
Pemergian putera sulung pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail pada bulan Ramadan nyata meninggalkan kesan mendalam buat seluruh keluarga dan warganet.
Suaminya, Khairil Idzhar berkongsi kekuatan yang dirasainya di sebalik ujian berat itu.
Khairil menyifatkan Andre sebagai anak yang baik dan dia lega kerana anaknya itu pergi dalam tenang di samping keluarga.
“Alhamdulillah semua dipermudahkan, perginya anak yang soleh ini bagi saya terlalu mudah kerana saya ada di sebelahnya ketika dia pergi.
“Arwah anak yang terlalu baik, satu tahun dia melawan penyakit kanser. Nampak dia tetap gembira walaupun dia sakit.
“Kami menemani dia walaupun saya juga tidak berapa sihat. Kami lega kerana membantu dia menangani penyakitnya,” tuturnya lagi.
Allahyarham Andre, yang satu tahun melawan kanser paru-paru, menghembuskan nafas terakhir di
Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 malam semalam.Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di Masjid Al-Khairiah AU3
sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana tengah hari nanti.Dalam masa sama, Khairil memaklumkan dia, isterinya serta anak mereka, Adrian Adam sentiasa berada di sisi arwah sepanjang Allahyarham berjuang melawan penyakit tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.