
Dua beranak dilaporkan maut selepas kereta jenis Mazda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) menuju ke Tampoi, Johor, petang semalam.
Insiden menyayat hati yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu mengorbankan pemandu kereta berkenaan, Dr. Fatimahtuzarah Md. Amin, 30, bersama ibunya, Rosmani Abdul Ghani, 69.
Kereta Mazda Hilang Kawalan Sebelum Terbabas
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.
Kenderaan tersebut kemudiannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 30 tahun.

Kedua-Dua Mangsa Meninggal Dunia Di Lokasi Kejadian
Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, beliau memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan akibat perlanggaran berkenaan.
“Akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang kereta Mazda parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.
“Pemandu kereta Toyota Vios hanya cedera ringan. Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Tengku Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pemandu Toyota Vios dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian berkenaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!





