Perkhidmatan Grab Malaysia Masih Beroperasi Seperti Biasa

Share

Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan banyak premis ditutup bagi mengekang penularan virus COVID-19 di Malaysia. Namun begitu, kebanyakan daripada restoran atau pun kedai makan masih lagi dibuka, namun hanya untuk perkhidmatan penghantaran.

Menurut Buletin TV3 di laman Instagram mereka, syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa meski pun perintah kawalan pergerakan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Grab telah mengesahkan bahawa semua perkhidmatan yang disediakan termasuk penghantaran makanan GrabFood, GrabMart, pengangkutan e-hailing dan penghantaran Grab Express akan diteruskan seperti biasa.

Jadi, korang tidak perlu panik dan risau tentang tiada sumber bekalan makanan atau pun penghantaran barangan akan terjejas kerana syarikat Grab telah pun mengesahkan sendiri hal ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jangan keliru, kedai makan memang akan ditutup operasinya, namun perkhidmatan penghantaran makanan masih lagi beroperasi seperti biasa.

IKLAN