Penyanyi terkenal, Tomok baru-baru ini meraih perhatian peminat dan pengikutnya apabila berkongsi perkembangan terkini beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih di tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram milik beliau, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkongsi hantaran menerima surat tawaran kemasukan bagi program Master atau Sarjana Pengajian Persembahan secara sepenuh masa di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.
“Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM). Semoga dipermudahkan, amin,” tulis Tomok.
Kredit: Instagram Tomok
Dalam pada itu, melalui perkongsian penyanyi yang kini berusia 41 tahun itu jelas bahawa beliau tekad untuk menuntut ilmu dan mendalami seni persembahan di peringkat akademik, sekaligus menunjukkan keseimbangan antara pendidikan formal dan pengalamannya sebagai anak seni.
Ads
Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi, Tomok sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana kerana beliau mahu menjadi teladan dan contoh terbaik agar anak-anaknya turut mengikut jejak langkah yang sama pada masa akan datang.
Sementara itu, di ruangan komen pula ramai rakan selebriti dan peminat memberi ucapan dan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan pelantun lagu ‘Kasih Yang Ku Cinta’ itu dipermudah dan dilancarkan.
Ads
Kredit: Instagram Tomok
Untuk rekod, Tomok sebelum ini berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM, pada tahun 2023.
Ads
Sekadar info, penyanyi ini mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rahayu Abas atau lebih dikenali sebagai Ayu pada 2 Julai 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tamat latihan ketenteraan pada 10 Jun 2025, RM BTS atau Kim Nam Joon berkongsi pengalaman peritnya menghadapi insomnia semasa perkhidmatan.
Dalam sesi siaran langsung menerusi aplikasi Weverse bersama ARMY, beliau mendedahkan pernah tidak tidur selama 48 jam, menggambarkan dirinya seperti “zombi” akibat keletihan mental dan fizikal.
“Salah satu kesukaran terbesar adalah tidur. Ini adalah kali pertama saya bergelut dengan masalah tidur.
“Saya mengalami masalah insomnia. Tambahan pula, saya terpaksa tidur bersama 20 askar yang ada antaranya berdengkur dan menendang, menyebabkan saya semakin sukar untuk tidur.
“Pernah sekali, saya tidak tidur selama dua malam. Pada waktu itu, saya benar-benar rasa seperti akan mati,”katanya.
TERPAKSA AMBIL UBAT
Untuk mengatasi masalah ini, RM mula mendapatkan bantuan profesional termasuk b mengambil ubat untuk membantu tidur dan kesejahteraan mentalnya. Walaupun beliau kini berasa ” lebih baik”.
“Saya mengantuk tetapi tidak boleh tidur. Fikiran terlalu aktif dan saya tidak mampu bertahan.
“Jadi, saya mula mendapatkan bantuan dengan berjumpa doktor..
“Saya juga dapati ubat yang diberikan serasi dengan saya dan masih menggunakannya sehingga kini. Sudah setahun dua bulan berlalu dan saya rasa keadaan saya semakin bertambah baik,” jelasnya.
Jika korang ingin lari daripada kesibukan kota, tapi inginkan lokasi yang masih berhampiran Lembah Klang, kami ingin kongsikan sebuah restoran yang terletak di Ampang dengan persekitaran yang menarik.
Terletak kira-kira satu jam perjalanan dari bandar, Veg Fish Farm Thai Restaurant merupakan hidden spot yang berada di hutan Hulu Langat. Korang bukan hanya dikelilingi alam semula jadi, malah bakal menikmati tempat makan disebelah tasik besar di mana dapat melihat ikan yang berenang bebas.
Paling menarik apabila pelayan di restoran tersebut menaiki bot laju untuk menghidangkan makanan panas dari dapur yang terletak di seberang tasik.
Korang bakal disajikan dengan hidangan masakan Thailand, daripada street food sehinggalah makanan laut yang menyegarkan. Restoran ini juga mempunyai pilihan BBQ, di mana korang boleh memilih makanan laut untuk dipanggang.
Wah, hujung minggu ni bolehlah try makan di restoran ni sambal menghirup udara segar.
Zaman ekonomi kurang menentu ini, ramai yang suka mencari kedai makan murah, sedap dan berbaloi. Tidak hairanlah, pantang ada kedai makanan tawar menu murah tapi sedap, sekejapan pasti akan menjadi viral.
Terkini, selepas menjadi viral selepas menjual menu chicken chop pada harga murah, RM5 sehingga pelanggan menyerbu kedai miliknya, Restoran Kak Chik yang terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sekali lagi membantu rakyat dengan menawarkan menu tak masuk akal di mana restoran ini menjual lebih banyak menu pada harga yang sangat berbaloi-baloi.
