
Perkara yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia nampaknya kian berakhir kerana vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di negara kita pada Ahad ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa mulai 26 Februari 2021.

Menurut BERNAMA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pelaksanaan program imunisasi itu bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama dijadualkan berlangsung sehingga April dan diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Manakala, fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.
Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, sekali gus diharap dapat menamatkan situasi pandemik ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan bahawa vaksin amat penting untuk bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.

Perdana Menteri juga berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif dan membolehkan sektor ekonomi serta pelancongan dibuka semula.
Aamiin..
Sama-samalah kita terus berdoa agar vaksin ini berjaya membendung penularan virus pandemic COVID-19. Rindu rasanya nak hidup seperti dahulu tanpa perlu risau akan virus berjangkit ini. Kami juga percaya ramai diantara kita yang sudah merindui aktiviti melancong ke luar negara kan?
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Makin Aktif Politik, Hans & Altimet Rebut Jawatan Ketua Bahagian PKR?

Tidak ada apa yang menghairankan sekarang jika seorang selebriti ‘terjun’ ke dalam bidang politik. Di negara jiran kita, Indonesia juga memperlihatkan penyanyi terkenal mereka Kris Dayanti kini menjadi Ahli Parlimen dan di Malaysia, Dira Abu Zahar juga merupakan selebriti pertama yang bergelar wakil rakyat.
Terbaharu, dua selebriti tempatan dikatakan bakal menghangatkan lagi pemilihan parti PKR apabila Hans Isaac dan penyanyi rap Altimet dikhabarkan telah mendaftar untuk bertanding jawatan ketua bahagian Ampang, kerusi yang pernah disandang oleh Ahli Parlimen, Zuraida Kamaruddin.
Menurut Malaysiakini, Hans dan Altimet dijangka berdepan enam yang lain, termasuk penyandang ketua bahagian Mohd Kamri Kamaruddin. Namun begitu, senarai itu masih belum muktamad kerana tempoh penamaan calon pemilihan PKR hanya dijadualkan berakhir tengah malam ini (12 Mac).
Hans sebelum ini menyertai PKR pada tahun 2020 dispekulasikan akan bertanding di kawasan parlimen Ampang pada pilihan raya umum (PRU) ke-15. Manakala, Altimet menyertai parti itu pada April tahun lalu bersama rakan selebriti, Afdlin Shauki.
Hans dan Altimet juga turut dilihat banyak melakukan kerja-kerja kebajikan seperti yang telah dimuat naik di laman media sosial. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada dua selebriti ini sendiri.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow, PTPTN Naikkan Pinjaman Penuntut Diploma B40 Dari RM6,800 Ke RM8,000 Setiap Semester

Lepas habis SPM mesti ada yang dah buat plan nak sambung belajar dekat mana kan? Kadang bila dah ada aim nak masuk sekian-sekian kolej, tapi duit pulak tak berapa nak cukup. Maklum saja kos pembelajaran di pusat pengajian tinggi ni pun boleh tahan. Lebih-lebih lagi kalau kolej swasta.
Hmm…Jadi apa boleh korang buat?

Jangan risau…Terbaru, kerajaan bersetuju menaikkan had jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada RM6,800 kepada RM8,000 bagi setiap semester bagi pelajar B40 melanjutkan program diploma di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, berkata perkara itu tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh IPTS berkenaan mulai tahun 2021.
“Pada masa sama, kementerian juga bersetuju untuk meluaskan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS daripada keluarga B40 berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kementerian akan mengkaji cadangan untuk mengecualikan faedah pinjaman dan diskaun bayaran balik dalam tempoh moratorium selain memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas untuk jangka masa panjang.
“Perkara itu masih dalam perbincangan bersama Kementerian Kewangan sebab apa juga tindakan oleh PTPTN adalah tertakluk juga kepada kelulusan Kementeri Kewangan kerana sumber dana adalah daripada kementerian itu,” katanya.
Lepas ni tak ada lagi alasan mana nak cekau duit kalau nak sambung study kan?
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Elizad Dihina ‘Mandul’ Oleh Netizen, Mufti Jelas Ujian Pasangan Belum Dikurniakan Zuriat

