Haaland, Enzo Fernandez dan Phil Foden mencorakkan kemenangan untuk City pada kali ini?
Fulham Semakin Garang!
Berlainan pula situasi di kem Fulham apabila pasukan tersebut kini lebih berfikiran positif setelah berjaya mengelakkan kekalahan dalam empat perlawanan terakhir dalam Premier League.
Keyakinan pemain Fulham kian meningkat setelah mereka menunjukkan kemampuan mengutip mata secara konsisten (1-0 menang ke atas Hull City, 1-0 menang ke atas Coventry, seri 1-1 dengan Aston Villa dan seri 1-1 dengan Newcastle).

So what is our verdict for this match, you ask?
City pada pandangan kami masih mempunyai peluang cerah untuk menang biarpun dengan keputusan tipis 1-0 ke atas Fulham sekiranya mereka berjaya mengatasi kelemahan counter attack di bahagian tengah dan belakang pertahanan yang dilihat mudah dieksploitasi oleh pemain lawan.
Namun, itu tidak bermaksu Fulham tidak boleh memberikan saingan sengit kepada City. Sekiranya Fulham berjaya mendahului perlawanan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan seri sehingga separuh masa kedua, tekanan akan dirasai oleh tuan rumah. Pada masa yang sama, Fulham boleh terus bermain dengan tenang dan menunggu peluang untuk melakukan serangan balas.

Jom Lepak Mamak Bersama Ubermen Di Astro BizOne Watch Party
Itu semua bagaimanapun hanyalah ramalan kami selaku peminat Premier League.
Segalanya akan terjawab dalam perlawanan Manchester City menentang Fulham pada 21 November ini, mulai jam 8.30 malam (jadual sepak mula). Apa yang membuatkannya lebih exciting adalah sekiranya anda boleh menyertai kami di Astro BizOne Watch Party untuk menontonnya beramai-ramai!
Sama ada anda merupakan peminat City atau Fulham, Astro BizOne Watch Party yang dibawakan oleh Ubermen adalah lokasi yang wajib dituju bagi merasai sendiri bahang kemeriahan perlawanan Premier League.
Bertempat di lokasi ikonik Canai 15 di SS15 Subang Jaya, lokasi ini telah sekian lama menjadi tumpuan peminat bola sepak sepanjang musim Premier League.
Kali ini, Astro BizOne Watch Party akan ‘membuka gelanggang’ seawal jam 7.30 malam untuk anda bersantai terlebih dahulu dengan makanan yang dipesan sebelum meraikan mana-mana pasukan yang beraksi.
Canai 15 ada menyediakan segala menu yang sesuai untuk orang ramai, dan itu membuatkan pengalaman kali ini lebih happening berbanding biasa. Just order, satisfy your craving and enjoy the match!
Selain itu, terdapat juga hadiah dan barangan istimewa daripada Astro BizOne serta Ubermen selaku penaja yang mungkin bakal dibawa pulang. Pastikan anda menjadi 200 pelanggan terawal di Canai 15 pada Sabtu ini.
Raikan 30 Tahun Astro Bersama-Sama
Astro BizOne Watch Party kali ini turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan ulang tahun ke-30 Astro, meraikan perjalanan tiga dekad Astro bersama rakyat Malaysia menerusi hiburan dan sukan.
Menerusi Watch Party ini, peminat bola sepak berpeluang untuk berkumpul, bersorak dan menikmati debaran perlawanan secara ‘live’ dalam suasana komuniti yang lebih meriah.
Pakai jersi pasukan pilihan, ajak satu geng dan jom lepak mamak bersama Ubermen! Tentunya, malam Sabtu ini akan dipenuhi dengan sorakan sedikit friendly banter sesama penyokong dan pesta gol mungkin sekali akan terjadi. Kita jumpa di Astro BizOne Watch Party!
Untuk makluman lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, jom layari ke biz.astro.com.my/bizone-rewards.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!














