Tanggal 22 Februari 2022 yang lalu menjadi hari paling gembira buat Diva Pop Indonesia ini apabila anak sulungnya, Aurelie Hermansyah selamat melahirkan anak sulung. Dengan kelahiran itu secara rasminya Krisdayanti menjadi seorang nenek pada usia 47 tahun.
Bayi perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean di RSU Bunda Jakarta dengan berat 3.3-kg itu disambut dalam suasana penuh meriah dengan keluarga besar semuanya menunggu penuh debar.
Menantu Krisdayanti, Atta Halilintar menyatakan menerusi Instagramnya yang anaknya itu merupakan malaikat hidupnya.
Lumrah menjadi seorang selebriti, segala kehidupan keluarga ini menjadi tumpuan ramai. Ramai tertanya-tanya bilakah mereka akan berkongsi wajah cucu pertama. Ternyata selepas empat hari, Atta dan Aurel bersetuju sama-sama memperkenalkan anak mereka kepada umum.
Ads
Dengan wajah mulus putih bersih, si comel dengan rambut hitam lebat itu menjadi bualan. Semestinya neneknya tidak sabar-sabar untuk berkongsi berita. Dalam hantaran di laman Instagram dan beberapa foto dimuat naik di insta-story, Kridayanti berkongsi wajah cucu sulungnya itu yang didekatkan kepada wajahnya.
Ujar ibu kepada empat cahaya mata itu, “Alhamdulillah, perkenalkan cucu kami. Ameena Hanna Nur Atta.” Mengenakan busana rona merah jambu sedondon dengan cucunya itu, potret yang dimuat naik menuai pujian ramai.
Ads
Meninjau ke laman Instagram Atta pula, bapa baru ini berkongsi maksud disebalik nama anaknya itu. “AMEENA daripada nama ibu nabi yang kuat dan hebat dan melahirkan Manusia Paling mulia, HANNAH bermaksud kebahagiaan untuk keluarga kami, NUR pula cahaya keluarga kami dan nama ibu hebatnya, ATTA bermasud Binti ATTA dan juga ini nama keberuntungan keluarga ini,” kongsinya.
Ads
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebaik sahaja drama Budak Tebing yang memasuki musim ketiga mula ditayangkan sejak minggu lalu, salah seorang watak utamanya, Tongki telahpun dimatikan.
Watak Tongki lakonan Aedy Ashraf ditamatkan ‘riwayatnya’ seakat episod kedua dan ‘plot twist’ awal ini langsung tidak disangka-sangka oleh peminat setia drama tersebut. Ini kerana Tongki merupakan tulang belakang kepada drama Budak Tebing di samping watak Arif.
REMAJA menemui Aedy baru-baru ini bagi mendapatkan pandangannya berkenaan kejutan jalan cerita ini.
“Saya sangat gembira dapat kembali bekerjasama untuk drama Budak Tebing bagi musim ketiga. Ia bukanlah sepenuhnya pasukan produksi yang sama apabila kita mempunyai pengarah baharu serta beberapa pelakon baharu yang menjayakan watak berbeza. Kesemua perubahan ini memberikan nafas baharu untuk peminat setia drama ini dari segi lakonan serta jalan cerita.”
(Terdahulu, Budak Tebing 1 dan 2 telah diarahkan oleh Feroz Kadir manakala musim terbaru ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.
“Saya sendiri pun belum menontonnya tapi saya percaya peminat Budak Tebing sebelum ini akan suka dan ingat musim ini sampai bila-bila. Ini kerana ia mempunyai elemen sentimental pada kali ini.
“Pada episod kedua, karakter saya sebagai Tongki telah dimatikan. Ia bermakna saya tidak akan terlibat secara menyeluruh dalam musim ini seperti musim-musim terdahulu,” jelasnya yang ditemui pada acara pelancaran butik wangian, Creed di Pavilion Kuala Lumpur.
“ ‘Kematian’ ini memberi impak kepada jalan cerita di sekeliling Tongki dan peminat Budak Tebing yang sudah terbiasa dengan kelibat karakter Tongki pada setiap episod.
“Kita akan dapat lihat bagaimana kehidupan budak tebing akan diteruskan tanpa adanya Tongki. Adakah mereka akan lost? Penonton perlulah mengikut episod-episod seterusnya untuk mendapat tahu.
