Tanggal 22 Februari 2022 yang lalu menjadi hari paling gembira buat Diva Pop Indonesia ini apabila anak sulungnya, Aurelie Hermansyah selamat melahirkan anak sulung. Dengan kelahiran itu secara rasminya Krisdayanti menjadi seorang nenek pada usia 47 tahun.
Bayi perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean di RSU Bunda Jakarta dengan berat 3.3-kg itu disambut dalam suasana penuh meriah dengan keluarga besar semuanya menunggu penuh debar.
Menantu Krisdayanti, Atta Halilintar menyatakan menerusi Instagramnya yang anaknya itu merupakan malaikat hidupnya.
Lumrah menjadi seorang selebriti, segala kehidupan keluarga ini menjadi tumpuan ramai. Ramai tertanya-tanya bilakah mereka akan berkongsi wajah cucu pertama. Ternyata selepas empat hari, Atta dan Aurel bersetuju sama-sama memperkenalkan anak mereka kepada umum.
Dengan wajah mulus putih bersih, si comel dengan rambut hitam lebat itu menjadi bualan. Semestinya neneknya tidak sabar-sabar untuk berkongsi berita. Dalam hantaran di laman Instagram dan beberapa foto dimuat naik di insta-story, Kridayanti berkongsi wajah cucu sulungnya itu yang didekatkan kepada wajahnya.
Ujar ibu kepada empat cahaya mata itu, “Alhamdulillah, perkenalkan cucu kami. Ameena Hanna Nur Atta.” Mengenakan busana rona merah jambu sedondon dengan cucunya itu, potret yang dimuat naik menuai pujian ramai.
Meninjau ke laman Instagram Atta pula, bapa baru ini berkongsi maksud disebalik nama anaknya itu. “AMEENA daripada nama ibu nabi yang kuat dan hebat dan melahirkan Manusia Paling mulia, HANNAH bermaksud kebahagiaan untuk keluarga kami, NUR pula cahaya keluarga kami dan nama ibu hebatnya, ATTA bermasud Binti ATTA dan juga ini nama keberuntungan keluarga ini,” kongsinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.