Sebelum ini viral isu pelakon dan juga penyampai radio Sinar Fm iaitu Siti Elizad Sharifuddin apabila seorang pengguna Facebook telah menghina kondisi dirinya yang masih belum hamil dengan perkataan ‘mandul’ sehingga beliau membuat laporan polis.
Namun, penulis percaya bukan Eliza sahaja yang pernah melalui hal dihina ini sebenarnya ramai pasangan diluar sana yang belum dikurniakan zuriat pernah melalui nasib yang sama.
Namun, pasti akan ada yang tertanya-tanya tentang jika mereka tidak dikurniakan anak, siapa yang akan menunggu mereka di Syurga? Mesti pernah terlintas difikiran kita yang menanti kehadiran cahaya mata ini kan.
Jangan risau, persoalan tersebut akan diperjelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Jadikanlah perkongsian ini sebagai pengubat semangat pasangan yang menantikan kehadiran cahaya mata.
Soalan
Assalamualaikum. Jika perkahwinan saya telah ditakdirkan oleh Allah swt tidak mempunyai zuriat,bagaimanakah caranya untuk kami memperoleh doa dari anak yang soleh setelah meninggal dunia.
Siapakah yang akan menunggu kami di pintu syurga jika di dunia kami tidak dikurniakan anak? Mohon penjelasan untuk kami yang diuji oleh Allah swt dengan masih tidak dikurniakan zuriat, terima kasih.
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga,sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.
Anak merupakan anugerah Allah SWT kepada pasangan yang berkahwin. Oleh itu Allah SWT berhak untuk menentukan segala. Ini seperti firmanNya di dalam al-Quran”
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثاً وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ. أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَاناً وَإِنَاثاً وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيماً إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Maksudnya: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
(Surah ash-Shura, 49-50)
Syeikh Tantawi dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Dalam hal ini Allah SWT ingin membaritahu bahawa kekuasaannya dalam menentukan rezeki kepada manusia. Allah SWT yang menentukan sama ada diberikan anak lelaki atau perempuan atau pun kedua-duanya sekali. Dan Allah SWT juga berhak tidak memberikannya.” (Lihat: al-Tafsir al-Wasit li Tantawi, 13/49)
Imam Ibnu Kathir menyatakan di dalam tafsirnya: “Di datangkan kepada manusia dalam empat keadaan: ada diantaranya mendapat anak perempuan dan ada yang mendapat anak lelaki dan ada daripadanya mendapat kedua-duanya dan ada daripadanya tidak mendapat anak. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT berhak menentukannya agar manusia beriman dan bergantung harap kepadanya” (Lihat: Tafsir Ibnu Kathir, 7/198)
Ujian Allah SWT Kepada Hambanya
Setiap manusia akan diuji oleh Allah SWT mengikut kadar keimanan dan kemampuan mereka agar mereka sentiasa mengingati Allah SWT seperti firmanNya:
وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan
(Surah al_Anbiya, 35)
Di dalam sebuah hadis, Rasullullah SAW menceritakan kepada mereka yang diuji dengan tidak diberikan anak kepadanya, dan Allah SWT akan memberikan apa yang dikehendakinya di syurga nanti. Ini seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Said al-Khudri RAnhu, Sabda Nabi SAW:
الْمُؤْمِنُ إِذَا اشْتَهَى الْوَلَدَ فِي الْجَنَّةِ كَانَ حَمْلُهُ وَوَضْعُهُ فِي سَاعَةٍ وَاحِدَةٍ كَمَا يَشْتَهِي
Maksudnya: Seseorang Mukmin sekiranya ia ingin memiliki anak (namun tidak mendapatkannya) di syurga sesungguhnya ia akan mengandungnya, menyusuinya dan membesarkannya mengikut apa yang dikehendakinya
(Hadis riwayat Ibnu Majah no. 4338)
Imam Tirmizi dalam mensyarahkan hadis di atas menyatakan bahawa ahli ilmu berbeza pendapat berkenaan dengannya, ada di antara mereka yang berpendapat tidak ada yang melahirkan anak di syurga. Dan mengikut pendapat kebanyakan ahli ilmu, Allah SWT akan memberikan apa yang dihajatkannya di dalam syurga. (Lihat: al-Tanwir Syarah alJami’ al-Soghir, 1-/458)
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: Dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya
(Surah al-Zukhruf, 71)
Ujian dan dugaan yang dihadapi diiringi dengan tawakkal dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berkemungkinan sesuatu perkara yang baik di sisi manusia boleh jadi perkara itu buruk di sisi Allah begitu juga sebaliknya ini seperti firman Allah SWT:
وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Baqarah, 216)
Imam Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan: “Sesuatu perkara yang mungkin tidak disukai oleh kita berkemungkinan disukai Allah SWT dan begitu juga sebaliknya. Mungkin terdapat hikmah dan mengajar erti kesabaran dan ketaatan kita di dunia. Dan sesungguhnya pengetahuan Allah SWT tidak dapat dibatasi manusia”. (lihat Tafsir al-Maraghi, 2/133)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada persoalan di atas dapat kami simpulkan berdasarkan dalil-dalil yang diberikan seperti berikut:
- Allah SWT menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan bergantung harap kepadaNya.
- Oleh itu haruslah bersabar menghadapi segala ujiannya agar mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.
- Memperbanyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan tidak berputus asa serta berusaha dan yakin kepada Allah SWT.
Ini seperti firmanNya:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul
(Surah al-Baqarah, 186)
Dalam mentafsirkan ayat di atas Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam tafsirnya: “yang dimaksudkan dengan hampirnya Allah SWT, adalah Allah SWT sentiasa mendengar dan melihat perbuatan dan permintaan hambanya. Dan setiap amalan yang dilakukan dengan penuh kusyuk dan keihklasan maka Allah SWT akan membuka hijab dan memakbulkan doanya” (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 2/75)
Digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah dan sumbangan kepada pihak yang memerlukan, agar dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Ini seperti fiman Allah SWT:
وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Maksudnya: Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki.
(Surah Saba’ 39)
Di dalam Tafsir al-Mannar mentafsirkan bahawa “Ini merupakan Sunnah Allah SWT untuk menggantikan kepada sesepiaya yang bersedekah dan memberi infaq kepada agama. Selain itu Allah SWT juga memberi ketenangan jiwa, melahirkan rasa pemurah dan memberikan kebaikan di dunia dan akhirat.” (Lihat Tafsir al-Mannar, 3/63)
Selain itu, kita juga boleh beramal dengan doa Nabi Zakaria AS seperti yang terkandung di dalam al-Quran seperti mana firman Allah SWT:
رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
(Surah Ali-Imran: 38)
Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di menyatakan “bahawa ini merupakan doa Nabi Zakaria AS supaya diberikan rezeki anak yang soleh dan berakhlak mulia. Supaya dapat disempurnakan nikmat dunia dan juga akhirat. Maka Allah SWT telah memakbulkan doanya kerana sifat ikhlas dan bersungguh-sungguh baginda AS” (Lihat: Tafsir al-Sa’di: 1/129)
Wallahualam
Siapalah kita untuk mempersoalkan bila kita kan dikurniakan zuriat, samalah seperti rezeki, jodoh dan waktu kematian kita. Semuanya dengan kehendak NYA.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Instagram Siti Elizad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