Makanlah apa saja, chicken chop, bihun sup utara (campur air), ayam & keli penyet, mi bandung (campur air), semua ini dijual pada harga RM5 sahaja. Nasi bubuhlah sebanyak mana, tetap dikira RM1 sahaja.
Inilah chicken chop RM5 yang menjadi viral kerana rasanya cukup enak
Set sup tulang ini campur air ini pun RM5. Nasi boleh bubuh banyak mana suka kata Kak Chik
Set keli lele ini baru RM5. Makan sampai kenyang, nasi boleh ambil banyak mana mahu dan harga tetap sama
Ambillah nasi sebanyak mana pun, set ayam penyet ini baru RM5 dan ini cara Kak Chik bersedekah kepada pelanggannya.
Mi bandung pun RM5 saja
Tidak hairanlah, disebabkan menjual pelbagai menu pada harga di bawah pasaran kebanyakan restoran biasa, restorannya antara tersenarai sebagai restoran harga patut dan menjadi tumpuan Ketua Wanita Umno, Dato Sri Shahrizat untuk mencubanya sekaligus menyampaikan sijil pengiktirafan.
Terkini, dalam membantu rakyat jimat berbelanja namun masa yang sama masih mengekalkan kualiti masakan yang cukup enak dan berbaloi, Restoran Kak Chik menerusi pemiliknya, Kak Chik menyediakan menu makan malam pada harga patut iaitu RM15 untuk dua orang makan dan lebih.
Kak Chik bersama anaknya, Suzie yang menguruskan restoran ini
Restoran ini terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur
“Saya terpanggil untuk membantu masyarakat dengan menjual menu makanan murah. Tak apalah kita untung sedikit, bukan tak ada untung langsung tapi hati saya terhibur bila membantu masyarakat dengan menjual harga lebih murah,” katanya ketika ditemui.
Terkini, dengan hanya RM15 sahaja sudah cukup nilai itu untuk dua orang pelanggan menikmatinya. Menunya juga cukup berbaloi selain rasanya cukup enak.
Ada beberapa menu tersenarai. Antaranya:-
Menu 1: Chicken Chop, Mi & Bihun Goreng serta air iaitu teh o ais limau @ sirap limau 2.
Menu 2 : Nasi bujang 2 set, tomyam campur dan air tembikai.
Menu 3 : Nasi ayam penyet @ Keli Lele, Kentang @ Nugget serta air fresh orange 2
Menu 4 : Meat ball, nasi goreng kampung, kentang goreng dan teh o ais 2
Menu 1: Chicken Chop, Mi & Bihun Goreng serta air iaitu teh o ais limau @ sirap limau 2.
Menu 4 : Meat ball, nasi goreng kampung, kentang goreng dan teh o ais 2
Sudah lama berniaga, bagi Kak Chik, dia memahami bagaimana peritnya orang bekerja mencari sesuap nasi.
“Kalau makan pagi, harganya sekitar RM3 sahaja termasuk air. Makan tengahari cuma RM5 bagi nasi kosong, sup ulang dan air. Makan malam juga sama.
“Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga jam 2 pagi. Cuma pada hari Ahad saja di tutup sehingga tengahari sebelum dibuka semula untuk pasar tani di kawasan ini. Semua menu ini pun Kak Chik yang masakkan. Mungkin tangan orang lama berbeza,” katanya mengukir senyuman.
Dalam memastikan menu di restoran ini sememangnya sedap, Remaja berkesempatan bertemu selebriti media sosial asal utara yang sangat terkenal iaitu AbGee yang turut mencuba makanan di kedai ini.
Selebriti media sosial, AbGee memberikan tanda terbaik untuk restoran ini selepas cuba makan di sini. Sedap tahu tahu nak habaqqq..katanya
Sudah banyak mencuba kepelbagaian makanan tetapi di Restoran Kak Chik, AbGee mengakui “RASA SEDAP TAK TAU NAK HABAQQQ”. Personaliti ini turut mengakui Restoran Kak Chik ini kerap bersedekah dengan memberikan makanan kepada penyokong penyanyi Azharina semasa pertandingan Gegar Vaganza yang lalu.
Apa yang membuatkan restoran ini menjadi tumpuan ialah, kedai makan ini kerap menjadi lokasi penggambaran beberapa buah drama malah ramai penerbit drama seperti Dato A Aida menjadikan restoran ini sebagai lokasi penggambaran.
Bagi Kak Chik, dia berpegang pada setiap apa yang diperolehnya itu adalah rezeki dari Allah. Disebabkan permintaan cukup tinggi dari penduduk sekitarnya, ramai juga pelanggan yang menempah perkhidmatan catering darinya malah di restorannya juga boleh dibuat majlis hari jadi, pertunangan dan sebagainya kerana dia mempunyai dua lot kedai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.