“Walaupun Tongki kelihatan messy dan bergelar ‘budak tebing’, dia ialah seorang yang mempunyai pendirian yang sangat tetap. Persahabatan baginya adalah sesuatu yang diutamakannya. Nombor satu. Jika kawan dia lost sekejap, dia akan tarik semula kawannya ke jalan betul untuk tidak lupakan diri.
“Di situ, watak Tongki ini telah memberi kesedaran terutamanya kepada penonton remaja betapa pentingnya persahabatan dan menghargai kawan di sekeliling. Once gone, they will not come back,” ujarnya.
Aedy dan Adam Lee (kiri) dalam musim kedua Budak Tebing. FOTO: Instagram @aedyxashraf
Berkenaan perasaan Aedy apabila watak Tongki ditiadakan selepas episod kedua Budak Tebing 3, pelakon berusia 29 tahun ini mengejutkan penulis apabila dia mengakui idea untuk mematikan watak itu hadir daripadanya sendiri.
“Saya yang mengusulkan idea (mematikan watak Tongki) ini atas sebab-sebab kukuh dan mereka pun bersetuju setelah kami berbincang.
“Pada mulanya, skrip asal melibatkan saya sebanyak 13 episod penuh. Tipulah jika saya kata saya tidak cintakan karakter Tongki dan drama Budak Tebing.”
“Namun pada masa yang sama, saya perlu ‘keluar’ daripada kepompong Tongki.”
“Ini agar saya boleh menjadi seorang pelakon versatil yang akan diingati untuk karakter berbeza.
“Bagi setiap karakter yang saya bawa, saya hendak ia melekat di hati penonton. Disebabkan alasan itu dan di atas persetujuan stesen TV serta penerbit, mereka mematikan karakter Tongki.”
Ulas Aedy lagi, keputusan ini tidak seharusnya membuatkan peminat drama Budak Tebing dan peminatnya untuk tidak lagi mengikuti perjalanan drama ini.
Malah, Aedy berpendapat penonton pasti akan menikmati keseluruhan jalan cerita Budak Tebing 3 dengan beberapa karakter baharu seperti Kylo dan Husna; masing-masing dilakonkan oleh Nabil Aqil dan Nia Atasha.
“Saya fikirkan, selepas Aedy Ashraf, siapa? Jadi inilah masanya untuk pelakon-pelakon baharu ini menunjukkan bakat dalam sebuah drama yang mempunyai asas sekukuh siri Budak Tebing,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Aedy cuba menenangkan peminat Budak Tebing yang kecewa dengan kematian watak Tongki menerusi hantaran terbaru di Instagram.
“Terima kasih kepada yang setia menunggu Tongki. I love you,” tulisnya.
Budak Tebing 3 bersiaran untuk slot Lestary di saluran TV3 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Leona bukan asing lagi dalam dunia media sosial. Personaliti muda yang sering mencuri perhatian ramai itu sekali lagi menjadi bualan selepas berkongsi ciri lelaki idamannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kasih Iris Leona Azhar secara berseloroh mengaku dia tidak berminat dengan lelaki yang sebaya atau lebih muda daripadanya.
Malah, lebih mengejutkan, Leona berkata dia lebih tertarik kepada lelaki berusia dan… botak!
“Korang, tolong beritahu saya kenapa jenis lelaki yang saya suka adalah lelaki berusia dan botak.
“Bila saya tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka. Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak. Tetapi lelaki yang lebih tua…” katanya dengan nada bersahaja.
Anak kepada aktor popular Azhar Sulaiman ini membuat kenyataan itu selepas berpeluang meluangkan masa dengan seseorang yang lebih berumur baru-baru ini.
“Saya mempunyai malam yang ‘gila’. Saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku,” ujarnya sambil menambah bahawa dia memilih untuk tidak mendedahkan lebih lanjut kerana merasakan ini bukan masa yang sesuai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil menyokong pandangan Leona. Ada yang bersetuju lelaki botak memang ada tarikannya tersendiri, bahkan turut menyenaraikan beberapa selebriti terkenal berimej botak dari luar negara sebagai contoh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Leona
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan jenis tulisan yang tepat pada logo mahu pun poster memberikan impak yang besar dalam keberkesanan menyampaikan mesej atau penjenamaan terbaik kepada masyarakat.
Berikut kami senaraikan antara font yang digunakan oleh logo-logo jenama terkenal dunia. Mana tahu korang nak guna, bolehlah cari dan download sendiri. Hiks!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.